Netizen Berdekah Gelak Lihat Gelagat Staf J&T Express Pontian Bertaburan Lari Dikejar Biawak!

Viral di media sosial baru-baru ni, kononnya ada berlaku kekecohan di J&T Express Pontian gara-gara diserang oleh seekor haiwan yang tak diduga.

Menerusi perkongsian di Twitter, haiwan tersebut merupakan seekor biawak yang tiba-tiba datang menceroboh premis J&T Express tersebut ketika staf di situ sedang bekerja.Habis teraburlah semua staff lari! 

“HAHAHAHA MUDAHNYA AKU TERHIBURRR” 

Rata-rata netizen yang tengok video ni memang ketawa habis lah sebab tak tahan tengok reaksi staf kat situ yang melompat-lompat dikejar biawak.

Yelah min faham sangat perasaan dorang, siapa je yang tak geli kan bila biawak sebesar kucing datang berlari macam tu. Nasib tak terpijak barang delivery!

“Alooo sian biawak kena kejo dengan manusia ye” 

Terima kasih kerana menceriakan pagi kami dengan video lawak ni!

Kredit: Lobakmerah via beritasteady