Tak sanggup lihat anak2 abang botak tak beraya, lelaki ini tawar diri bayar ganti rugi Alza

Semalam Mahkamah Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara kepada individu Danial Abdullah Tan, atas kesalahan memecahkan cermin sebuah kereta Alza gara-gara pemandu tersebut membunyikan hon.

Hukuman yang diterima oleh Danial telah menerima pelbagai respons daripada orang ramai, memandangkan Danial akan menyambut perayaan Aidilfitri di penjara nanti.

Terkesan atas nasib yang menimpa Danial, seorang pengguna Facebook ini telah menawarkan bayaran ganti rugi cermin kenderaan kepada pemandu kereta Perodua Alza yang dikenali sebagai Siew Chan Voon.

Kepada pemandu Alza…

Bismillah… Assalamualaikum… Selepas terbaca tentang “Abang Botak” kena hukum penjara setahun, ini bermakna yang dia terpaksa beraya di penjara. Sedih pulak bila mengenangkan yang dia ada 2 orang anak kecik lagi…

Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, abam ingin menawarkan diri untuk menggantikan cermin Proton Alza kepunyaan Siew Chan Voon dan memohon membebaskan “Abang Botak” yang bernama Daniel Abdullah Tan serta merta dengan harapan perkara ini tidak berulang…

Seluruh warga netizen dok mengecam perbuatan Daniel ini. Abam tak nafikan yang Daniel bersalah dalam hal ini tapi abam rasa dia patut diberi peluang kedua.. Lagi pulak lepas abam dapat tau pasal anak2 beliau, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua…

Mungkin hari ni hari dia, tak mustahil satu hari nanti kita pulak yg berada di tempat Daniel.. Abam terbaca yang mana ini adalah kesalahan pertama Daniel dan beliau tak pernah ada rekod jenyah sebelum ni. Maybe he just having a bad luck on a bad day at the wrong location..

Abam tak mau pertikaikan tentang hukuman yang dah dijatuhkan, itu semua bukan dalam bidang kepakaran abam so abam tak nak berhujah apa2 pasal keputusan mahkamah tu.. But I was once motorcyclist before. Yang pernah bawak motor je mungkin faham akan situasi ini… Kadang2 ada perkara yg terjadi kt jalanraya bole mendorong ke arah perilaku mcm tu..

Encik Siew Chan Voon atau sesiapa yang mengenali beliau boleh pm abam untuk urusan seterusnya… Terima kasih… P/s : sekiranya dah tiada cara lagi untuk kita tolong Daniel agar dibebaskan, mungkin kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk tolong keluarga beliau sempena nak menyambut Hari Raya yang tak lama lagi.. #abamdiSaudi #thePowerofMuslim

Sumber : Mohd Fadzli Ramli via memorikini

Tular sebelum ini : Jika Lan Pet-Pet hanya didenda, kenapa ‘abang botak’ dipenjara, soal peguam

SEORANG peguam hari ini tampil menyatakan kesediaan membantu Danial Abdullah yang mengaku bersalah memecahkan cermin sebuah kenderaan kerana menyifatkan hukum4n penjara 12 bulan ke atas lelaki itu sebagai tidak adil.

Peguam tersebut, Suzana Norlihan Ujen berkata, beliau mahu membantu Danial atau digelar ‘abang botak’ oleh warganet membuat rayuan supaya lelaki itu hanya dikenakan denda berbanding hukuman penjara yang diputuskan mahkamah.

“Saya nak bantu appeal (merayu) sebab mahu masyarakat tahu bahawa jika Lan Pet-Pet boleh dapat denda RM2,000 kerana pukul pengawal keselamatan, kenapa abang botak tak boleh?

“Bukan nak jadikan dia hero tapi nak tegakkan keadilan yang makin pupus di Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.

Suzana membandingkan kes pelawak Lan Pet-Pet atau Mazlan Ahmad yang sebelum ini hanya didenda di mahkamah atas kesalahan membelasah seorang pengawal keselamatan yang juga warga emas pada April lalu.

Danial, 31, dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini selepas mengaku bersalah menghentak cermin sebuah kereta dengan topi keledar di Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang, Selasa lalu.

Ekoran itu Danial terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara kerana mahkamah memutuskan hukuman itu bermula pada hari dia ditahan.

Ketika prosiding Danial dengan suaranya tersekat-sekat memberitahu Majistret Nurshahirah bahawa pemandu kereta tersebut cuba melanggarnya dan menunjukkan tanda jari sehingga memaksanya “membuat keputusan bodoh”.

“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya… saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.

Suzana bagaimanapun berkata, beliau akan membantu Danial memandangkan hukuman tersebut terlalu berat.

Katanya, agak menyedihkan apabila wujud satu trend layanan kepada orang kena tuduh (OKT) agak berbeza mengikut kedudukan seseorang.

“Memalukan. Apabila anda kaya dan anda membunuh seseorang, anda diberi jaminan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di Malaysia. Tiada tahanan reman untuk anda.

“Apabila anda artis terkenal, anda memukul orang miskin, anda didenda hanya RM2,000 oleh mahkamah.

“Tetapi apabila anda miskin, anda memecahkan kaca cermin seseorang yang menunjukkan tanda jari tengah kepada anda, anda dipenjara 12 bulan oleh mahkamah. Dan kamu membusuk di penjara,” katanya sinis.

Dalam satu lagi hantaran di Facebook, Suzana berkata, sudah ada individu yang bersetuju untuk membayar wang guaman untuk mewakili Danial, namun katanya, beliau tidak perlukan bayaran.

“Kalau ada yang bayar saya, nanti ada yang kata saya nak promote diri, cari makan sebab dah tak ada kes (atau) nak cari client dan macam-macam tuduhan melulu,” ujarnya.

Sumber: NewMalaysianPost via Cite Malaya