“Bila Neelofa Beranak Ni?”- Ameera Khan kongsi koleksi foto baru keluar dari oven!

Foto yang dikongsi Ameera Khan menunjukkan seorang wanita mirip kakaknya, Neelofa seperti baru sahaja melahirkan seorang bayi  membuatkan netizen terkejut dan keliru.

Menerusi foto tersebut, kelihatan wanita itu meletakkan bayinya di atas dada sambil terbaring di atas katil di dalam dewan bersalin.

Namun sebenarnya foto itu adalah sekadar ‘throwback’ dan wanita tersebut adalah ibunya, Datin Noor Kartini yang baru sahaja melahirkan Ameera.

“Fresh out of the oven,” tulisnya.

Rata-rata tetap terkejut kerana rupa Kartini di dalam foto tersebut tak tumpah seperti anaknya Neelofa.

Memang sebiji sama!

Malah tidak kurang juga yang memuji kecantikan Kartini yang melahirkan anak-anak yang juga jelita sepertinya.

Antara foto lama saat Neelofa kecil

Selain Ameera, adik beradik Neelofa yang sering menjadi perhatian adalah Noor Nabila iaitu isteri kepada Sharnaaz Ahmad.

Hubungan Neelofa dan ibu memang rapat! Semoga menjadi anak yang berjasa kepada orang tua.

Sumber : astrogmpak via celotehsaje