“Elfira Loy Tetap Cantik Walaupun Dalam Pantang” – “Kalau Aku Dah Macam Mak Lampir – Netizen

Kehadiran cahaya mata pastinya pelengkap dalam kehidupan pasangan suami isteri.

Boleh dikatakan setiap masa bersama anak-anak adalah amat berharga untuk dirakam dan disimpan sebagai kenangan di hari tua.

Bagi pelakon cantik popular, Elfira Loy tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan merakam saat-saat terindah bersama anak lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober lalu.

Pelakon berusia 25 tahun itu telah berkongsikan sebuah rakaman video di laman Instagram miliknya yang kelihatan sedang menggendong dan mendodoikan bayi tersebut.

Walaupun sedang sibuk menjalani proses berpantang, dia perlu mengabadikan gambar ataupun video bersama anaknya untuk mengelak rasa menyesal pada hari tua.

“Kadang kita lupa nak ambik gambar diri sendiri or nak ambik video buat kenangan, tahu tahu habis pantang,” katanya.

Akhirnya ada jugak video dengan anak!

Video berdurasi 15 saat itu mengundang perhatian pengikut Instagram anaknya untuk memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Rata-rata netizen memuji penampilan pelakon telefilem Cik Paris Diva Kampung itu yang kelihatan cantik walaupun dalam keadaan berpantang selama 45 hari.

Dalam pantang pun cantik!

“Kalau aku dah macam mak lampir”

Tahniah sekali lagi buat Elfira dan suami di atas kurniaan baby yang comel.

Sumber: media KL/sinarviral