“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat macam ni” – PU Abu

Dalam pada itu, SITUASI yang melanda rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan bekas isterinya terus mejadi perhatian ramai hingga ada yang membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi.

Lebih membimbangkan ada sesetengah pandangan yang diberikan dilihat hanya bersifat andaian hingga berlakunya fitnah.

Bagi empunya diri, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, maklumat yang dikongsikan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial hanya sebahagian daripada situasi sebenar.

PU Abu memberitahu kemelut antara dia, Ain Afini (kanan) dan Hana merupakan isu lama.

“Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya.

“Ia hanya sebahagian,” katanya ketika dihubungi mStar menerusi aplikasi Whatsapp.

Tambah PU Abu yang kini berada di Makkah, kontroversi yang melanda antara dia, bekas isteri dan wanita dikenali sebagai Hana merupakan isu lama yang tidak diketahui umum.

Bagaimanapun jelas PU Abu, dia kecewa apabila bekas isterinya memilih untuk membuka aib keluarga di media sosial hingga menjadi buah mulut netizen.

“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni.

Paparan skrin lafaz cerai yang didedahkan oleh Ain Afini di laman sosialnya.

“Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama,” katanya.

Hana yang dimaksudkan PU Abu itu dipercayai merujuk kepada wanita dikenali sebagai ‘Hana Azraa’ yang didakwa Ain Afini sebagai orang ketiga hingga menjadi punca perceraian mereka.

Sementara itu menerusi posting di Instagram, PU Abu turut mengakui kesilapan dan menyesali perbuatannya kerana menceraikan bekas isteri yang sedang hamil.

“Saya PU Abu memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran yang saya lakukan.

“Saya meminta maaf kepada bekas isteri @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka.

Paparan skrin kenyataan penyesalan oleh PU Abu di Instagram.

“Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. Saya harap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” ujarnya.

Menerusi posting yang sama, PU Abu berjanji untuk menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk proses selanjutkan selepas talak dijatuhkan.

“Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri untuk hal yang seterusnya. Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan.

“Doakan agar semuanya dipermudahkan dan diselesaikan dengan cara baik,” katanya.

“Hukum c3rai isteri ketika hamil harus”-Mufti Pahang jelaskan sebabnya

HUKUM menc3raikan isteri ketika hamil adalah harus.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, talak boleh saja jatuh pada bila-bila masa.

“C3rai ada waktu harus dan haram. Kalau c3rai ketika hamil hukumnya harus dan sah talaknya.

“Tiada tempat tidak jatuh talak kecuali ketika gila.

“Apa saja, sebab itu orang hendak c3raikan isteri ada waktu haram iaitu ketika haid,” katanya ketika diminta mengulas tindakan seorang pendakwah bebas menc3raikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan.

Beliau berkata, bagaimanapun perc3raian itu perlu mengikut prosedur dan persetujuan mahkamah syariah.

“C3rai perlu ada persetujuan mahkamah kalau tidak ikut peraturan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman,” katanya.

Jumaat lalu, kecoh apabila bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini meluahkan perasaannya di media sosial selepas mendedahkan dic3raikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.

Bagaimanapun, PU Abu meminta semua pihak memberi ruang untuknya memberi penjelasan berikutan dia juga mempunyai c3rita tersendiri di sebalik kemelut rumah tangga mereka.

sumber: mstar via kecohbetul.net