Pelawak beIasah ‘Pak guard’ dibebaskan dengan jaminan

PELAWAK terkenal yang dikatakan membel4sah dan men3ndang seorang pengawal kes3elamatan dalam kejadian pert3ngkaran di Taman Acacia, Nilai dekat Seremban, malam kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, arahan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.

“Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah r3man, namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin.

“Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pelawak terbabit yang memakai kemeja biru dibawa dengan trak polis ke Kompleks Mahkamah Seremban pada 8.30 pagi dan dibawa masuk ke Mahkamah Khas Reman untuk mendapatkan permohonan reman.

Sebelum itu, dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan jam 5 petang semalam.

Mohd Nor Marzukee berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, artis itu yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran, selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Biadap!

“Selepas itu pengawal keselamatan menutup palang pos keselamatan dan mengeejar kereta lelaki terbabit. Selang beberapa minit dia ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.

Tambahnya

“Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik sahaja mangsa sampai lalu berlaku pert3ngkaran dan dia menvmbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain men3ndang pinggang serta membaliing batu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Harian Metro hari ini melaporkan, Yahya Manap, 70, yang juga pengawal keseIamatan di taman perumahan itu bersedia memaafkan artis lelaki terbabit tetapi meminta diberi masa sehingga kesihatannya bertambah baik.

Akibat dibeIasah dan dit3ndang artis itu, Yahya mengalami ced3ra pada hidung, b3ngkak di muka dan sakiit di bahagian pinggang serta lutut.

Sumber : bh online