“Berurut dan bertungku hanyalah utk memanjakan diri. Tak wajib.” – Doktor ini kongsi cara berpantang yang tak menyusahkan diri dan orang lain.

Foto kanan sekadar hiasan..

Amalan berpantang selepas bersalin amat penting untuk menjaga kesihatan wanita. Berpantang juga dipercayai dapat mempercepatkan proses baikpulih luka bersalin. Dr Rusyainie Ramli ketika ditanya mengenai proses berpantang memberi beberapa cara yang betul untuk diamalkan.

Cara berpantang sendiri

Berpantang sendiri?

Tak ada masalah pun.

Saya kongsikan cara berpantang yang tak menyusahkan diri dan orang lain. Dan yang paling penting, sesuai untuk rakyat marhaen yang tak ada kemampuan kewangan nak berpantang cara orang kaya.

Mengandung, bersalin dan berpantang adalah suatu perkara yang normal untuk wanita. Kerana itulah satu-satunya cara manusia untuk membiak. Kekangan budaya yang membuatkan ia suatu benda yang menyusahkan dan meremehkan sehingga langsung tak masuk akal.

1. Berurut dan bertungku HANYALAH UNTUK memanjakan diri. Tak wajib. Harga yang dikenakan tukang urut bukan murah. Saya tak pernah menyarankan pada pesakit saya untuk mengambil tukang urut. 3 hari berurut RM300 – RM500. Tu boleh tampung makanan berkhasiat untuk satu keluarga. Kalau mampu silakan la. Tapi bukan untuk sengkak la, angkat rahim sampai ke langit la. Bukan. Hanya untuk relaks.

Makan ikut sukatan seperti biasa

2. Makan minum seperti biasa. Ikut sukatan.

Suku karbohidrat.
Suku protein.
Separuh sayur dan buah.

Tak ada pantang larang makan minum yang tak berasas yang diwarisi dari nenek moyang kita yang tak dapat akses kepada makanan berkhasiat macam kita sekarang. Ayam, ikan, daging, telur, udang, sotong, kerang semua boleh lah nak makan. Kalau sebelum ni tak ada alahan pada makanan tu semua, dalam berpantang lepas bersalin pun samalah. Tak ada istilah ikan gatal la bagai.

Luka cepat sembuh dengan protein sebab protein gunanya untuk membaiki sel-sel yang rosak. Luka yang bernanah adalah disebabkan jangkitan bakteria. Bukan sebab makanan. Tolong tanam fakta tu dalam kepala dan turunkan ilmu yang betul kepada generasi akan datang.

Sayur dan buah makan ikut porsi yang KKM cakap tu. Tak ada istilah sayur menjalar tak boleh la. Sayur buah tu ada vitamin, mineral dan serat yang sangat penting untuk kita sembuh cepat dan sihat.

Sesetengah sayur dan buah susah sikit nak dihadam oleh bakteria di usus dan menghasilkan gas. Tu saja. Tak ada masalah pun. Apa pun yang kita makan akan dicernakan dalam sistem digestif. Makan lah tembikai ke, nenas ke, apa sekali pun, dengan kadar sederhana.

Pening kepala saya, kenapalah pelik sangat budaya bangsa saya ni. Saya fahamlah nenek moyang kita dulu tak ada ilmu sains. Mereka turunkan petua semua berdasarkan pemerhatian saja. Tapi kita ni yang belajar sains kat sekolah dari darjah 1, kenapa masih di takuk lama?

Makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan bilis tu TAK BERKHASIAT! Protein mana? Dapat karbohidrat dan kandungan garam tinggi saja!

Masakan cara bakar, rebus, singgang, stim tu memang lebih baik dari goreng dengan minyak banyak, tapi kan, kenapa nak menipu diri sendiri? Masa 42 hari tulah masakannya begitu? Yang beratus hari lagi tu? Amalkan la cara masakan tu seumur hayat.

Yang kelakar, pantang belum pun habis, dah merancang nak makan apa nanti dan senarai tu tak ada pun makanan yang sihat. Haih la. Menipu diri sendiri lagi.

