Gaji tak seberapa,baki dlm poket tinggal pula RM28 je smpai 28hb ni,kuatknlah aku demi menyara keluarga dikampung

Hai salam smua..Tengah hari dibulan puasa ni apa korang buat,aku cuti hari ni dan masa ni lah aku guna untuk taip luahan aku yang tak seberapa ni. Aku guna fb kawan aku ni. Dia tahu serba sedikit tentang aku tapi sikit jela Hahahachummmm.

Sedikit pengenalan diri, saya (seperti nama dibawah) berumur 24 tahun, dan bekerja di Shah Alam, Selangor . Aku ni belajar tak tinggi mana pun.Lulusan SPM je.Nak sambung study memang tak lah sebab keluarga berstatus sederhana dan aku masih ramai lagi adik2 dibawah yang masih belajar di sekolah.

Aku keluar dari kesunyian kampung berhijrah di bandar Shah Alam dengan niat aku yg satu untuk bantu keluarga aku di kampung.Apa yg aku nak luahkan ni mungkin nasib aku dan aku pasti ramai lagi diluar yg nasib sama macam aku.

Berbekal motosikal cabuk tok aku alhamdullilah aku masih boleh ke tempat bekerja dgn selamat.Siapa tak nak pakai mtosikal baru trendy kan Y suku yang menjadi pujaan hati setiap remaja seusia aku sekarang.Apa tu orang panggil mto “abah abah”.Tpi aku masih bersukur dengan rezeki yang diberikan.

Ya,nama sja kerja di Shah Alam,tapi gaji aku yang terima memang sepadan la dengan kelulusan SPM aku hanya RM 1,200 je sebulan.Bila ditolak dengan bilik sewa,bagi wang belanja untuk adik2 di kampung dan orang tua hanya tinggal RM18 je sekarang,nak tunggu gaji akan datang.

Korang mesti ingat aku boros kan.TIDAK..hampir 2/3 gaji aku hantar ke kampung,kehidupan keluarga aku yg naif sgt membuat aku lebih cermat untuk berbelanja.Dengan baki RM 28 ni lah aku akan belanja di bulan puasa ni.Aku ulang lagi sekali baki wang aku hanya tinggal RM28.

Ye sekarang memang itu je duit yang aku ada sekarang untuk bertahan sehingga 28hb yakni hari gaji den. Gaji den xde la bosar mano tapi alhamdulillah dapat la bantu adik beradik dan mak den yg lumpuh kat kampung. Jangan tanya pasal ayah sebab nnti akan jadi panjang pulak haaaa.

Bab perbelanjaan mak lah yang menjadi tanggungan paling besar bagi aku.Ubt ubtan mak aku yang sara setiap bulan.Aku tak pernah berkira bila mak dan ayah perlu menggunakan wang.Memang nampak aku sesak sangat bila tiada wang tapi aku masih belum terfikir untuk buat pinjaman ah long atau ceti hram.

Dalam seminggu puasa ni memang den makan sekali sehari je dan hanya makan dekat rumah sewa je. Sebab dah x mampu nak beli makanan luar even roti pun den berkira nak beli. Dari pagi sahur aku akan minum air masak je sampai je berbuka pon masih teguk air sahaja, bila tahap lapar menggigil macam zombi baru aku akan makan biskut cicah air teh o lepas terawih.

Balik kerja aku akan masak apa yang paling pantas dan makan secepat mungkin sebab kelapar yang ada sudah di tahap menara sekolah aku dulu. Hihihihi.Paling murah dan cepat hanya maggi la peneman aku saat aku kebulur.Itu pun aku beli sebungkus je.

Bagi sesapa yang tanya “dik, kau tak buat partime ke untuk tambah pendapatan?”, kerja yang aku buat sekarang yang membataskan aku buat kerje luar dan jangan tanya aku pasal kerja aku ni. Hihihi, bukan marah tapi sensitip tau.

