“Asal Kau Rasa Insecure Sangat Dengan Aku Ni”, Nabila Huda Sound Ibu Tirinya Disebabkan Hal Ini

Belum sampai satu hari Nabila Huda memuat naik posting ‘manis’ buat bapanya, vokalis Search, Amy, ibu tiri turut membuat satu posting di laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, posting tersebut telah mendapat perhatian netizen kerana kapsyen yang ditulis isteri penyanyi rock lagenda itu dikatakan seperti menyindir ucapan Hari Bapa Nabila Huda kepada bapanya.

Tidak sampai 3 jam isteri Amy, Norhasniza Hassan atau Norish yang menggunakan nama @qasander di IG memuat naik postingnya wanita tersebut di’bash’ beberapa pengikut laman sosial terebut.

Status yang dikongsi Nabila Huda sambil memuat naik kapsyen yang ditulis ibu tirinya

Sehingga ada yang menanda nama Nabila Huda atau Abil yang menggunakan nama akaun @kupu_kupu pada ruangan komen di IG ibu tirinya itu.

Tidak berdiam diri, Nabila telah melakukan screen shot dan memuat naik kapsyen ditulis @qasander dan dijadikan posting terbaharu di IGnya.

Dalam nada tulisan yang agak berang, Nabila berkata, beginilah drama dalam hidupnya selama ini dan tidak akan pernah habis.

Nabila turut menempelak ibu tirinya itu dan mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini.

Dia juga telah menanda nama @qasander pada kapsyen yang ditulisnya.

” Sebab tu Aku Cakap Dia ni punca..Dia ada je..Dia orang kanan yang paling rapat dengan bapak Aku. Patutnya Kau tak payah la Nak post benda-benda gini..You never change lah.Sampai mampus pun Kau Takkan berubah..

” Perlu ke Nak cerita pasal rockstar, tak celebrate birthday la, tak sambut hari bapa la, Dia tak wish Kau la, Macam kau sorang je Yang beragama islam..Relax..Kenapa buat benda jadi complicated ni @qasander ? Tak payah la play victims..Padahal Kau tau, Kau punca Aku berjauhan dengan bapak aku..Sikit pun Kau tak rasa bersalah..

” Aku Nak post benda sweet Untuk bapak Aku,Biar lah..ni Kau Nak sibuk jugak..Nak jugak menjawap..Ha Lepas post ni,Siap la ada Yang cucuk kasi keadaan lagi panas ,kawan-kawan Kau misscall, msg beratus-ratus bagitau Benda ni kan..Punca semua tu.

” Surroundings pun punca jugak…Pastu kang mula la drama, Nak cerai lah, Nak bawak Anak lari la , buat bapak Aku sedih lagi..kang bapak Aku bertambah marah Sebab kan Aku,korang gaduh. Drama ulang-ulang sampai lah abang jamil mampos!

” Asal Kau rasa insecure sangat dengan Aku ni..Jangan risau lah, Aku Takkan rampas pun your truly rock star tu..Darah Dia ada dalam badan Aku, sampai akhirat pun masih ada lagi. Astarfirullahalazim…Aduh,begini lah drama dalam hidup Saya kawan-kawan..

” Padahal mulanya Nak post benda sweet je Untuk bapak sendiri..hari lain pun Saya boleh je post Cuma semalam Saya rasa Nak post Nak buat macamana! Saya betul ikhlas dengan luahan Saya towards him.It just luahan seorang Anak pada ayah nya..Salah ke benda tu sampai Dia melibatkan agama?Ntah la..tak faham lah..”

Terdahulu, @qasander telah memuat naik foto suami bersama anak-anaknya dengan kapsyen yang memberitahu walaunpun suaminya seorang ‘rockers’, dia tidak pernah menyambut hari ibu atau bapa.

Kata @qasander menerusi posting terbaharunya itu, Amy tidak pernah menyambut dua ‘hari’ tersebut kerana ia bukan untuk orang Islam dan ibu dan bapanya tidak pernah mengajar untuk menyambut kedua-duanya.

Disebabkan posting itu, ada warga net yang mengaitkan posting dimuat naik @qasander sengaja ditujukan kepada ucapan Hari Bapa yang dibuat Nabila pada awal pagi tadi.

Mengeruhkan keadaan apabila ada yang cuba melagakan ibu kepada tiga orang anak ini dengan Nabila di ruangan komen.

Sumber: gempak via asiakini