“Lama mana kena tunggu sebelum bertemu dia..Atau saya perlu anggap takkan jumpa untuk Redha?” – Sayunya! Tangisan Ibu Adik Zahir

Kehilangan kanak-kanak berusia 8 tahun adik Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi, sejak 3 hari lalu masih lagi menjadi tanda tanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sungguh bersimpati bila melihat ratapan ibu kepada adik Zahir ni.

Ketika ibu tunggal ini meluahkan keperitan hatinya saat Azlia Ajid melawatnya, kami juga turut  rasakan betapa sebaknya hati ini dengan dugaan yang dihadapinya sekarang.

“Saya teringat dia kalau saya balik kerja minta gula-gula. Dia anak manja saya. Paling manja. Saya tak boleh duduk rumah. Saya ternampak-nampak dia”

Sebagai seorang ibu sudah semestinya Azlia dapat rasai bagaimana kehilangan ‘harta’ yang paling bernilai dalam hidup ini sehinggakan dia turut menitiskan air mata saat meratap tangisan ibu Zahir.

Pagi ini adalah suasana paling sukar saya pernah hadapi sepanjang hidup saya. Saya kelu untuk bersuara pada awalnya kerana tidak tahu nak buat apa bila berjumpa Ibu Zahir, kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 16 April lalu di Bandar Seri Putra Bangi.

Kelu sungguh sehingga saya banyak mendiamkan diri pada awalnya. Hanya wakil jiran saya yang berbual sama Ibu Zahir.

Bila saat kehujung baru saya ada kekuatan untuk memberi semangat tanpa air mata, namun saat-saat terakhir perjumpaan ini buat saya lemah.

Terasa getaran resah lemah dan longlai ketika memegang tangan si ibu. Bengkak sudah mata si ibu. Saya menangis sekali bersamanya.

“Saya teringat dia kalau saya balik kerja minta gula-gula. Dia anak manja saya. Paling manja. Saya tak boleh duduk rumah. Saya ternampak-nampak dia”

Lebih menyayat hati lagi, ibunya kini dalam dilema mengenangkan nasib anaknya itu. Umur baru 8 tahun, risau dengan keadaannya, malah terlintas rasa putus asa untuk menantikan kepulangan anaknya. Sebak bila dia berkata bergini..

“Saya tak tahu dia selamat ke. Saya tak tahu dia makan ke. Siapa jaga dia. Orang jumpa jaga dengan baik ke. Lama mana kena tunggu sebelum bertemu dia. Atau saya perlu anggap takkan jumpa untuk Redha?”

Ya, ayat itulah yang memecahkan benteng air mata saya. Ayat rindu seorang ibu yang tidak ingin sesiapa rasai. Rindu bagi sebuah kehilangan yang tidak pasti.

Saya peluk ibu Zahir. Saya gosok kepalanya. Saya terbayang wajah Harith anak saya. Allah. Sebaknya saya. “Allah ada. Allah ada” itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.

Memang buntu Zahir dimana. “Saya tak tahu dia selamat ke. Saya tak tahu dia makan ke. Siapa jaga dia. Orang jumpa jaga dengan baik ke. Lama mana kena tunggu sebelum bertemu dia. Atau saya perlu anggap takkan jumpa untuk Redha?”

Allah kata-kata itu terus menghiris hati saya. Beratnya dugaan mu wahai ibu. Besarnya ujian mu. Takkan mampu diluahkan betapa susahnya hatimu memikirkan dimana anak mu.

“Saya tak boleh fikir. Nak urus rumah pun rasa lemah memikirkan Zahir”

Ibu Zahir ibu tunggal. Seorang diri membesarkan anak-anaknya. Bukan mudah dan disini katanya tiada keluarga. “Saya tak boleh fikir. Nak urus rumah pun rasa lemah memikirkan Zahir”

Allah. Tolong. Tolong saya sama-sama #kongsiluahan hati ibu Zahir ini supaya lebih ramai menyedari kehilangan ini dan sama-sama mendoakan agar adik Zahir kembali ke pangkuan ibunya. Anak manja si ibu yang sangat dirindui.

Ya Allah, kembalikan lah Adik Zahir kepada ibunya. Kembalikanlah. Amin.

Azlia Ajid
Saya tak dapat bayangka pe rit hati ibu Zahir. Allah.

Allahu! Biarpun masih belum memiliki cahaya mata, pasti akan rasa terkesan dengan kehilangan ini. Bayangkan jika ahli keluarga kita juga sedemikian rupa.

Apapun sama-sama lah kita berdoa agar adik Zahir segera ditemui dalam keadaan selamat. Amiinn.

Sumber: Lobakmerah

Via: mediaohsem / menujukebenaran.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!