Door Gifts Paling Rare Tapi Kreatif dan Jimat!

Siapa kata rakyat Malaysia ini tak kreatif? Sebenarnya kalau mereka sudah mula berfikir di luar kotak, idea mereka memang epik! Baru-baru ini telah viral di laman Facebook tentang door gifts yang ‘rare’ atau jarang diberikan di mana-mana majlis perkahwinan. door gifts paling rare

Selalunya anda akan dapat kek, gula-gula, bunga telur, biskut, kek, dan pelbagai lagi barangan lain yang memang common.

Kali ini rakyat Malaysia kembali dengan idea mereka yang begitu bernas iaitu dengan memberikan beberapa barangan yang memang tidak disangka boleh dijadikan sebagai door gifts. door gifts paling rare

1. Telur mentah bersama tempat letak telur yang telah digunting

door gifts paling rare

Siapa tak terkejut kalau dapat telur mentah sebagai door gift kan? Memang unik tapi ramai yang memerlukan telur di rumah k.

2. Maggi satu paket untuk setiap tetamu yang hadir

door gifts paling rare

Aduh, ini paling comel sekali. Ingatkan dapat apa, sekali buka dapat maggi. Sedap juga kalau masak malam nanti.

3. Roti Gardenia. Siapa je yang tak suka makan roti kan?

door gifts paling rare

Wow! terbaik. Dapat roti gardenia terus. Boleh makan masa breakfast nanti, cicah dengan kari pun sedap.

4. Kicap lemak manis dan sos cili. Boleh digunakan untuk masak.

door gifts paling rare

Memang ‘rare’ bila dapat door gift kicap dan sos ini. Tapi makin lama makin ramai yang buat, sebab mereka rasa benda ini sentiasa menjadi keperluan di rumah. Senang nak masak nanti.

5. Serbuk kunyit Adabi. Aduh, cute giler!

Alahai, ini memang fikiran luar kotak habis. Serbuk kunyit pun boleh lah! Unik tau.

6. Gula di dalam bekas yang sangat cute. Wah!

Pernah tak anda dapat gula lepas balik dari majlis perkahwinan? Kalau tak pernah, bolehlah buat nanti kalau anda ingin berkahwin, jarang tau orang buat.

7. Pencukur pun ada! Ini paling lawak!

Pencukur ini memang pelik sikit tapi sebenarnya benda keperluan juga. Dan anda tahu pasti tetamu tak akan buang barang ini. Tapi hati-hati jangan bagi kanak-kanak buka, luka nanti masalah pula.

8. Senduk masak! Ini comel.

Comelnya yang ini! Simple je tapi memang menarik untuk dijadikan sebagai door gift.

9. Air mineral pun boleh. Untuk kekal hidrasi!

Nampak macam dah biasa orang bagi tapi sebenarnya air mineral jarang dijadikan sebagai door gift di majlis perkahwinan sebab selalunya orang akan bagi di majlis seminar dan sebagainya. Betul tak?

10. Amboi, ubat gigi Darlie pun ada k. Kreatif sungguh!

Keperluan setiap orang setiap hari. Ubat gigi! Bagus betul tuan rumah yang bagi ubat gigi sebagai door gift majlis perkahwinan. Lawak betul.

CARA KURANGKAN BAJET ATAU KOS KAHWIN

* Tetapkan jumlah tetamu

* Majlis yang diadakan secara gotong-royong atau katering yang murah.

* Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah

* Gunakan bunga tiruan

* Buat tempahan perkhidmatan, fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi

* Elakkan menempah pakaian yang baharu

* Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi

* Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari

* Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal

Tak salah kalau kita nak dapatkan majlis yang kita inginkan, tetapi kita HARUS bijak!

Sumber : Trendingmy