Isteri Geram Suami Asyik Berkira Dan Kedekut, Akhirnya Isteri Turut Berkira Sehingga Ingin Bersama Pun Dicaj Bayaran

Sebab Aku Takde Sumber Pendapatan, Kalau Suami Mintak Tuuut Saya Cas, Mintak Manja-Manja Saya Cas.. Salah ke saya? “Min tolong siarkan luahan aku ni min. Aku gadis berasal dari Sabah. Bernikah dengan suamiku, orangnya dari Selangor. Kerjaya bagus, punya wang gaji tetapi suami terlalu berkira!

“Tak tau mau luah macam mana, suami aku tu jenis tak bekira tapi kalau beli keperluan dia jer laa. Keperluan aku? Memang dia banyak alasan!.” Yang murah-murah sudahlah. Kalau beli makanan anak bini mau cari yang murah. Biasanya kalau dah gaji kan. Suami akan bawa anak bini keluar makan2 sedap.

Aku ni bukan jenis tak bersyukur min dia tak cakap pun aku cari yg murah jugak, dulu aku kerja jadi mau makan apa pun bebas sebab kerja kan pakai duit sendiri. Tapi berpada-pada lah. Bukannya dia tak mampu min nak belaja aku sekeluarga makan sedap. Aku tengok, dalam buku bank. Rajin dia menyimpan.

Dah berbelas ribu min. Bila aku tanya buat apa duit banyak tu? Dia kata buat simpanan kalau ada yang sakit. Aduh. Memang kami sedang sakit ni, sakit hati! Minta beli ayam tapi ada2 ja alasan suami tu kalau diminta beli ayam. Di katanya ayam tu ayam cucuk ada hormon. Tak bagus untuk anak2.

Kalau diminta beli seafood sotong udang kan, lagi gelak aku min. Dia kata, isi kolestrol tak bagus nanti gemuk! Gerammm aku nih taip. Anak selalu tanya, bila boleh beli KFC tu dalam TV asyik keluar. Bila tanya suami, lagi dibisingnya, kenapa bagi anak2 tengok TV, membazir buang masa, tak bagus. Eh orang gaduh pasal Ayam KFC, TV pulak dia bising2kan!

Dia suka betul kalau hari2 kami makan telur sama ikan bilis. Kadang2 ada la tempe. Aku sendiri kena kreatif tanam sayur. Kalau tak tanam sayur, min ingat suami mau beli? Mau dia bilang, sayur pakai bahan kimia baja, tak bagus! Aduh. Paling teruk rasanya, bila hujung2 bulan. Benar2 mau berkira betul.

Anak makan telur saja ya, itu pun sebiji seorang 1 hari, lepas tu maggie.. Pandai2 lah asal kenyang cukup. hurmm tak tau mau berjimat macam mana sudah ni. Aku sendiri kena pandai2 usaha masak kasi kreatif sikit. Nasi goreng pattaya ke, mee sup ke, tapi versi jimat la. Bahan tak banyak. Suami asyik suruh jimat jimat jimat.

Ya Allah. Apalah berkira sangat beli ayam seekor tu. Kalaulah aku kerja ada duit sendiri, sumpah aku tak berkira. Anak2 mau makan. Beli sajalah kan. 2 hari lepas kami bertengkar, tapi aku takde la marah sampai tak buat makan minum, bekal dia sebab aku tahu dia berkira2 dalam bab makan minum kan. Jadi lepas bertengkar, dia berkira, aku pun nak berkira!

Eh ada rupanya duit suami aku? Dia bekira jadi aku nekad mau berkira juga dengan dia min. Di sebabkan aku tak kerja jadi aku takda duit, kalau dia minta untuk bersama saya cas, mahu nak manja pun saya cas, mahu buat makan minum dia saya cas separuh sebab saya dan anak pun makan pakai kan hahaha .

Suami mulanya ingat saya main2. Dia setuju saja. Fikirnya pasti murah kerana baginya dia memang sanggup bayar apa sahaja kalau itu adalah keperluan dia. Ya keperluan dia takpa. Sanggup bayar. “Benda perlu kan, bayar sajalah..”– Kata suami tenang saja. Eii.. Geram aku minn.

Akhirnya! Tidak sabar tunggu dia gaji nanti, suruh dia bayar hutang.! Dengan cara ni aku ada duit sendiri, sebab dia sendiri tak kasi aku kerja atau cari income sendiri . Kalau aku saja2 minta dia akan soal siasat dan 1000 alasan lagi2 kalau bukan kepentingan dia. Memang dia tak bagi!

Bolehnya dia ketawakan aku tadi pagi min sebab aku cakap “Nanti gaji abg tolong bayar hutang abang ya”, Di fikirnya kali ni aku main2? hurmmm tunggu la nanti kau gaji ya encik suamiiiii. Aku tuntut janjimu. Kalau tak bayar, semua keperluan abang akan tertunggak sampailah langsai.

Salahkah aku min? Keperluan aku dia berkira kira dalam nak keluarkan duit tapi kalau keperluan dia sendiri, ehh sanggup ya dia keluarkan? Geram pulak aku. Ok lah. Aku rasa ini je cara untuk aku dapat duit poket. Boleh lah aku beli ayam untuk anak2 ku juga! Harap laki saya baca luahan saya ni. Saya kata kalau dia tak bayar nanti saya minta admin post gambar dia yg tu baru puas hati aku min. Masalahnya dia tetap gelakkan aku saja. Dia ingat aku main2 ya.

Sumber : coretanmedia via bloggerindo.science