“Patut La Kurus Cantik…” Syok Makan Sayur, Hanis Zalikha Dipuji Artis Jaga Makan

Jika sebelum ini, penampilan Hanis Zalikha yang sudah kurus menjadi perhatian ramai kini dia menerima pelbagai komen daripada peminat gara-gara memuat naik satu rakaman video.

Menerusi video, kelihatan Hanis sedang makan sayur-sayuran sambil memegang anaknya, Alisa namun peminat memuji Hanis yang sedang syok makan salad.

Video makan Hanis jadi perhatian

Menerima lebih 100 ribu tanda suka, Hanis dipuji peminat kerana video tersebut malah netizen turut memuji pemakanan Hanis yang mana membuatkan anak-anak Hanis comel dan mempunyai kulit cantik dan putih.

Patutlah anak2 dia comey…

Betul2 jaga makan…

Dalam pada itu, gelagat Alisa turut membuatkan netizen terhibur kerana seperti terliur apabila Hanis sedang syok makan. Bagaimanapun, sikap baik anak Hanis dipuji peminat.

Bagusnya Alisa…

Sumber : Instagram @haniszalikha via KLPress