Datin Shahida mengammuk mahu Aliff Syukri mohon maaf pada Baby Shima dan paksa terjun kolam!

Baru-baru ini kecoh tentang kolam ikan Dato Aliff Syukri sedalam 12 kaki dan isunya dengan Baby Shima.

Teruk juga Dato Aliff Syukri kena marah dengan Datin Shahida.

Hanya sebab Baby Shima komen suara Aliff Syukri tidak sedap dan pasal kolam siapa paling besar di antara Dato Seri Vida.

Datin Shahida baru sahaja pulang dari menunaikan haji dan ketika itu beliau tidak bercakap apa apa tentang apa suami dia buat. Tapi kali ini Datin luahkan semua.

Datin Shahida suruh Aliff Syukri untuk memohon maaf kepada Baby Shima dan mengaku memang suara tak sedap.

Isteri Aliff Syukri ini juga suruh suaminya lupakan pasal kolam kerana tiada faedah bergaduh pasal kolam siapa paling besar. Rezeki masing masing.

Gelagat mencuit hati tersebut menarik minat ramai netizen.

Sila lihat video di bawah dan tengok apa terjadi last sekali, memang kelakar.

aliffsyukriterlajaklaris : kenapalah nasib abg dpt bini mcm ni?? garang sgt..abg sedih.. Abang kecewa sangat-sangat apalah nasib abang @shahidadherbs dia buli abg.. Abang nak cari menteri pembangunan lelaki untuk membela nasib abang… abang hanya nak membela nasib abang hanya nak menegakkan keadilan

Terima kasih Datin Shahida kerana berjaya kejutkan Dato Aliff Syukri dari mimpi.

Jangan lupa pasal wisuki dan lagu cowok dia datin .. haha! Dengan ini boleh la batalkan niat samman kepada Baby Shima tu ..

Rata-rata memuji sikap dan tindakan Datin Shahida yang jujur.

Sumber : Gempak