Driver dibelikan rumah RM300K, bibik diberi RM50K’ Ar wah Juga Pernah Mengislamkan Bibik Filipina Yang Tertarik Selepas Melihat Keindahan Islam Yang Ditunjukkan Ar wah..

Pemergian pengasas Dnars, Allahy arham Faziani Rohban Ahmad akibat kemmalangan baru-baru ini benar-benar memberikan kesan kepada rakan-rakan industri dan orang ramai. Selepas pemergiannya, banyak cerita mengenai kebaikan 4rwah yang dikongsikan di media sosial.

Sungguh tidak menyangka, begitu banyak kerja-kerja amal yang dilakukan oleh 4rwah. Ini termasuk dalam menjaga kebajikan para pekerjanya sendiri seperti yang diceritakan oleh Mohd Zaid Ismail.

MENYANTUNI majlis 4rwah faunder Dnars. Duduk dan dengar banyak cerita yang boleh buat pedoman. Saya dengar satu persatu cerita yang menginfaqkan hartanya begitu banyak.

Driver beliau dibelikan rumah semi-detached berharga RM300,000. Bibik diberinya RM50,000 dan di saat dia menghampiri m4utnya, beliau berjumpa dengan ustaz pondok di Raub ditanya apa perlu dibuat. Ustaz berkata, infaqkan harta ke jalan Allah. Semua staff dia dihantar pergi mengerjakan umrah.

Dan beliau pernah mengislamkan bibik Filipina di mana bibiknya tertarik masuk agama islam dengan beliau menunjukkan keindahan Islam berkasih sayang. Rumah bibik dibina dengan penuh mewah, tiada tara baginya.

Perjalanannya untuk memberi zakat pada pondok Thailand sudah dikira syahid dan jen4zahnya Allah mudahkan kerana prosedur Thailand apabila berlaku kemmalangan, bukan senang untuk selesaikan.

Terlalu banyak kisah saya nak ceritakan. Secara pendeknya, beliau adalah Khadijah akhir zaman. Dan dari penelitian saya, Alla hyarham sangat menitik berat tentang sedekah. Sampaikan saya tanya pada pekerjaya yang membungkus kotak dikenali sebagai Abe Mi.

“Lama dah Abe Mi kerja?” tanya saya.

 

Dia cakap, tidak kerja hanya berkhidmat sebagai anak beranak, tiada darjat yang dibuat sama sahaja. Bila Allahy arham pergi ke Thailand, dia akan membeli kuih untuk Abe Mi walaupun pembungkus kotak menjana pendapatan RM3,000.

Dalam puasa sahaja, dua kali mengerjakan umrah. Allahu.

Sedekah Al-Fatihah kepada Allahya rham Faziani Rohban Ahmad. Beliau jasanya, kalau dia hidup lagi banyak dia infaqkan. Itu sudah tertulis kebaikannya. Ameen.

Sumber: Mohd Zaid Ismail

Via: thereporter
Pengasas Bawal Exclusive Dedah Faziani Datang ke Butiknya, “Beliau Seperti Sudah Tahu Hendak ‘Pergi’

Kisah tentang peribadi terbudi Allahyarham terus diceritakan kenalan terdekat. Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad dikatakan sempat membawa adik iparnya yang baru berhijab untuk membeli tudung.

Menurut teman baiknya, pengasas Bawal Exclusive Haliza Masyuri, Allahyarham bertandang ke butik tudungnya di Kelantan malam kelmarin untuk tujuan tersebut.

” Beliau bawa adik iparnya yang baharu berhijab tahun ini untuk beli tudung.

” Allahyarham sebenarnya memang suka sedekah tudung, kadang-kadang dia beli beratus-ratus tudung untuk diberikan kepada rakan terdekat, keluarga dan untuk orang ramai.

” Sementara itu untuk pekerjanya arwah akan tempah tudung khas buat mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Allahyarham juga seorang yang sangat baik terhadap pekerja-pekerjanya.

” Beliau kuat bersedekah, orang gajinya yang telah bekerja selama 10 tahun, dia bawa pergi umrah dan belikan rumah.

” Allahyarham juga sering menasihatkan saya, minta berlapang dada dan sentiasa berfikiran positif,” katanya.

Menurut Haliza sejak kebelakangan ini, Allahyarham sering memberitahunya bahawa beliau sering merindui tanah suci Makkah, dan mahu kerap ke sana.

” Beliau seperti sudah tahu hendak ‘pergi’, Arwah kerap pergi Makkah dan beritahu tidak minat lagi untuk pergi ke Eropah, bayangkan beliau baru pulang lima hari dari tanah suci sudah beritahu mahu ke Makkah lagi,” katanya.

Tambah Haliza, mungkin rezeki Allahyarham apabila tiba di Makkah menunaikan ibadat, beliau sering dapat mencium Hajarul Aswad.

” Hampir setiap kali Allahyarham pergi ke sana, beliau dapat menciumnya. Lewat ke belakang ini hampir setiap bulan Allahyarham pergi Makkah,” katanya.

Hajarul Aswad yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.

Sementara itu kisah tentang peribadi terpuji ar wah juga turut diceritakan oleh sahabatnya iaitu Dato Seri Vida yang mana ceritanya hampir sama dan seakan mengiyakan kata-kata Haliza.

DSV dalam status beliau di Instagram berasa begitu terkesan dan menangis dengan pemergian sahabat baik beliau itu.

” Masih terkejut..Macam tak percaya..Sekelip mata..Menggigil tubuh saya dapat mesej..Dinars dah men1nggal..

” Rakan seperjuangan perniagaan, kemat1an yg dicemburui..bulan baik.. bulan ramadhan.. Dalam perjalanan hantar zakat utk anak yatim..

” Baru balik umrah..Seorang yg kuat beribadat. Selalu pergi umrahh.. Saya sendiri jeles dgn arwah tak putus putus berjuang buat amal ibadat..

” MALAH SY BILA KE MEKAH..AKAN IKUT CARA ARWAH YG MMG PULUNG BUAT UMRAH BERKALI KALI SEHARI..”, tulis DSV

Dalam kejadian pagi semalam, Faziani maut manakala suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah selepas terbabit dalam nahas di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi.

Sumber: sinarharian via menujukebenaran.com