(Video) Lelaki ini LUMPUH separuh badan selepas menyentak lehernya dengan kuat

Adakalanya apabila kita terasa penat atau berat di bahagian leher, perkara biasa yang kita buat ialah meregangkan bahagian otot leher dengan menyentak kepala ke kiri/kanan sehingga mengeluarkan bunyi ‘krakk’ atau ‘pop’.

Tetapi bagi lelaki berusia 28 tahun dari Oklahoma ini, perbuatan itu menyebabkan dia terpaksa bergegas ke hospital kerana vertebral arterynya terkoyak.

Josh Hader yang bekerja di rumahnya di Guthrie, Oklahoma sebelum itu terasa lenguh di lehernya dan cuba melegakannya dengan melakukan sentakan yang biasa dilakukannya sebelum ini.

Namun kali ini dia menggunakan tangannya untuk berbuat demikian bagi menambahkan lagi sentakan itu dan terdengar bunyi sentakan yang kuat lalu menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Bahagian kiri badannya menjadi lumpuh serta-merta dan dia segera memeriksa sama ada bahagian wajah sebelah kirinya ‘jatuh’ (salah satu simptom terkena serangan strok).

Wajahnya kelihatan seperti biasa, lalu Josh mengandaikan mungkin urat sarafnya terjejas seketika dan pergi mendapatkan pek ais untuk melegakan kesakitan itu.

Malangnya, Josh tidak dapat berjalan seperti biasa.

Bila saya berjalan ke dapur, saya hanya dapat berjalan pada sudut 45 darjah. Saya tidak dapat berjalan lurus seperti biasa,” katanya.

Josh kemudian dibawa oleh bapa mentuanya ke hospital dan keadaan menjadi semakin buruk apabila dia langsung tidak dapat berjalan.

Pemeriksaan CT scan tidak menemui sebarang pendarahan dalam otak tetapi doktor mengesahkan Josh mengalami strok dan perlu diberi ubat yang boleh mengaktifkan tisu plasminogen atau tPA, untuk melarutkan ketulan darah beku.

Josh dipindahkan ke Hospital Mercy dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama beberapa hari sehingga dipindahkan ke pusat pemulihan di mana dia belajar untuk berjalan dan menguasi tangan kirinya.

Menurut pakar neurologi strok, Kazuma Nakagawa berkata, Josh terkoyakkan vertebral artery ketika merengangkan lehernya yang boleh menyebabkan koma atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan m4ut.

ARTIKEL berkaitan, seperti yang dipetik dari laman FB public healty Malaysia
‘Mengadu Sukar Bernafas’ – Ini Bahaya Khidmat Urut Kepala & Tengkuk Selepas Gunting Rambut

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk”

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat

 

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Sumber: Oddity Central via thereporter / menujukebenaran.com