“Sampai hati saya ngilu..” – Mahu bagi cek sumbangan, Video Aliff Syukri lawat adik Ainul Undang Sebak Ramai.

“Doakan semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan knsernya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak.

Ahmad Safiuddin, 24, adalah bapa, Ainul Mardhiah berusia lapan bulan yang menghidap knser pada mulut atau ‘Germ Cell Tumor’.

Beliau berkata, sebaik Ainul Mardhiah dilahirkan, mulut anak sulungnya itu sudah ditumbuhi knser berkenaan.

“Selepas keadaan Ainul yang ketika itu dirawat di Hospital Melaka (HM) stabil, dia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya ketika usia 10 hari.

“Selepas menjalani pembedahan, dia seperti bayi yang lain mampu tersenyum dan kembali normal.

“Bagaimanapun, pada Oktober lalu, saya dan isteri (Nurul Erwani Zaidi, 24) dimaklum bahawa terdapat ketumbuhan baharu di bahagian leher anak dan tidak jangka akhirnya jadi sebegini,” katanya lagi.

Berikutan kisah menyayat hati adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulut, ramai individu berhasrat ingin membantu setelah menjadi tular di laman media sosial.

Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri antara individu prihatin yang tampil menghulurkan bantuan kepada berusia bayi lapan bulan berkenaan.

Jangan kata aku menunjuk pulak!

Video:

Terbaru, pengasas produk D’Herbs tersebut melakukan lawatan untuk mengunjungi bayi itu di sebuah hospital di Melaka bagi memberikan cek sumbangan yang sudah tentunya meringankan beban keluarga Ainul.

Video :

Menerusi laman Instagram miliknya, Aliff berharap sumbangan yang diberikan dapat menghilangkan kesengsaraan yang dihadapi Ainul menerusi rawatan pembedahan.

“Semoga dengan sumbangan hasil perniagaan saya selama ini dapat meringankan beban adik ini dan sama2 kita doakan yang terbaik.

“Saya sendiri tak sanggup melihat kesakitan adik ni.. Sampai hati saya ngilu sebab terlalu sedih yang sukar digambarkan,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi seminit itu mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen dimana ramai individu yang turut mengaminkan doa supaya adik Ainul segera sembuh daripada penyakit berkenaan.

Niat suci Dato untuk bantu

Semoga ada keajaiban untuk sembuh

Hanya Allah dapat balas budi Dato

Alhamdulillah Semoga Allah mempermudah segala urusan dan memakbulkan doa kami. Supaya niat dan bantuan ikhlas Datok @aliffsyukriterlajaklaris mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.

Haters will say”klu nk sedekah tk pyh lh menunjuk”…ok first of all.. Niat dato ni baik ye… Dye buat video untuk bukak mata hati manusia untuk bersedekah… Next dato juga nk ramai lagi umat islam yg menderma.. Sbb derma tu bukan shja si penerima yg dpt kesenangan, malah penderma nya tu lgi dpt kesenangan… Soo tk pyh kot nk ckp dato ni menderma tpi nk menunjuk… Sbb niat dato nk bukak mata hati org ramai untuk bersedekah

Kalo sy kt c2, xtaw la bpe lame sy leh thn.. Menderu2 la air mata kluar agaknye.. InshaAllahhh amin2 dato.. Semoga ank syurga ni mendapat SYIFA

Sebelum ini beberapa individu tampil untuk menolong dengan menawarkan barangan/perkhidmatan untuk dijual atau disewakan , hasilnya disalurkan kepada adik Ainul.

Jual motosikal kesayangan demi Ainul Mardhiah

“Harta dunia boleh dicari tetapi nyawa tiada gantinya, apa yang penting kesembuhan buat adik Ainul Mardhiah,” kata Mohd Khairul Anuar Salleh, 35.

Mohd Khairul adalah antara individu prihatin yang tampil menghulurkan bantuan kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya.

Lelaki itu sanggup menjual motosikal Honda C70 kesayangannya yang sudah diubah suai bagi membantu kos rawatan anak kecil itu yang kini berjuang melawan penyakit itu sejak lahir.

“Harga yang ditawarkan untuk motosikal ini ialah RM2,800 dan mereka yang berminat boleh membuat bayaran atau lakukan transaksi pindahan wang ke akaun bank milik bapa Ainul Mardhiah serta motosikal itu akan berpindah milik.

Kereta sewa amal bantu Ainul Mardhiah

Seorang pengusaha kereta sewa sanggup memberikan semua hasil keuntungan perniagaannya selama seminggu untuk membantu bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap knser ‘Germ Cell Tumor’ pada bahagian mulut.

Azriq Uzair, 34, berasal dari Kampung Sungai Padang, di sini, berkata jumlah berjaya dikumpul hasil sewaan sembilan kereta miliknya setakat ini ialah hampir RM2,000 sejak ia mula diiklankan dalam laman sosial Facebook pada 10 April lalu.

Katanya, beliau bersama isteri, Nurhidayah Bakri, 27, yang belum menimang cahaya mata sejak berkahwin empat tahun lalu, sudah menganggap Ainul Mardhiah seperti anak mereka walaupun tidak mengenalinya sehingga sanggup membantu bayi itu.

“Saya hanya mengetahui nasib Ainul Mardhiah melalui laman sosial selepas rakaman videonya tular pada 10 April lalu, dan terus terdetik belas kasihan terhadap bayi itu.

“Ketika itu, saya fikir ujian belum menimang anak, begitu berat. Bagaimanapun selepas melihat keadaan Ainul Mardhiah, saya dan isteri sedih apabila ibu bapanya sudah diizinkan memiliki anak pada usia muda tetapi diduga keadaan berkenaan.

Semoga adik Ainul segera sembuh .

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber : nalurikini.com