“Selamat hari bapa buat semua ibu2 tunggal yang besarkan anak tanpa seorang lelaki…” – Nukilan Rita Rudaini Ini Buat Ramai Orang Sebak

Sempena hari bapa yang jatuh pada hari ini, media sosial dipenuhi dengan ucapan selamat hari bapa oleh seluruh netizen. Para selebriti dan artis juga, tidak terkecuali mendedikasikan ucapan tersebut.

Namun di sebalik laungan hadiah untuk hari bapa, pelakon popular Rita Rudaini turut menukilkan ucapan tersebut khas buat dirinya, yang mengambil alih tugas bapa dan ibu kepada dua anak lelakinya selepas bekas suaminya dilaporkan tidak pernah menjenguk anaknya.

Rita Rudaini telah memuat naik status di Instagram, menulis luahan hati buat kedua anaknya. Luahan tersebut telah mendapat perhatian ramai yang sebak membaca nukilan Rita Rudaini.

Bertuah dipilih Allah besarkan anak sorang2

Rasa bertuah dipilih utk besar kan anak2 sorg2 tanpa bantuan sesiapa…ada yg bercerai tp anak2 masih di biaya bapa,duit sek,perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa,beruntungnya mereka.

Tanggungan penuh atas bahu sy dr mereka kecil sampai sekarang,sek,perayaan,tempat perlindungan dan mcm2…sy bersyukur sebab dipilih jd begini…ini bahagian sy  …ini anak2 kandung darah daging sy..mana mungkin sy berkira kira …susah senang yg sy tanggung sy percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan.

Sy rasa ibu tunggal di luar sana pon merasa benda yg sama mcm sy..ada rezeki besar ada rezeki kecik tp itu xmenjadi masalah asalkan anak2 besar dgn gembira…sy ..seorg ibu yg sanggup ikat perut demi anak2..sy….ketepi kan baju raya,keperluan sy,jodoh? Jauh skali utk sy fikir..smuanya demi anak2..kerana bahagian sy dah lepas…masa depan utk diri sy dah lepas…dan masa depan sy cuma mereka,RYAN dan ARJUNA…SELAMAT HARI BAPA UTK IBU2 TUNGGAL

Selepas memuat naik luahan tersebut, ramai yang terharu dan sebak membaca perkongsian Rita Rudaini. Mereka memuji sikap tabah yang ada dalam diri Rita dan berharap semoga segala kepincangan dalam diselesaikan segera. Sumber : Rita Rudaini

Komen netizen

selamat Hari Bapa buat Rita ..saya kagum dgn Rita ..Rita trlalu kuat smangat utk menjadi ibu dan bapa buat anak2 tr syg…smoga kmu maju jaya ddunia &akhirat ..murah rezeki Aamiin..

Baca semua2 komen ramai nyer ibu2 tunggal besarkan ank2 tnpa nafkah bapa…menjawab la ko kat akhirat kelak sbb lari dr tgungjawab…naudzubillah apa nak jadi la laki2 zmn ni

kepada bapa kandung yang masih wujud tapi menafikan hak anak-anak, sila la siap sedia hukuman dari Allah. Kekadang kat dunia Allah bayar cash. Buat semua single mom yang berjuang berseorangan im very proud all of you. SUPERWOMAN

Kredit : nalurikini.com