Setelah Hubungan Berakhir, Akhirnya Fizo Omar Bersuara

KUALA LUMPUR – Harini kita dike jutkan dengan cerita artis terkenal tanah air iaitu Fizo Omar dan juga Mawar yang baru sahaja berpi sah. Min doakan kesejahteraan Fizo sekeluarga, jangan lah timbul spekulasi tidak benar buat keluarga Fizo. Doakan lah yang terbaik. Menerusi halaman instagram Fizo Omar, Fizo meluah kan sesuatu dengan panjang lebar :

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN.

Terima kasih saya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk saya dan Mawar. Segala penulisan yang positive dari kawan media dan komen2 yang positive dari netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua untuk kami.

Apa yang berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpi sah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah za lim kepada hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positive dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah,Status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO PARENT kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya. Insyallah hubungan baik saya dan mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silatura him di antara kami dan kelurga akan bertambah erat.

Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yang lebih baik kelak.

Saya akan sentiasa doakan yang terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih di atas doa dan sokongan daripada anda semua yang berterusan untuk kebaikan kami.

Sumber : IG Fizo Omar via newscoviral