Wanita Lawat Bekas Suami di ICU Meskipun Pernah Dicvrangi. Pendedahan Doktor Ini Buat Ramai Sebak

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”.

[Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]

Hadis di atas cukup untuk menjelaskan pentingnya sebagai isteri untuk taat, patuh dan menghormati suami. Ia merupakan amalan yang dituntut dalam Islam supaya institusi kekeluargaan yang bahagia dapat dibentuk seiring dengan masyarakat yang madani.

Namun! Bagaimanapula jika suami yang bermasalah? Berlaku curang di belakang isteri? Gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami? Tidak memberikan nafkah kepada anak bini dan banyak lagi?..Dah banyak kes macam ni dah.

Perkongsian yang admin ambil dari facebook Dr Nurliyani Bujang ini mengenai kisah seorang wanita melawat bekas suaminya yang kritikal di ICU pasti akan membuka mata korang especially yang telah mendirikan rumah tangga.

Post yang dimuatnaik semalam, sehingga kini telah mendapat 13k likes dan 16k shares di facebook. Hayati dan fahami kisah ini :

Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun selepas 25 tahun hidup bersama sebagai suami isteri

” Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.”

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU.

Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil.

‘Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?’

‘Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya’

Kenapa?

‘Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.’

Dia menangis teresak esak.

‘Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?’

‘Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu’

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..

Kenapa?

Kerana lupa diri.

Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’.

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.

Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.

Masa banyak. Duit banyak.

Jadi, hati pun kembali muda.

Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.

Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.

‘Jadi puan datang ke sini bagaimana? ‘

‘Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke’

‘Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.’

‘Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.’

‘Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri’

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur.

Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia.

Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga.

Tanpa keluarga.

Tanpa isteri… Atau lebih elok disebut bekas isteri.

Tanpa isteri muda yang sudah lari.

Tanpa anak anak yang menjauh hati.

Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri.

Hanya dia dan kami.

Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi.

Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.

Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.

Gambar di bawah adalah komen netizen yang sebak membaca perkongsian tersebut

Allahu, makin serabut Dr Nurilyani memikirkan mengenai kisah ini. Kalau bertanya lebih takut nanti wanita tersebut sedih dan terasa hati.

Namun tanggungjawab sebagai Doktor harus dilaksanakan sebaiknya untuk mengetahui siapakah waris pesakit.

“ Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia, banyak. Sebab…”

Kenapa wanita itu masih ada rasa hormat kepada bekas suaminya meskipun dicurangi..

Namun itu bukan persoalan utama Dr Nurilyani ketika ini. Pada masa sama dia juga tertanya-tanya bagaimana wanita tersebut tau mengenai keadaan bekas suaminya?

Dan kenapa wanita tersebut masih ada rasa hormat untuk menziarahi bekas suaminya itu meskipun apa yang dilakukan lelaki tersebut boleh dikatakan agak ‘melampau’..Tak ramai sanggup untuk bertemu kembali bekas suami kalau diperlakukan perkara sama.

“ Saya datang sebagai tanda hormat. Lelaki ini pernah saya hidup dengannya berpuluh tahun.”

Dr Nurilyani Bujang
Air mata insaf di ICU

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : lobakmerah via rimbabara.com