“Kita Sayang Kak Erra Fazira Dulu,Kini Dan Selamanya,”- Kata Abby Abadi, Allah Uji Sebab Sayang & Menangislah Semahunya

Isu membabitkan dua pelakon popular Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida turut menarik perhatian beberapa artis antaranya Abby Abadi.

Abby, 42, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi status dimuat naik di Instagram mahu Erra Fazira yang dianggap kakak supaya kuat dan tidak berputus asa dengan ujian menimpa pelakon itu.

“ Allah uji sebab sayang. Bahagian saya lain, kakak (Erra) lain pula. Tapi kena terus kuat okay kakakku. Ujian itu tanda Allah sayang. Sebab itu Dia bagi perhatian kepada kita. Dia nak kita makin dekat dengan Dia.

“ Menangislah semahu-mahunya tetapi jangan putus asa dengan rahmat-Nya. Allah sebut dalam Al-Quran, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Yakin dengan janji-Nya okay kakak ku yang cantik, lawa dan manis selalu,” katanya.

Status yang dikongsi Abby dengan meletakkan gambar bersama Erra mengenakan pakaian seragam anggota polis ketika membintangi drama Gerak Khas itu meraih 20,000 tanda suka dan hampir 300 komen.

Terdahulu, Erra memuat naik permohonan maaf mengenai isu yang hangat diperkatakan mengenai dirinya susulan status dimuat naik Umie Aida pada Selasa lalu.

Meski status berkenaan tidak menyatakan dengan tepat ‘sahabat’ yang dianggap pengkhianat itu ialah Erra, warga net menerusi ruangan komen bagaimanapun memetik nama pelakon itu.

Enggan perkara itu berlarutan, Erra mengambil pendekatan dengan tampil membuat permohonan maaf kepada semua termasuk Umie.

Dalam masa sama, Erra menutup ruagan komen di IG bagi mengelakkan sebarang perbincangan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Kecewakan Umie, Erra Mohon Maaf

“ Saya mohon maaf kepada semua dan juga Datin Seri Umie Aida,” kata pelakon popular, Erra Fazira mengenai isu yang cuba dibangkit dan dikaitkan dengan dirinya menerusi stastus dimuat naik pelakon Datin Seri Umie Aida pada Selasa lalu.

Erra, 45, dalam kenyataannya menjelaskan mengakui pernah dua kali mengecewakan bekas sahabat baiknya sebelum berbaik semula.

Menurut Erra yang digelar Primadona Alaf Baru itu, sebagai manusia biasa dia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“ Maaf di atas segala yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Umie Aida.

“ Umie pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya mengecewakannya buat kali ketiga. Umie memendamkan perasaannya dan pernah juga menghantar pesanan ringkas dengan cara yang paling baik.

“ Jika tiada bukti pasti Umie takkan bersuara,” katanya.

Pada waktu sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

“ Saya harap dengan pengakuan ini dapat menghentikan perbalahan semua.

“ Saya belajar atas kesilapan dan akan cuba memperbaiki kekurangan diri. Saya harus terus perbaiki diri dan saya mohon maaf sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, status dimuat naik Umie nenimbulkan pelbagai spekulasi apabila dia mendedahkan seorang rakan yang dipanggil sahabat sudah mengkhiati dirinya.

Menerusi status sama, Umie berkata dia sudah beberapa kali memaafkan dan memberi peluang kepada sahabatnya itu.

Terdahulu isu berkaitan luahan hati pelakon Datin Seri Umie Aida mengenai dirinya dikhianati sahabat baik makin berpanjangan apabila kakaknya Erma Fatima turut menyuarakan pandangan mengenai isu berkenaan.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, berkata, kesenangan yang dimiliki hasil kesengsaraan sahabat baik sendiri adalah tidak berkat.

” Satu pengajaran untuk semua juga. Kalau nak rasa hidup senang, afdalnya cari dari hasil titik peluh.

” Baru berkat. Buat apa pakai beg tangan berjenama, pakai kereta mewah, bagi makan anak dan bagi belanja mak dari hasil duit haram.

” Jadi darah daging nanti susah hidup tak dapat berkat dan rahmat,” kata Erma.

Sumber: hmetro via asiakini