Kisah luahan anak yang dider@ tetapi masih sayangkan ibunya yang mender@

Ini adalah luahan hati seorang anak bernama Alia(bukan nama sebenar) yang telah dider@ bersama adiknya oleh ibu kandung serta pasangan (pengkid).

Kisah Alia, dari kacamata anak berusia 13 tahun.

Ini tulisan Alia. Luahan hati dia tanpa paksaan sesiapa. Bait katanya meruntun perasaan. Dia meluahkan segalanya di atas kepingan kertas.

Betapa anak ini menyayangi ibunya walau mengharungi liku-liku hitam. Neneknya berkata pada aku dalam kereta tadi,

“Cikgu. Kalau cikgu nak tulis kisah Alia dan buku kan, kami benarkan.”

“Tak. Saya tak nak tulis. Saya nak Alia sendiri menulis kisah hidupnya ini dan bukukan suatu hari nanti. Alia ada bakat menjadi penulis. Dia ada kisah yang boleh diceritakan.

Biarlah dia sendiri menulis kisah hidupnya agar sampai ke hati pembaca. Saya akan bimbing Alia menjadi penulis,” balasku.

“Alia nak jadi penulis tak?”

“Nak cikgu,” katanya seraya mengangguk kepala.

“Nanti cikgu ajar ya.”

Dia hanya senyum dengan manis sekali sambil mengangguk kepala berkali-kali.

Bacalah sendiri karangan Alia ini. Seorang anak yang dinafikan hak bersekolah selama 2 tahun boleh menulis sebaik ini.

Jika Alia serius dan dapat bimbingan yang baik, dia pasti menjadi penulis ternama suatu hari nanti.

#MFS

– Alia dan liku kehidupannya –

Lihatlah bertapa suci hati seorang anak ini yang masih sayangkan ibunya.

Kehidupan yang memeritkan.

Bahagian 1.

Selepas setahun tinggal bersama mama dan pasangannya kehidupan aku mula berubah. Kebahagiaan dan kegembiraan yang selama ini aku peroleh hanyalah sementara sahaja.

Sejak dari itu mereka asyik marah dan memukul aku. Sedangkan saya yidak buat apa2 salah. Saya serengkali dituduh oleh pasangan mama. Mama pula mudah sungguh terikut kata pasangannya itu sehingga tidak percaya pada anaknya. Tetapi aku tahu  mama percaya yang aku tidak melakukannya seperti yang dikatakan oleh pasangannya. Cuma dia terpaksa memenangkan pasangannya itu. Aku tidak pernah berdendam terhadap ibu sendiri kerana aku takut dicop sebagai anak derhaka. Syurgakan dibawah telapak kaki ibu. Walaupun kejam dan jahat mana pun (diblurkan) yang telah bersusah payah mengandungkan dan melahirkan aku. Aku akan sentiasa mendoakan ibu tercinta agar dia bahagia. Tiada siapa yang boleh memisahkan antara kasih sayang ibu dan anak. Orang lihat seperti aku membiarkan mamaku, tetapi hanya Allah yang tahu betapa sayangnya aku kepada ibu tercinta.

Bahagian 2.

Sebenarnya mama aku seorang anak yatim piatu. Mamaku kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi. Sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya ada meninggalkan harta untuk ibuku dan adik lelakinya. Duit itu arwah ibunya berikan kepada pakcik ibuku. Arwah ibunya juga meminta adik lelakinya itu agar menjaga ibuku dan adiknya. Namun amanah yang diberikan tidak dijalankan dengan baik. Sebaliknya membiarkan anak buahnya tidak bersekolah. Malah duit peninggalan arwah ibunya juga tidak diberi kepada ibu dan adiknya. Tidak tahan diperlakukan sedemikian, ibuku bertekad untuk memulakan hidup sendiri. Sejak daripada ibuku keluar dari rumah pakciknya, hidupnya lebih bahagia.

Bahagian 3.

Tahun 2005, tahun dimana mama dan papaku mendirikan rumah tangga. Kemudian pada tahun 2006, aku selamat dilahirkan. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Pada masa itu, ibuku belum berkenal dengan pasangannya (pengkid). Semasa umurku tiga tahun, 2009 adalah dimana tahun lahirnya adik aku. Selepas adikku berusia dalam setahun, ibu bapaku bercerai, sebab apa aku tak pasti kenapa dieorg bercerai. Selepas bercerai ibuku bekerja sebagai GRO di kelab. Aku sedih melihat perubahan mamaku itu. Aku dan adik dihantar ke rumah ayah dan nenek.

Selepas bercerai ibuku bekerja sebagai GRO di kelab. Aku sedih melihat perubahan mamaku itu. Aku dan adik dihantar ke rumah ayah dan nenek.
Semasa umurku mencecah 6 tahun, sejak itulah mama bertemu dengan pengkid itu. Pengkid itulah membuatkan segalanya hancur. Selepas ibuku berkenalan dengan pengkid itu, aku dan adik terus diambil oleh bapaku. Aku rasa lagi selamat tinggal bersama ayah dan nenek.
Aku sedih sewaktu melihat perubahan ibuku. Sedangkan selama ini tidak pernah ibuku melakukan perkara itu. Perkara yang telah dirahsiakan. Setakat ini sahaja yang mampu diceritakan. Agak perit untuk mengingati setiap peristiwa yang memeritkan ini. Walaupun mama jauh dariku akan sentiasa aku mendoakanmu.

Kakak harap mama maafkan dosa kakak. Mama tetap di hati. Semoga mama bahagia.

*Kakak sayang mama selamanya!

Kisah yang dilalui Alia dan adiknya Aimi dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Disamping kita membaca marilah kita sama-sama menderma kepada tabung Dana Kita yang ditubuhkan oleh beliau.

Kredit : FB Mohd Fadli Salleh