Time Family Aku Susah, Tak Ada Sorang Pun Pakcik Makcik Nak Hulur Bantuan. Tapi Bila Abg Long Dah Senang Dah Ada Butik Sendiri, Semua Sibuk Mengendeng Buat Baik Dgn Family Aku

Foto sekadar hiasan.

Aku Jojie. Anak ketiga dari 4 beradik. Ni kisah pasal Abang long aku. Abang long dan Abang ngah aku kembar. Muka sama, tapi sikap perangai jauh berbeza. Kehidupan Abang ngah aku very bright, Abang ngah belajar pandai, kerja bagus, peramah, ramai orang suka. Tapi Abang long aku tak macam Abang ngah, SPM berderet F. Lepas SPM, Abang long tak sambung belajar, dia duduk rumah, tolong dekat petrol pump mak, dia lah yang rempit hantar ambil aku ke sekolah waktu dulu-dulu.

Dia lah yang masak, suap aku dan adik makan nasik. Walaupon menganggur, fail SPM, tak mampu hulur duit tiap bulan, tapi dia banyak bantu guna kudrat. Mak ayah aku tak pernah beza bezakan layanan dekat Abang long dan Abang ngah. Pandai ke tak ke, mak ayah aku layan sama je. Tapi Opah dan makcik pakcik aku selalu beza bezakan Abang long dan Abang ngah. Sampai satu tahap, Abang long aku stop balik kampung. Bukan sebab dia tak boleh tahan bila orang mengata pasal dia, tapi sebab dia kesian dekat mak bila tiap tahun kena hadap telinga dengar benda sama.

Keluarga aku diuji teruk suatu ketika dahulu. Abang ngah aku buat masalah, terlibat dengan kes pecah amanah. Mak ayah aku struggle teruk gila nak selamat kan Abang ngah. Ayah aku jual tanah, mak aku gadai harta yang ada. Abang long aku jual superbike dia demi Abang ngah. Paling sebak bila mak ayah aku mintak maaf sebab tak mampu nak hantar aku sambung degree. Status family aku berubah serta merta. Dari senang terus mengemis. Aku kecewa, tapi pujuk hati sebab family aku tengah susah.

Tapi, Abang long aku betul penyelamat hidup aku. Hari daftar universiti, dia rempit bawak aku pergi daftar. Padahal masa tu dia duit pon tak ada. Kami tawakal je. Bayar duit yuran pon sebahagian je dulu. Aku nekad belajar rajin rajin dan Alhamdulillah, semester dua, aku dapat biasiswa. Masa aku dekat universiti. Aku sebilik dengan Nisa. Dia ni nakal sikit. Liar. Jenis buat hal sendiri, tak ambil campur hal orang.

Selama aku duduk dengan Nisa, aku sorang je yang banyak berkongsi cerita, dia sekadar mendengar. Dia tak pernah share apa2 kisah hidup dia dengan aku. Disebabkan rumah aku dekat je dengan universiti. So, aku selalu ajak Nisa datang rumah. Nisa ni anak orang senang. Jauh lagi senang dari family aku. Tapi low profile. Nisa ni cantik. Tapi attitute kelaut. Dia kurang adab, takde ciri wanita solehah, tak fikir perasaan orang, selalu ignore orang yang tak penting dalam hidup dia.

Dia takkan layan kau kalau kau tak bagi apa2 benefit dekat dia. Dia suka buat benda ikut kepala dia. Misalnye dia ajak Abang long aku kahwin, padahal dia tak pernah kenal pon Abang long aku. Dia cakap, dia akan ubah hidup Abang long aku kalau Abang long kahwin dengan dia. Dan yang paling aku tak boleh brain bila Abang long aku setuju. Mak ayah aku menententang habis habisan waktu tu, tapi Abang long nekad, nak kahwin dengan Nisa.

Sebulan lepas kejadian tu, Nisa dan Abang long kahwin. Kahwin free, tak ada hantaran, buat yang wajib je. Ayah Nisa bersyukur betul sebab ada jugak orang nak kahwin dengan anak dia. Nisa ni selalu buat masalah. Waktu dia orang kahwin, ayah Nisa bagi RM20k dekat Abang long aku. Dia suruh Abang long aku guna duit tu dulu sementara nak survive. Ayah Nisa yakin gila dengan Nisa, dia tahu power anak dia boleh ubah hidup Abang long. Masa tu Nisa baru 20 tahun, Abang long aku 25 tahun.

