Pakar Paranormal Sangkakan Jin Islam Muncul di Pusat Karaoke, Tapi Akhirnya Ini Yang Ditemui

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai gambar yang tersebar menjadi tular gara-gara kelibat makhluk halus dikatakan telah memunculkan diri ketika gambar tersebut diambil. Walau bagaimanapun, gambar seperti ini pastinya mempunyai penjelasan yang rasional disebaliknya.

Menurut Coconuts, sebuah gambar yang diambil ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat karaoke di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia telah tular baru-baru ini. Selepas melihat gambar berkenaan ramai yang beranggapan terdapat hantu atau entiti pelik yang sedang duduk di kerusi ketika serbuan dijalankan. Gambar yang menakutkan itu bukan sekadar kecoh dalam kalangan netizen, malah ia turut mendapat liputan media. Seram!

Oleh itu, Detik News telah mendapatkan bantuan dan nasihat pakar paranormal mengenai gambar berkenaan. Ahmad Hasyim, seorang pakar paranormal dari Probolinggo telah ditemubual dan memberikan pandangannya.

Kata Hasyim, ‘wanita’ di dalam gambar itu bukanlah hantu tetapi satu makhluk ghaib yang telah mengaburi wajah wanita tersebut bagi menampakkan dirinya. Meremang!

Ketika gambar diambil, makhluk itu telah menutup wajah wanita itu dengan wajahnya.”

Tambah Hasyim lagi, makhluk ghaib itu berkemungkinan merupakan jin Islam yang menjelma di dalam rupa hantu pontianak. Erkk ye ke ni? 

Penerangan dan pandangan Hasyim telah diterima dan dipercayai sehinggalah pihak polis yang menyertai serbuan di pusat karaoke itu telah mengesahkan bahawa ‘hantu’ yang kelihatan di dalam gambar tersebut merupakan antara pembantu karaoke wanita yang berada di situ. Laa pulak dah…

Ketua polis Probolinggo, Alfian Nurrizal telah mengeluarkan kenyataan melalui laman web rasmi mereka yang mendedahkan bahawa wanita tersebut menutup mukanya dengan veil hitam bercorak bunga bagi mengelakkan gambarnya diambil dalam serbuan itu.

“Ketika gambar diambil, veilyang dipakai telah digunakan untuk menutup muka pekerja itu. Matanya yang bercahaya pula adalah disebabkan olehflash daripada telefon bimbit.”

Selain itu, beliau turut meminta supaya orang ramai tidak terus menyebarkan penipuan kononnya terdapat hantu di dalam gambar tersebut yang akan mengganggu ketenteraman orang ramai.
Confident ye pakar paranormal tu… Haih nasiblah siapa yang percaya! 

Sumber:lobakmerah via menujukebenaran.com tq