Budak perempuan keluar seorang diri nyaris dilnggar lori, bapanya tidur di rumah.

Viral di media sosial video seorang kanak-kanak yang dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan raya utama dan nyaris dilanggar kenderaan berat, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun, kanak-kanak perempuan itu bernasib baik dan sempat diselamatkan oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyedari kehadirannya, dalam kejadian yang berlaku di Puncak Alam, Fasa Dua.

Difahamkan, kanak-kanak berusia 5-6 tahun itu yang masih memakai seragam tadika, keluar mencari ibunya yang bekerja.

Bila ditanya di mana bapanya, kanak-kanak itu memaklumkan bapanya tidur di rumah.

Lelaki itu kemudian membawa kanak-kanak itu bertemu dengan beberapa penduduk berhampiran dan bertanya jika mereka mengenali kanak-kanak itu. Namun mereka tidak mengenalinya, tetapi mengakui ada ternampak kanak-kanak itu berjalan seorang diri di tepi jalan.

Setelah bersoal jawab dengan beberapa individu terbabit, dia membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya berpandukan arah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.

Setibanya di rumah, beberapa pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja suai di rumah itu mengakui Anita adalah anak kepada tuan rumah tersebut, yang sedang tidur di bilik tingkat atas.

Apabila bapanya keluar, lelaki itu menceritakan semula apa yang berlaku di mana anaknya hampir dilanggar lori.

“Bapak dia boleh tidur. Haih.. sabar je lah. Saya daripada atas melintas ke sini (selamatkan anak dia).

“Yang lain pun saya nak nasihat sikit. Kalau nak tidur tu, tolong kunci pintu pagar. Tolonglah ambil perhatian benda-benda begini bahaya. Jagalah anak elok-elok,” katanya yang sudah lewat pergi ke tempat kerja.

Sumber: Sultan Melaka via the reporter

Antara komen netizen.

Nur Iffah Husna – Yang buat kerja dekat situ pun xde rasa tanggungjawab pada budak tu. Bukan anak sendiri kan? Giler boleh buat xtau budak tu keluar macam tu jer walhal dia tau bapak budak tu tido dalam rumah. Adeh.

Ayang Eha – Meremang,sebak dpt video ni,dri group..Allahu..telepas pandang je,mcm2 boleh jdi.Tahniah pd insan yg prihatin,dn bersusahpayah mnghntr balik pd klrganya,andai kata la,ank ni kmlngan or hilang mcm tu je…apa nk kata lagi..Menangis x berlagu la…Ini smua bt la teladan..masing2 ada ank,ada cucu..Allahu..nauzubillahminzalik

Muhd megat – Alhamdulillah…..jumpa manusia yg jujur. Skg baru faham kenapa mak iols cakap dulu, dia redha kalu anak2nya mati bernisan daripada anak2 hilang tanpa dikesan, takut kene rogol or dera, dipotong tangan mintak sedekah, mati tanpa nisan. Yg x faham mesti cakap kejam, yg faham mesti senada dgn mak iols.

Ara namami -Pada ibu bapa yg tdo ketika ank² kecik bjaga di siang hari. Aku ada tips utk korang.

-pastikan pintu utama bkunci & grill utama bmangga. Sbb kalau kunci smata, budak boleh bukak. So grill manggakan skali. Kalau rumah teres, pagar luar pun manggakan skali.

-tiada baldi berisi air dlm bilik air dan buat kunci luar skali. Budak ni suka buat projek diam². Nak² main air. Sbelum ank lemas mcm kes sebelum² ni, tlangkup smua baldi dlm bilik air. Sekali mesin basuh, tutup suis skali.

-pastikan dapur gas dah tutup smua api, cerek air panas & brg² tajam smpan di tempat yg slamat.

-sediakan anak air masak & jajan mereka skiranya anda tido siang. Jadi ank pun tak ganggu tido anda. Buka rancangan kartun di TV. Klu boleh elak bg hp. Kau bukan pantau apa dorg tgk tu kan.

Pesanan dr : Ank sulung dr 6bradik, makcik kepada 4org anak buah.

Zairan tairan – Mujur jumpa org yg baik hati.. klu jumpa yg jahat mahu dah dipotong masuk dlm beg jumpa tepi sungai.. masa tu meraungpun dah x guna.. hati2 bang.. jgn cuai.

Zura Saidin – Ank jiran aku baru kene marah semalam dgn aku,, ambil bangku, pegi ambil baju dah kering dekat kaki lima.. boleh main capai2 je sambil lonjak2 atas kerusi tu..kalau jatuh kebawah dah ler tangga.. aduuhhh.. tak boleh nk bygkn.. dekat situ jugak aku jerit,, biar lah bapak die dengar.. xsyg ank betul lah.