Erra Fazira kongsi gambar keluarga kecilnya, ramai terkejut saat melihat wajah ibunya kerana ini!

Siapa sahaja yang tidak mengenali primadona Erra Fazira yang sering menjadi perhatian peminat.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya sempena raya.

“Selamat Hari Raya dari keluarga kecil kami.. mohon ampun maaf atas segala salah dan silap keluarga.

“Yeayyy bukan senang dapat bergambar dengan mak saya.. dia pemalu sikit utk bergambar.. tapi sbb anak cucu paksa.. akhirnya dia akur.

“Mak, mak lawa laaaa .. awet mudo tauuu.. jgn la malu bergambar.. LOVE YOU MAK!! Yang lelaku tu.. adik saya yang punnnnn pemalu gak orgnya.. belum tawen lagi, tapi rasanya mcm dah ada awek dah.. dok melekattt dgn hp.. ada la tewww!! LOVE YOU ABANG!

“My Aleesya n my Muti..

“hehee.. perlu kenalkan lagi ke? siapa yg selalu follow saya,mesti tahu kann.

“Si tecik tu.. my one and only daughter.. penyeri hidupku.. amanah dan anugerah terhebatku.. Love you to the moon and back shayang mom!,” tulisnya memperkenalkan famili.

Di samping itu,pelakon berusia 45 tahun itu turut meluahkan rasa penghargaan kepada pembantunya yang bernama Muti kerana telah banyak berjasa kepada keluarganya.

“Muti pulak.. haaaa ni org paling kuat .. kdg2 macam mak tiri pun yer jugak..Banyak jasa Muti kepada saya ~ dari Aleesya belum lahir sampai la sekarang.

Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira masih belum berhasrat untuk menghasilkan lagu raya.

Menurut Erra, dia sudah berpuas hati dengan kualiti lagu rayanya sebelum ini dan menunggu masa yang sesuai untuk menghasilkan lagu raya terbaru.

“Buat masa ini saya belum merancang untuk menghasilkan lagu raya terbaru.

“I already have a good raya song, ia telah memberi impak kepada pendengar.

“Saya harus menunggu masa yang sesuai untuk menghasilkan lagu raya terbaru, ia juga haruslah berkualiti dan sedap didengar seperti lagu raya saya sebelum ini,” kata Erra kepada Gempak.

Erra telah mempopularkan lagu raya yang berjudul Gema Lebaran dan ia sering dimainkan di kebanyakan stesen radio tempatan ketika musim perayaan.

Dalam perkembangan lain, selebriti jeita ini juga masih bergiat aktif di layar perak dan bakal menjalani penggambaran filem terbaru tidak lama lagi.

Sedikit info mengenai Erra, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek ini mulai aktif di industri hiburan pada tahun 1992 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini.

Sumber : Mediahiburan