“Membawang” sampai kepala tersangkut di celah jeriji pintu selama 5 jam

Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila kepalanya tersangkut di jeriji besi rumah jirannya selama jam.

Dalam kejadian yang berlaku di bandar La Virginia, mangsa sebelum itu pergi ke rumah jirannya

Mangsa ‘membawang’ dengan jirannya dengan menyandarkan kepala di jeriji pintu dan secara tiba-tiba kepalanya termasuk ke celah besi jeriji tersebut.

Menurut laporan lain pula, mangsa dikatakan memasukkan kepalanya di celah jeriji besi itu untuk memanggil atau melihat sama ada jirannya ada di rumah atau tidak tanpa menyedari tindakannya itu membuatkan kepalanya tersekat.

Jirannya yang menyedari kejadian itu segera datang membantu mengeluarkan kepalanya, tetapi gagal berbuat demikian, lalu menghubungi pihak bomba untuk datang membantu..

Mangsa terpaksa menahan derita selama lima jam sebelum anggota bomba tiba di lokasi dan memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya..

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan keletihan selepas lima jam menahan kesakitan kepala tersangkut di jeriji besi.

Komen

“lain kali nak membawang…kepala tinggal kat rumah”

“Member pun ajak la masuk kalau ye pun..sia2 dr 5 minit nk mymbang trus jdi 5 jam”

“kau ni memalukan skuad bawang laaaa..”

“Elok beno le tu…kerana mulut,kepala binasa…kepala xbersalah yg kena…elok mulut yg trsepit..membawg banyak”

“Adoi kasian nye ….kita yang ada di sini jangan lah membawang pasal dia sebab kita tak tau cereta sebenar”

“Xbaik kata dia membawang.. Mungkin dia bw gulai nk. Bg jiran rasa waktu berbuka tu min… Bagi salam x dengar.. Jd dia cuba lihat celah pgar tu kiki”

“Dy baru nak panggil jiran.. Belum Membawang kot.. Baca dulu.. Hehe”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Harian Metro

Via: THEREPORTER