Dan macam yang Nisa janji, dalam masa satu tahun je, hidup Abang long aku berubah serta merta. Nisa hari hari ulang alik dari universiti ke rumah aku, dia ajar Abang long aku subject teras untuk re-sit SPM. Alhamdulillah, result cantik. Dalam masa sama, dia cari tempat training skill, dia hantar Abang long aku masuk kelas menjahit. 6 bulan Abang long pergi kursus menjahit. Dalam masa setahun, hidup Abang long aku berubah.

Aku yang paling seronok sepanjang satu tahun tu. Sebab 5-6 pasang baju aku dapat tiap bulan. Macam2 fashion. Abang long jahit baju aku dan Nisa untuk bagi cekap. Lepas Abang long aku dapat sijil professional. Ayah Nisa bawak Abang long jumpa kawan kawan dia. Dari sini lah, Abang long aku start buat baju untuk kawan2 ayah Nisa. Mula dari jahit dekat rumah sampai Abang long aku dah ada butik sendiri.

Tahun 2015, Nisa suruh Abang long aku pergi kursus buat kek. Tapi Abang long aku taknak. Dah selesa dengan bisnes sekarang. Tempahan pon banyak. Takut tak ada masa. Walaupon Abang long aku ada pekerja lain, tapi Abang long aku still jahit sendiri baju untuk clients yang besar2, penting2. Tapi, Nisa paksa jugak Abang long aku pergi kursus buat kek. 9 bulan training buat kek. Sepanjang 9 bulan tu, tiap tiap minggu aku makan kek.

Sambil2 tu, aku tolong ambil order untuk kawan2 yang minat. Abang long aku selalu jugak bukak booth kalau ada apa2 events kat universiti aku ni. Dia bukan bukak booth baju, tapi dia bukak booth kek. Sebab kek dia student mampu beli. Kalau baju tu macam impossible sikit. Dan dia juga ambil tempahan untuk birthday, kahwin, dari sekecil kecil event sampai sebesar besar event. Dan Alhamdulillah, sekarang ni, Abang long aku jual kek dalam butik dia. Mini cafe dalam butik.

Selama 4 tahun dia orang bergelar suami isteri, banyak benda yang berubah. Abang long aku dari nobody terus jadi somebody. Adik bongsu aku belajar Medic dekat India tanpa sebarang pinjaman. Fully sponsored by Abang long. Abang long aku senangkan mak ayah. Mak aku dah tak kerja. Sekarang aku yang urus petrol pump mak.

Nisa pulak dah tak ada masalah attitude. Dah tak melawan, tak memberontak. Dulu aku tak pernah tengok Nisa solat, tapi sekarang Alhamdulillah. Dhuha dan solat malam tu dah macam solat wajib. Tapi, sekarang Nisa nak bercerai. Katanya, dia dah tunaikan janji dia, ubah hidup Abang long. Tapi, Abang long aku taknak. Abang long aku depressed gila. Sejak raya hari tu, Abang long aku jadi tak terurus sikit. Nampak serabut je.

Aku cuba lah siasat punca Nisa nak cerai. Aku pergi butik dan sembang dengan staff Abang long. Baru aku tahu, rupanya Opah aku pernah datang butik Abang long sebelum raya, perli Nisa sebab tak mengandung. Opah aku cakap Nisa mandul. Dan yang paling teruk Opah aku cakap, Nisa nak kikis Abang long aku. Masa ni aku nak tergelak betul, sebab Opah aku ingat Abang long aku tu berjaya atas usaha sendiri. Abang long aku berjaya sebab Nisa.

Saat family aku tengah susah, Opah dan pakcik makcik aku sikit pon tak hulur bantuan. Mengata mengutuk pasal family aku sampai satu kampung tahu kes Abang ngah ada lah. Tapi, bila Abang long dah senang, semua buat baik dengan family aku. Aku marah betul, aku cerita dekat mak dan ayah. Mak ayah aku relax, tak marah, tak melenting. Mak ayah aku terus stop bagi duit belanja dekat Opah dan family Paksu aku. Selalunya tiap awal bulan parents aku akan bank in duit dekat dia orang.