Makan dalam pantang untuk mereka yang bersalin normal atau Caesarean SAMA. Tak ada beza. Sebenarnya cara makan yang sama mesti diamalkan sepanjang hayat. Bukan hanya 42 hari.

Minum air yang cukup

3. Minum air yang cukup. Tak kiralah sejuk ke panas ke suam ke. Bani pantang tegar sangat alergik dengan ais. Kasihan betul. Agaknya kan mereka tak pernah dengar kot tempat kat dunia yang ada musim panas yang sangat terik macam kat Arab tu. Agaknya kan kalau mereka berpantang kat situ, tahan ke dengan berstokin, berbaju tebal, tak ada pendingin hawa atau kipas dan minum air panas?

Air kosong tak kiralah suhunya apa kalorinya 0. Kajian menunjukkan kalau minum air sejuk, kita akan minum lebih banyak berbanding air suam kalau lepas aktiviti fizikal. Matahari panas lit lit suruh minum air panas dah kenapa. Tapi milo cicah biskut tu pula yang dibanggakan mereka tu, hanya penuh dengan gula dan gula. Lepas tu berat badan tak turun-turun, dok salahkan tak pantang. Padahal yang dia makan tu kalorinya dah berapa.

Air takkan menyebabkan urat kembang. Atau becak kat vagina. Tu momokan yang tak logik. Sudahlah tu. Jangan dengar cakap mereka yang suruh minum air dengan sudu. Air pun air herba apa entah. Tu mendera namanya! Nak suruh mak-mak ni dehidrasi agaknya!

4. Sihat dalaman tu adalah mitos yang saya tak faham. Apa maksud? Rahim kecut sendiri secara normalnya dalam masa 4 ke 6 minggu lepas bersalin. Tak payah nak buat apa-apa. Jamu dan maajun semua tu adalah produk sampah yang dijaja untuk menjatuhkan maruah wanita. Tak ambil kononnya nanti peranakan jatuh, buncit abdomen, faraj longgar, semua tu hanyalah mitos yang meletakkan wanita semata-mata sebagai objek s3ksual lelaki.

Untuk mengelakkan tombong. Senaman Kegel. Habis cerita.

Silakan bangun berjalan dan bergerak masa dalam pantang. Terbaring saja tu meninggikan risiko darah beku di kaki. Drah beku di kaki yang terserpih dan masuk ke saluran darah pulmonari adalah salah satu sebab kematian mak dalam pantang. Jangan bagi banyak alasan. Buatlah kerja rumah tu selagi mampu.

Belajar tentang perubahan fizikal diri, segera ke klinik.

5. Belajar tentang perubahan fizikal pada diri yang berlaku. Sekiranya ada simptom seperti demam menggigil, pergilah ke klinik. Dapatkan nasihat doktor. Bukan panggil makcik bawang mana entah yang mulalah buat diagnosis sendiri. Dia tu tak sudah dok salahkan tak pantang padahal mak tu rupanya ada jangkitan kuman. Pandai dia dari doktor.

6. Berbengkung bukan untuk bagi abdomen kempis. Tu kena bersenam. Ianya hanya sebagai sokongan pada postur badan. Itu saja. Berpilis, tak mandi berhari-hari, sanggul rambut ketat-ketat dan tinggi-tinggi tu semua perkara sia-sia. Nak buat juga silakan lah. Tapi tulah busuk la kalau tak basuh rambut kan. Tak adanya air masuk ikut kepala, kulit kita ni bukan span nak serap air.

7. Suplemen lepas bersalin? Tak payah kecuali doktor yang bukan cap ayam nasihatkan. Set bersalin yang harga beratus RM? Tu lagilah tak payah. Sampah saja. Makanan yang lengkap nutrisi, segar dan cukup jumlahnya dah terbaik dah tu. Makanan yang asal takkan boleh diganti oleh pil, jus, kapsul atau seangkatan dengannya.

Tak payah nak stres pasal berpantang ni. Hidup macam biasa dengan sedikit limitasi. Raikan kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Abaikan segala tohmahan makcik bawang. Kita dah bertahun belajar sains kan, maka dah tiba masanya kita jadi bijak, cerdik dan pandai.

