Hairan aku mama selalu minta hantar tisu setiap kali lpas mandi. Akhirnya mama ‘pergi’ sbb pnya kit yg dsmbunyikan itu

Assalamualaikum dan selamat hari raya semua. Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Aku seorang saja perempuan, adik-adik semua lelaki. Umur aku 17 tahun dan akan menduduki peperiksan penting tahun ini.

Aku ingin menceritakan tentang kesedihanku sejak tahun lepas. Ramadhan tahun lalu, mamaku mning g@l dunia akibat k@n ser p@yu d@ra. Semasa hidupnya, mamaku seorang wanita yang hebat. Setiap subuh selepas solat, mama akan siapkan sarapan untuk kami semua dan menguruskan kami sebelum ke sekolah.

Selepas itu, barulah mama pergi kerja. Mama berkerja di syarikat swasta dan memegang jawatan penting dalam syarikat tersebut. Ekonomi kerluarga kami sangat baik disebabkan pendapatan mama yang agak tinggi, sedangkan papa bekerja biasa-biasa sahaja. Pernah juga papa menganggur.

Mama sangat memanjakan kami. Tidak pernah mama memu kul kami. Marah yang teruk-teruk pun tak pernah. Sebab tu kami semua rapat dengan mama. Mama buat semua kerja di rumah, aku cuma tolong sikit-sikit saja. Aku tak banyak masa di rumah.

Lepas sekolah, aku akan pergi ke pusat tusyen. Aku tak pandai buat kerja rumah. Goreng telur, masak nasi, bahkan cuci kasut sekolah pun aku tak pandai buat. Semua mama yang buatkan untuk kami.

Saat-saat terakhir mama bersama kami seperti mimpi. Sangat mengejutkan. Aku tidak pernah terfikir mama akan pergi tinggalkan kami begitu cepat. Aku menyangka mama cuma s@ kit biasa.

Sebelum mama pergi, memang mama s@ kit. Mama dimasukkan ke wad. Bila ada saud@ra-mara yang datang melawat, mama cakap mama ditahan sebab s@ kit g@s trik yang melampau. S@ kit ulu hati.

Memang itulah jawapan mama setiap kali ditanya. Selepas beberapa hari ditahan di wad, mama boleh pulang. Kami pun lega akhirnya mama boleh pulang, sebab kehidupan kami serabut tanpa mama. Syarikat mama kerja memberi cuti sehingga mama betul-betul sembuh.

Suatu hari, mama pitam dan terja tuh. Kami adik-beradik panik dan terus memanggil papa. Papa datang dan terus mengangkat mama untuk pergi ke hospital. Tapi mama bersuara, abang tak perlu hantar saya ke hospital. Waktu saya sudah tiba.

Saya dah tak nampak apa-apa lagi. Masa tu papa menangis dan tidak peduli cakap mama. Papa tetap hantar mama ke hospital dan dibawa ke bahagian kecemasan.

Tidak lama kemudian, doktor cakap mama tidak dapat diselamatkan lagi. Mama hanya mampu bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Masa tu aku tidak tahu apa yang aku rasa. Seluruh badanku terasa lemah, lututku rasa seolah-olah tiada tulang. Aku lihat papa menangis.

Papa tanya doktor, kenapa dengan isteri saya doktor? Kenapa tiba-tiba macam ni? Doktor menjawab, encik tak tahu ke s@ kit isteri encik? Isteri encik k@n ser p@yu d@ra tahap akhir.

Bagaimana mungkin papa tak tahu peny@ kit mama? Ya Allah.. masa tu aku sangat berharap semua tu cuma mimpi buruk dan ingin cepat-cepat bangun bangun dari tidur. Tapi malangnya, semua kenyataan.

Rupanya sudah bertahun mama menyimpan rahsia tentang peny@ kit mama. Barulah aku terfikir, mengapa mama selalu mengadu s@ kit bila adik bongsu bermanja di da da mama. Baru aku terfikir mengapa mama selalu beli tisu banyak-banyak dan meminta aku hantarkan tisu itu di pintu bilik air setiap kali mama mandi.

Barulah aku faham mengapa mama tidak mahu membuka pakaian dalamnya masa ditahan di wad sebelum ini. Mengapa mama sembunyikan semua ini? Sekarang mama sudah tiada dan aku masih tertanya-tanya mengapa mama biarkan diri mama tersiksa seorang diri.

Semasa menguruskan jen@ zah mama, aku berada di samping mama dari awal sampai akhir. Aku ikut memandikan dan mengk@ fankan mama. Waktu itu, tiada lagi air mata yang mampu menitis. Sudah kering. Yang aku harapkan, agar mama pergi dengan tenang.

