“Takkan tak perasan..” – Mak tertinggal di RnR, netizen buat spekuIasi anak sengaja tinggalkan?

Masuk hari kelima Syawal, waktu ini kawasan Rehat dan Rawat (RnR) kini dipenuhi dengan puluhan kenderaan, kebanyakkannya yang mahu pulang ke kota dan ada juga yang masih beraya.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, melaporkan seorang nenek dipercayai tertinggal di RnR Bukit Besi arah Kuantan, oleh anaknya.

Difahamkan, warga emas tersebut dijumpa oleh dua orang anggota penguatkuasa dan telah dibawa ke Balai Polis bagi mendapatkan laporan bagi mengesan warisnya.

Namun, lain pula dengan netizen apabila rata-rata daripada mereka membuat spekuIasi bahawa nenek tersebut bukanlah tertinggal tetapi memang sengaja ditinggalkan oleh anaknya disitu.

Tetapi menerusi salah satu komen, daripada pengguna bernama Mie Putracall, memaklumkan bahawa nenek itu telah diambil oleh warisnya.

Dikatakan, kenderaan mereka berhenti di RnR untuk pergi tandas, hanya pemandu yang keluar ke manakala yang lain sedang tidur menyebabkan mereka tidak perasa bahawa nenek mereka turut turun untuk ke tandas.

Sumber : Terengganu Voice via celotehsaje