Kamal Chilok Meninggal Dunia Selepas Dua Hari Koma

Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018, Kamal yang juga anggota kumpulan Chilok menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Berita itu disahkan oleh salah seorang anggota Chilok, Chiwan ketika dihubungi Gempak.

Menurut Chiwan, jenazah akan dimandikan di Hospital Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada esok. Sumber: astrogempak

Terdahulu, Kamal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Khamis (10 Oktober).

 

Menurut salah seorang ahli kumpulan iaitu Chiwan, Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin mengalami kec3deraan pada anggota badan serta kepala dan masih belum sedarkan diri.

“Semasa kejadian, dia memandu kenderaan sendirian dan berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) dan tak sedarkan diri selepas kem4langan itu.

“Kamal dikejarkan ke H0spital Putrajaya dan doktor dah buat pemeriksaan… dia mengalami patah bahu, kaki dan pend4rahan dekat kepala. Sekarang ini dia masih k0ma!Doktor kata kalau perlu pembed4han dalam masa terdekat, dia akan dipindahkan ke H0spital Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, peserta Maharajalawak Mega 2019 ini memberitahu kem4langan itu berlaku selepas Kamal menghantar tempahan makanan seorang pelanggan dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Pelawak itu menjalankan perniagaan patin tempoyak secara ‘cash on delivery’ (COD) atau pembayaran tunai semasa serahan sejak awal tahun lalu.

“Kamal ada buat perniagaan makanan patin tempoyak dan kemalangan terjadi ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Sepang, Selangor, selepas menghantar tempahan pelanggan di Putrajaya.

“Saya pun tak pasti macam mana kem4langan itu berlaku dan apabila mengetahui berita tersebut, kita terus bergegas ke h0spital.Minta semua peminat mendoakan agar Kamal sedar seperti sedia kala dan kesihatannya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Kamal menyertai kumpulan KRONI dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.Sumber mstar.