Kesal Dianggap Bolot Semua Hasil Wang Sumbangan, Ini Penjelasan Balu Arwh Mejar Zahir

“ Saya bukan seperti disangka, malah sama sekali tidak pernah lupakan anak dengan bekas isteri arwh,” kata Nour Shafinar Harun, 31.

Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya itu berkata, dia kesal dan terkilan apabila ditudvh merampas hak anak arwh.

Menurutnya, disebabkan kenyataan berat sebelah, dia dikeji seolah-olah dirinya menafikan hak anak arwh dengan bekas isterinya.

“ Saya dianggap membolot semua hasil wang sumbangan, sedangkan saya menerangkan perkara itu kepada pihak bekas isteri dan keluarga mentua sebelum ini.

“ Ada sumbangan belum diterima, bagaimana saya dapat serahkan selain perlu menguruskan pelbagai hal perkara yang lebih penting.

“ Sumbangan itu akan diberi hanya perlu bersabar, kenapa tergesa-gesa tambahan arwh baru mninggaI dnia bulan lalu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, di sebalik perkara ‘hasil’ dibincangkan, bukan semua orang tahu mengenai hutang-piutang arwh yang perlu diselesaikan.

“ Tidak perlu saya dedahkan satu persatu, cukup saya beritahu saya perlu selesaikan urusan berkaitan arwh terlebih dahulu.

“ Kenapa saya diasak seolah-olah saya mencuri duit anak yatim, sedangkan wang sumbangan itu diamanahkan kepada saya dan keluarga,” katanya

Nour Shafinar berkata, ada sumbangan yang dimasukkan terus ke akaun anak termasuk anak bekas isteri tanpa melaluinya.

“ Justeru, dia tidak perlukhuatir dan tidak timbul isu membolot harta anak yatim. Saya amat terguris dengan kenyataan dan komen luar terhadap saya tanpa tahu hal sebenar,” katanya.

Ditanya hubungannya dengan bekas isteri arwh, Jamilah Ismail, 37, dan bapa mentua, AR Badul, Nour Syafinar berkata, dia tiada sebarang masalah dengan mereka.

“ Saya tidak kecil hati meskipun kenyataan dikeluarkan seolah-olah memburukkan saya, mereka ada hak bersuara,” katanya.

Terdahlu bekas isteri arwh Mejar Mohd Zahir iaitu Jamilah Ismail, 37, berkata, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain.

Difahamkan Jamilah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu.

Menurutnya lagi dia bukan berniat untuk menagih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang terkrban.

“ Saya berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” kata beliau

Jamilah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak arwh namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan.