Isteri gvgur 2 kaIi, lelaki ambil BAYl dibuang sebagai anak angkat

Beberapa hari lalu, kec0h apabila seorang beby perempuan dijumpai di dalam beg berwarna putih corak merah jambu berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin.

Terbaru, lelaki yang menjumpai beby itu menyatakan hasrat mahu menjadikan beby tersebut sebagai anak angkat.

Ahmad Fauzi Ismail berkata, dia sudah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengambilan anak angkat.

Lelaki berusia 28 tahun itu mengetahui peluang mengambil beby berkenaan agak tipis, tetapi akan berusaha untuk menghantar borang permohonan.

“Kakitangan JKM beritahu kena tengok urutan. Orang yang mohon ramai sangat. Lagipun kes dah viraI jadi proses agak berbeza.

“Siapa tahu ada rezeki saya nanti. Saya cuba ikut semua prosedur tapi tak nak berharap sangat, takut nanti kecewa,” katanya menerusi laporan mStar Online.

Menurut bapa kepada seorang anak lelaki itu, dia berhasrat mahu menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat kerana telah lama menanti kehadiran cahaya mata kedua.

“Saya memang dah lama nak ambil anak angkat. Bila tengok baby tu, hati saya kata betul-betul nak dia. Apatah lagi baby girl, c0mel pula tu.

“Saya dan isteri memang nak sangat baby cuma belum ada rezeki. Isteri dah dua kali guggur dan saya ada seorang anak lelaki berusia dua tahun,” ujarnya.

Sumber : mStar Online , Ahmad Fauzi via celotehsaje