“Sebab tu dia No 1” Dapat Skirt Tutup Aurat Untuk Berbasikal, Netizen Puji Tokti Hargai Hadiah Peminat

Walaupun namanya besar tetapi apa saja pemberian peminat tetap dihargai dan senyuman yang terpancar di wajah menunjukkan bukti keihklasan hatinya menerima hadiah dengan hati terbuka. Itulah dia kesayangan ramai rakyat Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza.

Baru-baru ni, Tokti ada terima hadiah dari peminat dan melalui instastory beliau ada buat IG review tanda terima kasih pada individu tersebut.

Semua tahu, Tokti kini aktif dengan sukan berbasikal dan peminat tu hadiahkan persalinan sukan termasuk skirt yang boleh menutup aurat dengan lebih sempurna dekat bahagian pinggul.

Kalau saya naik basikal tu saya pakai seluar ketat, so dia bagi siap dengan skirt sekali. Terima kasih memudahkan saya. Naik basikal sambil tutup aurat.”

You all ni kan, sweet sangat!”

Video instastory Tokti tu jadi viral dekat Twitter dan ramai netizen yang tersenyum tengok gelagat Tokti tak lupa juga yang puji keikhlasan beliau.

Mana tidaknya, memang jelas terpancar di wajah Tokti yang beliau sangat seronok dan terharu lepas dihadiahkan persalinan untuk berbasikal tu.

Alahai so sweet Tokti. Humble sangat. Sangat menghargai hadiah yang peminat dia bagi.”

Dia punya happy dan suka terserlah sangat.”

Sumber : Instagram story ctdk