(Vide0)“Pakai Tudung Macam Tuu Je Pun.. Dah Nampak Lawa” Wajah Terkini Fasha Bertudung.

Dengan sekali lafaz, pelakon sensasi Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz pada pagi Sabtu 30 March lalu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis sekitar pukul 9.15 pagi.

Pada majlis itu, Aidil, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan Fasha dan Aidil turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook TV3.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Kini Genap 2 bulan jadi suami isteri, ini Wajah berseri Fasha dan Aidil

Komen :

muka nak seiras.. jodoh panjang Amin

Muka sama.. panjang jodoh in sha Allah

Best nya.. balik kampung naik keretapi

 


[VIDEO] “Aidil Sekolah Agama, Pernah Imamkan Solat Jenaazah Neneknya,” – Bila Fasha Curii-Curii Rakam Suami Baca Quran, Tersentuh Sanubari…
Posting video terkini pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram nyata menyentuh hati ramai. Apatah lagi hari ini berlangsungnya #QuranHour, pelakon cantik itu ada berkongsi video pendek yang merakamkan suaminya, pelakon Aidil Aziz sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Menerusi ruangan kapsyen, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu hanya meletakkan tanda emoji dan tanda palang #curicuri #sorrysayang.

Video tersebut yang sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Malah, ada yang turut bercerita perihal latar pendidikan aktor tersebut pada zaman persekolahan.

 

Baru-baru ini juga, pasangan ini turut mencuri tumpuan apabila Fasha mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya bersama Aidil. Pasangan ini mendirikan rumah tangga Februari lalu.

Sumber : instagram Fasha Sandha

Sumber :freemalaysiatoday via:erakini / MH / menujukebenaran.com