Parah Dihempap Pintu Kaca SG Mall Mahu Siapa Yang Viralkan Ditangkap

Tular video rakaman CCTV yang berlaku di Singapore.

Kemalangan yang tidak dijangkakan telah berlaku kepada seorang wanita warga Singapura pada 24 Februari lalu apabila beliau cedera parah selepas dihempap pintu kaca di sebuah komplek membeli belah Alexandra Central Mall.

Insiden yang mengejutkan itu telah jadi viral di laman sosial serta turut menjadi topik hangat di kalangan netizen yang mempersoalkan keselamatan pengunjung ke komplek terbabit seperti tidak terjamin selepas apa yang berlaku terhadap wanita berkenaan iaitu dihempap pintu kaca.

Rakaman video yang berdurasi 0.53 saat yang telah dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian kini dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook milik Roads.sg dimana ia memaparkan bagaimana kejadian itu berlaku dengan pantas.

Ekoran insiden yang dihempap pintu kaca yang mengejutkan itu, wanita yang berusia 47 tahun tersebut telah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, kaki serta beberapa pendarahan dalaman yang boleh menyebabkan mangsa akan trauma.

Menurut laporan The Straits Times, saudara mangsa menyatakan mangsa akan menjerit kesakitan selepas ubat penahan sakitnya habis. Walau bagaimanapun, keadaan mangsa tidak lagi kritikal selepas mendapat rawatan. Namun, para doktor masih lagi mengawasi tahap kesihatan mangsa dengan lebih teliti.

Alexandra Central Mall
Melalui jurucakap pihak pengurusan mall berkenaan, satu kenyataan telah dikeluarkan yang menjelaskan bahawa pusat membeli-belah terbabit kini sedang menyiasat tentang kejadian itu selain membuat pemeriksaan terhadap semua pintu kaca kompleks berkenaan secara keseluruhan.

Berkaitan dengan rakaman video kejadian yang kini tular dan disebarkan di laman sosial, pihak pengurusan kompleks juga akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan rakaman berkenaan yang didapati menerusi CCTV kerana telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi.
Jurucakap komplek tersebut juga turut mengulangi katanya bahawa keselamatan adalah kepentingan yang utama bagi pusat membeli-belah tersebut selain turut akan terus menjaga kebajikan mangsa serta mengawasi pemulihan mangsa kejadian tersebut.
Tetapi, persoalannya sekarang, apakah tindakan yang wajar akan diambil oleh mereka yang bertanggungjawab sekiranya rakaman video tentang insiden itu tidak bocor atau tidak viral seperti yang berlaku sekarang?

Sumber : mediamaklumat.com