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah, cara kita bahagikan setiap pendapatan yang kita dapat. Setiap bulan aku akan pastikan yang aku dahulukan duit mak dan adik bongsu aku dulu sebab aku yang dah janji dgn adik beradik aku yang lain bahawa aku akan tanggung kos adik bongsu aku belajar (tingkat 4).

Then aku akan wakilkan kawan aku untuk sedekahkan sedikit wang daripada aku kepada orang yang memerlukan. Lepas dah bayar segala pinjaman ayah, bil air & lektrik dan beli segala kelengkapan dapur ( sebenarnya x lengkap pun) hihihi. Last sekali , kalau ada lebih adalah untuk aku belanja harian.

Macam mana aku tahan lapar?

Jawapan dengan bercakap pada diri sendiri ” kau dah guna duit kau sebaik mungkin, Apa yang ada sekarang ni, itulah rezeki kau. Jangan nak demand makan sedap-sedap, gaji kau lambat lagi. Kau mimpi je lah nk makan sedap tu..hihi

Bukannya kau tak pernah berlapar satu hari dan duit kau ada rm1 je. Kau kene pilih samada beli roti atau simpan untuk kegunaan esok (esok jadi rm2)”.Kjam kan!. Yes itulah aku.

Untuk pengetahuan korang dekat tempat keje aku ada jual nasi lemak dan kalau sampai pukul 12 hari biasa nasi lemak x habis jual, akan di “return”. Dan nasi lemak itu boleh dimakan oleh staff. Dan sebenarnya akulah orang yang selalu tunggu nasi lemak return tu.

Kalau bulan puasa ni,dalam pukul 7.30 nasi lemak tu akan return balik.So,nak tak nak aku kena la tnggu kot ada baki lebihan dekat aku.kalau ada rezki aku hari tu ada lah,tapi kalau sale abis,minum air kosong je la aku,huhu.Bila dugaan kau bertambah time staff lain beli air tembikai ke,kelapa ke lalu depan kau time nak berbuka..slurpppp..telan air liur je la aku.

Aku tahu ramai staff yang pandang rendah pada aku sebab aku selalu makan makanan free. Tapi ada aku kisah sebab makan tu memang boleh makan bukan aku mencuri pun. haihhhhh.

Setiap hari aku harus berkira dengan setiap sen yang dibelanjakan. Mana nak isi minyak motor ulang alik keje, beli barang dapur yang x cukup. Kadang kalau teringin sangat nk mkn sesedap, aku akan tunggu balik rumah kakak dan pawww die punya duit. Hihihi

Aku rasa aku dah banyak melencong dari hal yang sebenar. Hahaha korang pun mesti dah baca kan. Hihihihihi.

Rm 28 dalm masa 11 hari. Sehari aku kene belanja lebih kurang rm 2.50 SAHAJA. Cukup lah untuk cover perut aku yang dari pagi sampai pukul 7 petang nk tnggu berbuka. Dapatlah diet dulu kot.

Makan nasi? Ofkos la aku akan masak je kalau free. Sebenar nasi putih tu boleh macam macam perasa tau. Boleh jadi nasi goreng nasi, gorwng campur megi, nasi sup, bubur dan sebagainya. hihihihi. Almaklum la hidup bujang. Jangan nak membingak cakap dh x tau nk makan ape.

Kepada sisturrr dan bro bro sekalian, doakan lah aku dimurahkan rezeki untuk bulan bulan akan datang sebab dah nak raya bulan depan. Baju raya mak n adik pun aku x prepare lagi ni. Tapi x pe, aku percaya janji Allah. Doakan aku kuat untuk teruskan kehidupan sepertia biasa ye. Hahahaha. Malu pulak rasa.

Haaa, lupa pulak nak pesan, jangan ingat kerja di bandar ni ingt semua orang poket penuh je tao.Ada masalah yang kita tak pasti tambahan pula masalah kewangan mcm aku ni.Ade ke orang yg nak kahwin mcm aku ni?hehe..Tanya je..assalamualaikum.

Kredit : ceritaohsem.com