Anda kenalkah dengan sosok yang sedang bertadarrus selepas solat Subuh ni?

Dato’ Hj Najmi Hj Ahmad – Official
Cuba anda perhatikan betul2 apa yang menarik pada foto ni?

Ya, betul… Sosok ini adalah orang no 1 di tanahair kita . Baginda adalah YDP Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bermula hari ini, 31 Januari 2019.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Baginda untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS di sini yang menjadi rutin baginda sebagai ahli kariah masjid terletak berhampiran kediamannya, Istana Abdulaziz.

Selesai solat subuh, Sultan Abdullah turut menyertai talaqqi al-Quran bersama jemaah masjid itu.

link sumber; Dato’ Hj Najmi Hj Ahmad – Official

Jika bulan Ramadhan pun tidak mampu membawa kita menjejak tangga masjid untuk solat 5 waktu, bilakah lagi masanya yang untuk kita berbuat demikian? Tunggu mahu diusung?