Akhirnya..Pemuda Durhaka Kecam Tunku Azizah Tampil Mohon Maaf

Akibat penularan gambar dan tweet dengan kata-kata negatif terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter.

Pemuda yang dikenali sebagai Firdaus Asraf akhirnya tampil membuat permohonan secara terbuka.

Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.”

Ampun Tunku Beribu – ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun.

Adalah dengan penuh hormat dan takzimnya patik merafak sembah dan berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan seluruh kerabat-kerabat diRaja sekalian dalam keadaan sihat walafiat, dilimpahi kurnia segala kebesaran dengan penuh kemuliaan dan kedaulatannya.

Ampun Tunku Beribu-ribu Ampun,

Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan diri patik berlaku biadap terhadap Tunku.

Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang telah durhaka terhadapnya Raja serta kerabat-kerabatnya.

Patik dengan ini merendah diri memohon segala keampunan daripada Raja Permaisuri Agong.

Ampun Tunku Beribu-ribu Ampun,

Seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan Tunku dan patik bersedia menghadap Tunku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.

Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong.

Patik yang merendah diri,

Firdaus Asraf

Sebelum ini, Farid ada buat kenyataan yang menjelaskan bahawa dia seolah-olah jeIak dengan aktiviti dan sikap Tunku Azizah dalam Twitter.

Disebabkan Tunku Azizah nyah aktif kan laman media sosial tersebut, ramai warga net yang anggap Farid adalah punca utama.

ViraI di seluruh platform media sosial, Farid akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada Tunku Azizah.

Sumber : lobakmerah