Antara komen netizen :

Siti Subaiyah Shahuddin –Terpulang la doktor nak kata apa. Tapi penglaman saya dlm pantang, selagi x berurut, badan rasa sengal2 sampai rasa nak demam kot. Mungkin doktor ni kebal.

Wawa Othman –Ikut je la.. Petua org zaman dulu2.. Mesti ada sebab.. Silap2 doc berpantang pun buat semua tu.. Xyah la ikut cakap doc..Ingat apa jep sepahtu kata…Doc tu kita baru kenal.. Kenapa kita terus nak percaya 🤣😂🤣😂🤣😂

Aina Munirah –Saya pantang moden. Semua makanan makan, dapat tenaga lebih, minum air masak banyak, elak sembelit dan kencing kotor. Tapi bertungku dengan urut memang wajib. Sebab dia mencegah. Doc merawat. Sebelum kena jumpa doc baiklah aku bertungku dengan berurut. Huhuhu. Doc memang bagi ubat utk turun darah. Tapi drah beku tu kadang dia tak turun pun. Kena bertungku jugak. Sekian. Mak anak tiga. Lima kali pregnant. Tapi mcm student u org kabo.

Aida Suzanna Ramly –saya pernah merasai fasa tak berpantang dan berpantang.saya rasa utk badan saya berpantang adalah yg terbaik.. even lepas besalin dah bertahun2 pun saya masih lagi amalkan bertungku.. memang ada terasa perubahanya.kalau kami sakit kami tau ada doctor nak bagi ubat.tapi sampai bila..? baik kami berpantang makan dari kami sakit dan doctor bagi bermacam jenis ubat suh kami telan..vote for berpantang.

Abdul Rahman Me Yunos –Doktor saya sebagai seorang suami telah mengalami perkara2 yang menakotkan bila isteri tidak berpantang dengan betol.

Saya diqurniakan seorang anak perempuan pada tahun 1982. Dalam menjalani hidop sebagai seorang suami keegoon aku sebagai suami terbenam dengan tingkah lakunya selama 10 tahon maknanya anak aku berumor 10 tahon.

Selama sepuloh tahon aku ditukarkan tempat kerja 3 kali dari dayabumi ke bottling plant bandar tun razak kemudian berpindah ke kerteh dan 1990 ke prai pulau pinang.

Selama 10 tahon aku hilang minat bukan aje pada isteri aku tapi juga pada kerja aku.

Maaf, aku hilang minat bukan tidak sayang tapi tidak dapat memahami tingkah lakunya. Setiap kali bila 2 atau3 hari hendak datang bulan garangnya melebihi dari seekor harimau. Ia akan menyapu tidak kira masa dan aku yang baru balek kerja terpaksa menurut apa2 jua kehendaknya jika tidak sampai kemalam akan membebel.

Setiap selepas solat aku sentiasa berdoa agar isteri dan anak ku sehat walafiat.

Mungkin dengan doa aku yang tidak berkeputusan akhirnya ditemukan seorang perawat perbidanan yang terulung bukan seorang doktor.

Atas nasehat dan tunjok ajar beliau dalam tempoh 6 bulan lihat jelas perubahannya. Garangnya tidak lagi seekor harimau tapi menjadi seekor kuching yang manja walaupon kadang2 garang.

Doktor janganlah kita menafikan berpantang itu penting kerana dari berpantang inilah akan melahirkan generasi yang sehat dan bahagia rumah tangga. Andaikata isteri aku tidak menemui pakar dalam rawatan berpantang sudah tentu rumahtangga aku porak peranda. Biarkanlah mereka2 ini memileh jalan mereka sendiri dan janganlah kita sekat oleh kerana kita sendiri tidak memahami adat berpantang.

Sebagai seorang doktor jalanlah tanggung jawab sebagai seorang doktor dan bagi perawat berpantang dengan tanggung jawabnya.

Berpantang ini telah diamalkan berkurun2 sebelum adanya doktor2 pakar.

Ini adalah pandangan ikhlas dari saya sebagai seorang suami dan bapak kepada anak perempuan tunggal dan chuchu2 kami.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber : Rusyainie Ramli via Ohbulan