Terkini: Pemandu Grab hilang sejak Jumaat lalu ditemui sudah tidak bernyawa

“Guys, member aku hilang semalam and might be kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah. Harap tiada apa-apa buruk yang berlaku terhadapnya di bulan ramadhan ini,” demikian tweet Azuljailani pada pagi semalam.

Difahamkan, kali terakhir Mohammad Hanafie Jaafar dilihat adalah pada jam 4 pagi Sabtu dan keretanya ditemui di kawasan Indah Permai, di belakang pasar raya Giant, di kawasan tempat letak kereta dan tapak bazar.

Dalam laporan Harian Metro, polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang, hari ini.

Susulan penemuan itu, ahli keluarga pemandu Grab telah dipanggil untuk mengenal pasti mayat berkenaan.

Menurut tweet terkini Azuljailani, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat mangsa.

“Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangna orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah,” tweetnya.

Terdahulu

Pemandu Grab 4 hari hilang, kali ini kereta ditemui dengan kesan dar4h!

Sejak kebelakangan ini, ramai anak muda memilih untuk mencari sumber pendapatan kedua bagi menampung kos sara hidup pada hari ini.

Memilih pekerjaan sebagai pemandu Grab adalah salah satu daripadanya. Ada diantara mereka memilih untuk melakukan pekerjaan ini sepenuh masa atau separuh masa.

Terbaru, viral di sosial media mengenai kehilangan seorang pemandu Grab yang dikenali sebagai Mohammad Hanafie Bin Jaafar.

Antara posting di laman media:

ADA KESAN D4RAH PADA BAHAGIAN PINTU KERETA DAN STEERING KERETA!!

Minta bantuan rakan rakan semua . anak buah saya merupakan pemandu grab hilang tanpa dapat dikesan .

kereta telah di jumpa di indah permai . pemandunya masih hilang. laporan polis telah di buat. pencarian masih diteruskan kepada org ramai yang tolong terus share ya.dan kepada saksi kejadian diminta tampil .

hope cepat dapat jumpa dlm keadaan selamat.

Kali terakhir, mngsa dilihat pada 25hb Mei, sekitar jam 4 pagi.

Kereta mngsa dijumpai di kawasan tempat letak kenderaan tapak bazaar Indah Permai, berhampiran dengan pasaraya Giant, Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar-gambar kereta mngsa berada dalam keadaan yang mengeriikan itu telah menarik perhatian ramai netizen, terutamanya di kalangan pemandu Grab dan perkhidmatan e-hailing yang lain.

Susulan kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh teman wanita mngsa mengenai kehilangan beliau.

Sumber: Azruljailani, Info Roadblock JPJ/POLIS via celotehsaje