(Video) ‘Mak balik nanti, aku libas ko yer’ – Padah tayang video tak senonoh, Rozita tak sabar balik nak libas Aliff Syukri

Kelmarin, usahawan kosmetik Aliff Syukri memuat naik video dirinya menyanyikan lagu barunya berjudul ‘Cowok Baru’ di Instagram.

Dalam video itu turut menunjukkan rakannya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, tengok asyik menari bagaikan tiada hari esok di belakang Aliff.

Menurut Aliff, lagu terbarunya itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan merupakan lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini.

“Harap anda semua boleh bersabar. Saya faham terlalu ramai rakyat Malaysia yang inginkan dengar lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini. Saya ya.

“Nantikan Rabu depan, jam 12 tengah hari lagu ‘Cowok Baru’ di YouTube saya,” katanya.

Bagaimanapun, ibunya, Rozita Ibrahim, meninggalkan komen berikut:

“Suka kena kecam kan? Ida (isteri Aliff) buat haji, kau buat dangdut tergedik-gedik belakang tu. Nape nak kena cili ke poen si Sajat tu?

“Ko pulak Kri (Aliff), mak balik nanti ku libas ko yer. Nanti ko yer, tak habis-habis buat hal,” kata Rozita.

Komen Rozita itu mendapat banyak sokongan netizen yang turut menyarankan dia menggunakan pelepah sawit untuk melibas Aliff.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyeru orang ramai melaporkan video tersebut agar ia dipadamkan dari Instagram Aliff.

Sumber: Instagram Aliff Syukri via thereporter

1 Trackback / Pingback

  1. Selepas Ditegur Oleh Mak Sendiri Sebab Berjoget Dengan Sajat, Satu SMS Kecewa Dari Isteri Didedahkan Oleh Aliff Syukri Sendiri – Today Viral

Comments are closed.