Tahlil buat diri sendiri

TUMPAT: Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, sempat menjemput pelajar dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kampung Menjual untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula hari ini.

Setiausaha Sulit mudir madrasah berkenaan, Al Fatas Yasmi, berkata selain mengimarahkan bulan Ramadan, ia juga sebagai tahlil untuk arwwah bapanya yang mening gal dunia pada bulan Ramadan lebih 15 tahun lalu.

“Arwwah menjemput seramai 30 pelajar dari madrasah ini untuk mengaji di rumahnya di sini selama 40 hari bermula hari ini di samping mengadakan majlis tahlil.

“Rupa-rupanya tahlil ini nanti bukan saja untuk bapanya yang mening gal di bulan Ramadan lama dulu tapi dirinya sendiri (Faziani),” katanya ketika ditemui di rumah ar wah di Kampung Paloh, di sini hari ini.

Al Fatas berkata sudah empat tahun pengasas kosmetik itu memberi sumbangan kepada madrasahnya dalam bentuk makanan, keperluan serta kewangan.

Katanya, Faziani dilihat agak kelam kabut menyelesaikan urusan sedekah membabitkan beberapa pondok seperti sudah dapat mengagak aj4lnya bakal tiba.

“Saya ada berbual dengan pembantu ar wah yang memberitahu Faziani ingin mempercepatkan segala urusan sedekahnya kepada semua badan kebajikan, pondok dan individu.

“Beberapa hari kebelakangan ini ar wah dilihat berkelakuan agak pelik dari biasa di mana ingin selesaikan segala urusan sedekah dan infaq sekali gus.

“Kami memang sangat terkejut dengan musibah yang melanda beliau, bagaimanapun pemergiannya adalah pada bulan yang baik,” katanya.

Jennazah Fauzani yang dibawa dari Hospital Pattani, Thailand tiba di kediamannya pada jam 6 petang diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dengan menaiki van jenazah.

Jenazzahnya akan dimandi dan disolat  di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit di sini, malam ini.

Sumber: beritaharian

“Tidak ada bos sebaik Allahyarham’ – Bawa ramai pekerjanya menunaikan umrah

TUMPAT – Sayu saat mendapat berita Pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, turut memberi kesan terhadap 55 pekerjanya kerana usahawan itu disifatkan sebagai majikan yang sering menjaga kebajikan pekerjanya.

Pekerjanya, Mohd Mahzam Ismail,23, berkata, walaupun Allahyarham tegas dalam urusan kerja tetapi dia seorang majikan yang sangat baik dan pemurah.

“Setiap hari bermula satu Ramadan, Allahyarham sediakan lauk pauk seperti ayam percik dan kuih muih untuk dibawa balik berbuka puasa dengan keluarga.

Bos beri beras dan barang dapur

“Kami juga diminta datang solat terawih beramai-ramai di rumahnya sepanjang Ramadan ini dan sebelum puasa kami diberi beras dan barang keperluan dapur,” katanya.

Sangat dermawan!
Mohd Mahzan berkata, tidak ada bos sebaik Allahyarham yang sangat dermawan dan ambil berat selain berhasrat untuk membawa pekerja bersama keluarga menunaikan umrah sebelum dia menutup mata.

“Arwwah nak bawa kami menunaikan umrah ramai-ramai naik satu kapal terbang. Sebelum ini pun arwwah pernah bawa ramai pekerjanya menunaikan umrah.

Mahu bawa mak ayah pekerja pergi umrah

“Tetapi awal puasa, dia ada sebut nak bawa kami tunai umrah, nak bawa mak ayah kami bersama.
Pelik juga tiba-tiba dia cakap pasal matti. Kami tak sangka dia nak pergi buat selama-lamanya

Bonus 2, 3 kali setahun!

“Kami dapat bonus dua atau tiga kali setahun, hari keluarga setahun sekali, jasanya kami sangat hargai, kehilangannya diratapi kami semua,” katanya.

Pekerja, Mohd Husien Marjiko, 56, berkata, dia bekerja dengan Allahyarham sejak sembilan tahun lalu.

“Saya sedih ibu (Allahyarham) sudah pergi, dia anggap saya seperti ahli keluarga sendiri, saya bekerja di sini ketika anak-anak dia masih kecil lagi,” katanya.

Sumber :https://www.sinarharian.com.my via menujukebenaran.com