“Dia Buat Ilmu Hitam, Orang Tak Nampak Saya”Pelakon Norlia Ghani Dedah Kena Buatan Orang

“ Saya dapat rasa seperti ada orang yang sengaja buat khianat,” kata pelakon Norlia Ghani mengenai kesukarannya mendapat tawaran berlakon sepanjang tahun lalu.

Norlia, 70, yang lebih dikenali sebagai Joyah menerusi siri popular Opah pada era 80-an berkata, setahun dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon dan bergantung hidup dengan anak.

“ Dalam Islam kita tak digalakkan untuk percaya pada benda begini. Tapi secara peribadi, rasa ada orang yang buat begini terhadap saya.

“ Dia buat ilmu hitam supaya orang tak nampak saya, tak nampak rumah dan saya sakit. Bukan tiada tawaran kerana tawaran memang ada.

“ Tapi apabila ditawarkan saja, saya jatuh sakit dan kaki bengkak tak boleh berjalan. Apabila dipanggil buat suara latar untuk iklan, suara saya hilang pula,” katanya kepada Harian Metro.

Norlia bersyukur kerana pelawaan seorang kenamaan yang menajanya menunaikan haji pada tahun lalu, berjaya mengubah keadaan.

“ Puan Sri Rina ajak tunaikan haji dalam keadaan saya tiada duit langsung dalam tangan.

“ Di Makkah saya ambil peluang berdoa dan serah diri kepada Allah sepenuhnya. Saya tak buat atau kacau orang, tapi biarlah Allah yang membalasnya.

“ Saya tahu orang industri juga yang buat perkara ini terhadap saya. Apapun saya maafkan dia. Lagipun saya anggap orang industri semua kawan. Tapi kalau di belakang dia anggap saya musuh atau saingannya, itu terpulanglah,” katanya.

Norlia bersyukur kerana selepas pulang ke Malaysia, dia ditawarkan berlakon drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.

“ Syukur kerana rezeki saya terbuka semula. Selepas habis dengan Michael Ang, saya berlakon pula telefilem raya berjudul Syawal Untuk Semah arahan Rashid Sibir.

“ Ini kali pertama saya bekerja dengan Michael Ang dan dia seorang yang bagus. Walaupun orang kata mulutnya bising tapi dia amat menghormati saya. Hatinya baik dan saya gembira berlakon dengannya.

“ Manakala, Rashid pula memang dikenali sebagai penyelamat artis veteran. Dia sanggup buat skrip khas bagi membolehkan kami berlakon,” katanya.

Terdahulu Norlia pernah mendedahkan bahawa ada sesetengah pelakon veteran sanggup menerima bayaran walaupun dibayar RM2,000 atau RM3,000 saja demi mencari sesuap nasi.

Ujarnya, menjadi pelakon tidak seindah seperti yang dilihat di televisyen sebaliknya kehidupan mereka sengsara terutamanya ketika usia semakin lanjut.

Saranan netizen yang menasihatinya ke masjid pula kata Norlia, dia bukan tidak ingat Tuhan sebaliknya sentiasa bersyukur dengan kehidupannya hari ini.

“ Alhamdulillah… pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahklan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kem4tian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari,” katanya.

Komen

“Alhmdulillah kak norlia…yg dengki tu biarkan la..maafkan aja ya..tu antara dia dgn Allah diakhirat nanti andaikata dia tak minta maaf di dunia..yg penting kak norlia jgn buat org ya..jgn dengki org ya.razki tu Allah yg bagi..yg penting kita terus berusha dan jgn mudah berputus asa.dan satu lagi jika razki tu melimpah2..buat la tabungan..jgn di hari tua bila kita tak berdaya mengemis minta sempati dan bantuan org utk teruskan sisa2 kehidupan.”

“Inilah masa anak kena jaga ibu bapa pula. Bg mak rehat dari. Muda sampai tua nak kerja jer.. tak penat ker? Fokus pd amal ibadat pula..”

“Tak baik buruk sangka.. zaman skrg watak mak mak nenek nenek pun dapat kat pelakon muda.. bdn seksi bergetah.. drama pun mcm kisah sweet sweet jer takde yg menusuk kalbu..”

“Tak baik buruk sangka.. zaman skrg watak mak mak nenek nenek pun dapat kat pelakon muda.. bdn seksi bergetah.. drama pun mcm kisah sweet sweet jer takde yg menusuk kalbu..”.

“Alhamdulillah, suka nengok penampilan mama Norlia skr. Mudah2an mama tabah hadapi karenah manusia yg tak sepi dgn sifat iri hati dn dengki. Semua itu dugaan Allah jua kerana rezeki kita ada di tanganNya. Yakini Allah itu ada dn akan sentiasa membantu ummatnya. Semoga terus sehat dn dimurahkn rezeki mll lakonan.”

Sumber: mstar via asiakini