Tapi sejak kes tu, parents aku tak bagi sesen pon. Dan seperti yang dijangka. Opah dan family Paksu aku mula bising, call tak henti, anak anak Paksu aku buat kecoh dekat group, kata itu ini. Mak aku tak cakap banyak. Mak cakap, “jangan melampau”.

Mak cakap, sejak tu, ramai yang datang rumah aku. Opah, family Paksu. Family Maklong aku yang sibuk nak kahwinkan anak dia dengan Abang long. Tapi, Abang long aku tak layan. Abang long aku tengah serabut nak pujuk Nisa. Nisa lari dah dekat 3 bulan, tinggal Abang long aku sorang sorang.

Nisa sekarang dekat India, duduk dengan adik bongsu aku. Abang long aku pernah pergi sana, pujuk Nisa balik, tapi, kena tolak mentah mentah. Abang long aku balik Malaysia tanpa Nisa. Dia bagi masa bertenang kononnya. Sejak balik Malaysia, Abang long aku asyik tak sihat je. Muntah muntah. Demam. Emosi terganggu. Abang long aku jadi childish gila. Tengah tengok tv drama melayu pon boleh menangis. Kadang2 dia nangis dekat mak tak tentu pasal.

Mak aku selalu cakap, bela Abang long macam bela budak tadika. Tapi, ayah aku cakap, Nisa maybe mengandung. Sebab masa mak aku mengandungkan Abang long dengan Abang ngah, mak aku langsung tak ada symptoms orang mengandung, sebab ayah aku yang kena. Dulu ayah aku sampai ambil cuti kerja sebab tak tahan pening.

Bila dengar ayah cakap tu, Abang long aku bukan main suruh adik bongsu aku check kan Nisa. Sejak tu baru lah Abang long ada semangat sikit. Kemain konon nak jaga makan. Tapi, tak boleh, sebab Abang long aku asyik muntah kalau tengok makanan. End up dia skip makan. Abang long aku dari berat 65 kg, terus tinggal 52kg. Keluar masuk hospital tu benda biasa. Banyak kali dia tumbang dekat butik. Staff dia sampai dah lali nak hantar pergi hospital.

Aku kadang2 naik rimas, lemas bila dengar Abang long aku merengek, serius macam budak kecil. “Makk sakit, mak pening, makkkk, makkk”. Aku rasa macam nak hempuk je Abang long aku. Tahan lah sikit! Abang long selalu pura pura macam tengah betul betul mengandung, hantar gambar perut dalam group family kecil aku. Selalu screenshot tips2 ibu hamil. Dia cakap pening nak naik kapal terbang sampai India. Dia suruh Nisa balik cepat.

Mak ayah aku pon main peranan, tiap kali Abang long aku merengek buat perangai, ayah aku record, masuk dalam group family kecil. Tapi, Nisa suram. Tak ada tanda nak balik. Dia diam je dalam group. InsyaAllah, kalau tak ada aral, Isnin ni aku dengan ayah akan ke India, pujuk Nisa balik. Mak tak ikut sebab nak jaga Abang long. Kesian Abang long aku, mati kutu. Sebab kami kenal Nisa, Nisa tak suka kena paksa. Takut dia memberontak, buat benda tak patut.

Dulu, Nisa pernah gaduh dengan Abang long aku sebab basuh pinggan je. Gaduh besar sampi habis pinggan mak aku dia pecahkan. Tunjuk protes. Lagi satu pasal Abang long aku komplen cara Nisa lipat baju. Nisa mengamuk, habis satu almari dia punggah dan suruh Abang long aku lipat sendiri. Tapi tu masa muda muda lah. Masa tengah baran, masalah attitude, tak boleh terima teguran. Sekarang dia dah okay. Tapi takut jugak kalau mood tak betul.

Aku mohon doa dari korang, semoga usaha kami pujuk Nisa balik ni berjaya. Kot kot korang ada tips ke, boleh laa share sikit. Aku kesian dekat dia orang. Aku tersepit antara abang dan best friend. And kalau ade tips nak hilangkan “morning sickness” Abang long aku tu, mohon lah share tips. Teruk sangat Abang long aku ni. Naik menyampah aku tengok. Dah pergi berubat doktor, dah berubat kampung, tapi tak jalan. Sekian.

Kredit : kisahjalanan