Aku mencium mama buat kali terakhir, aku merasakan lu k@ kesedihan yang paling dalam waktu itu. Sebaknya tidak mampu utk kutahan lagi. Mama telah pergi tinggalkan kami buat selamanya.

Aku melihat jen@ zah mama diturunkan ke liang l@ had. Di situlah aku menangis semahu-mahunya. Mamaku yang kusayang, yang selama ini selalu menemani kami sebelum tidur, kini akan tidur sendiri di dalam ku bur. Ya Allah.. sayangilah mama kami ya Allah, sebagaimana dia menyayangi kami selama hidupnya.

Setelah selesai urusan pengebu mian mama, kami pulang ke rumah. Aku menangis lagi. Rumah ini tiada ertinya tanpa mama. Hatiku meronta-ronta mencari mama. Tiada lagi sosok tubuh mama yang kami peluk setiap hari. Adik bongsuku seperti tidak mengerti apa-apa.

Tiap kali dia melihat aku menangis, dia akan cakap, kakak jangan la nangis. Mama pergi kejap je. Mama tidur je tu. Dan aku semakin sebak mendengarnya. Mama, macam mana kami nak lalui hari-hari seterusnya tanpa mama?

Selepas pemergian mama, aku belajar berdiakari. Aku belajar buat semua kerja rumah, mak cik aku ajar. Papa aku? Papa aku jarang pulang ke rumah selepas mama pergi. Maka kami adik-beradik menyambut aidilfitri yang paling menyedihkan dalam hidup kami. Tanpa mama.

Lebih kurang sebulan lebih selepas kem@ tian mama, aku mendengar berita yang mengejutkan. Papa ada wanita baru dalam hidupnya. Bahkan wanita itu sudah pun update status di laman sosial dan ‘tag’ papa.

Dia update gambar mereka berdua dengan caption “finally after all this years, we’ve been through a lot of bla bla bla bla blaa…” Aku sedih. Aku marah. Apa semua ni? Maksudnya selama ni papa ada perempuan lain selain mama ke?

Ya, memang papa sudah lama ada hubungan dengan wanita tu. Sampai hati papa.. sampai hati papa buat macam tu pada mama. Apakah makna air mata papa di hari kema tian mama? Adakah papa sedih sebab tak nak kehilangan mama? Atau sedih sebab mengenangkan dosa papa terhadap mama? Atau lakonan semata-mata? Hanya Allah yang tahu.

Aku bnci papa. Aku ingat mama. Ya Allah.. kenapa mama pendam semuanya sendiri? Kenapa mama? Aku semakin sebak dan kasihan mengenangkan nasib mamaku semasa hidupnya. Sudahlah menanggung skit, ditambah lagi dgn kecvrangan papa.

Beberapa bulan selepas itu, papa pun berkahwin dengan wanita itu. Majlis disambut dengan meriah. Papa tak ingat dengan mama ke? Ku bur mama masih merah! Semudah itu ke papa lupakan mama? Mama, wanita yang mendampingi hidup papa selama 20 tahun.

Aku ingat kembali, memang mama seorang saja yang over excited setiap kali ada tarikh2 istimewa (anniversary & birthday). Papa tidak excited. Kami fikir memang papa seorang yang tidak romantik, tapi rupanya.. sampai hati papa..

Sekarang, papa jarang balik rumah. Adik bongsu aku dijaga oleh mak cik aku. Aku dan seorang adik lagi hidup berdikari. Tinggal di rumah peninggalan mama. Sekali-sekala mak cik akan datang melawat dan bermalam di rumah.

Papa sibuk dgn isteri barunya. Mungkin akan menimang anak baru, entah la. Aku malas ambil tahu. Papa juga tidak pernah membawa isteri barunya datang ke rumah. Kalau papa balik, dia cuma balik sendiri.

Mujurlah mama ada banyak wang simpanan semasa hidupnya. Wang itulah yang mak cik aku belanjakan untuk kami. Harapkan duit papa, dia kan sibuk bagi nafkah pada isteri barunya.

Mama juga ada buat akaun simpanan atas nama kami dulu. Simpanan itulah yang akan kami gunakan untuk sambung belajar di masa hadapan. Terima kasih mama. Mama wanita terhebat.

Tahun ini merupakan kali kedua kami beraya tanpa mama. Aku terima takdir ini. Aku cuma berharap, aku dapat jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Mama, semoga kita dipertemukan di syurga kelak.

Kami rindu mama. Rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk mama. Buat papa, berbahagialah papa dengan isteri baru papa. Semoga kami mampu teruskan hidup walaupun kehilangan kasih sayang papa.

Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan aku lulus cemerlang SPM tahun ini.

– Anak mama (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimalaya