“Mana boleh macam ni, kan sakit lagi tu. Rehat dulu, nanti kita eheemmm..” Dia sempat bergurau. Seminggu di wad, saya dibenarkan pulang.. Bila sampai di rumah, tak sangka ini yang terjadi..

Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.

“Nad, saya tahu kau pernah heart broken. Saya tahu kau menulis dan bila saya baca kisah Hapus Airmata, kau betul-betul buat saya tenggelam dalam airmata. Saya teruskan lagi sambung baca cerita yang lain dan saya tahu wanita ini sudah cukup terluka hatinya dan tengok apa yang diberi pada kau.”

“Kau selalu share tentang kisah benar mereka yang meluah pada kau. Saya faham mereka ini antara individu yang malu atau tak tahu bagaimana cara mahu bercerita di akaun sendiri tak kurang juga yang mahu dapatkan kata mutiara yang keluar dari mulut kau. You’re gifted selepas jatuh berjuta kali. By the way, nama saya Mary. Saya harap kau sudi balas chat saya ini. Saya ada kisah untuk kau baca dan saya perlukan kata-kata nasihat dari kau.” – Mary

Demikianlah bunyi chat yang saya dapat dari Mary pada bulan lalu. Pada waktu itu masih hangat isu rumahtangga Bella Astilah & Alif Aziz. Saya simpan penulisan ini untuk dikongsikan pada lain hari dan saya membuat keputusan untuk kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Kepada Mary, terima kasih kerana izinkan saya berkongsi kisah ini dengan mereka yang lain untuk dijadikan pengajaran mahupun teladan.

Hai Nad. Nama saya Mary. Saya sudah berkahwin sejak 8 tahun yang lalu. Perkenalan saya dengan suami adalah dari rakan kami masing-masing. Pada masa itu rakan saya menyambut hari jadinya. Dia telah menjemput saya untuk hadir ke majlis itu di Hilton Kota Kinabalu Hotel. Majlis itu memang sangat meriah apalagi bila teman lelaki rakan saya ini melamarnya saat itu juga.

Dan pada masa itulah saya berjumpa dengan suami saya. Dia adalah rakan baik kepada teman lelaki rakan saya. Dari hanya berbual biasa, berteman dan selalu bertemu waktu makan tengah hari, 6 bulan selepas itu, dia mahukan saya menjadi teman istimewanya. Hati memang berbunga saat itu sebab saya memang sudah jatuh hati padanya. Saya pernah kecewa dan putus tunang 2 tahun sebelum itu tapi kehadiran Mark (nama suami saya) berjaya membuka hati saya untuk jatuh cinta lagi.

Saya bertugas sebagai pegawai eksekutif sebuah syarikat manakalah Mark adalah seorang penjawat awam badan beruniform dan dia adalah tulang belakang kepada anak-anak buahnya. Dia merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk kes2 dan sebagainya. Hanya itu yang Mark ceritakan pada saya mengenai tugasnya kerana saya faham itu adalah hal sulit jabatan dan negara. Jadi, saya tak pernah bertanya lebih.

Kami berkahwin setelah lebih setahun bersama sebagai pasangan kekasih. Majlis kami amatlah sederhana dan hanya dihadiri saudara terdekat, rakan baik dan ketua Mark ditempat kerja. Jadi, memang tak ramai yang tahu kami sudah berkahwin. Selepas berkahwin, saya mengikut Mark ke tempat baru dan kami menyewa rumah di sana. Saya berhenti kerja semata-mata mahu mengikut Mark dan mahu selalu bersamanya.

Di awal usia perkahwinan, semuanya tampak indah dan Mark memang jaga makan minum saya dengan baik. Bila saya bersendirian, Mark tak pernah larang saya untuk keluar ke bandar dan berbelanja. Pada mulanya saya suka tapi lama-kelamaan, saya rasa tiada maknanya saya berhibur kalau suami saya tiada bersama saya. Mark mula sibuk dan jarang pulang ke rumah bila dia ditukar unit lain. Kadang dia terpaksa tidur di tempat kerja kerana jarak rumah dan tempat kerja agak jauh. Apalagi bila tugas dan operasi selesai pada waktu subuh. Esoknya, dia perlu kerja lagi. Jadi, Mark memilih untuk tinggal di tempat kerja.

3 tahun berkahwin. Saya minta izin Mark untuk bekerja semula. Mark melarang tapi saya keras kepala. Saya bertegas. Kami bergaduh besar kerana isu ini. Saya minta kami untuk berpisah sementara. Berjauhan buat seketika.

Saya mahu bekerja kerana saya cukup bosan tinggal di rumah. Mark terpaksa akur dengan kehendak saya. Kami berjauhan dan saya pulang ke Kota Kinabalu semula untuk bekerja. Lagipun, saya memang ada rumah di sini. Saya tak perlu menyewa. Di sini ada keluarga, rakan-rakan saya bersama. Saya gembira.

Mark hanya pulang sebulan 3 kali paling maksimum untuk menjenguk saya dan keluarga yang lain. Dari 3 kali, Mark mula tunjukkan perubahan amat besar. Pernah sebulan tak balik jenguk saya. Saya mula rasa curiga padanya. Apalagi kawasan tempat Mark bertugas boleh dikatakan hangat dengan aktiviti sosial dan pendatang asing dari Filipina. Macam-macam anasir, bisikan jahat saya dapat dari rakan-rakan saya.

Bayangkanlah kami berjauhan. Siapa tidak rindu dan teringin mahu melakukan hubungan bersama, kan? Saya buat keputusan untuk bercuti dan melawat Mark. Saya sengaja tidak khabarkan padanya. Sampainya saya di rumah, saya terkejut tengok keadaan dalam rumah. Bersepah, berbau, bekas tapau makanan yang tidak dibuang, bau hancing dan banyak lagi. Saya kemas semua dan tunggu dia pulang. Bila dia pulang, dia terkejut melihat saya. Bukan terkejut yang teruja tapi seakan ada sesuatu yang dia sembunyikan dari saya. Isteri mana tidak akan curiga, kan?

Tanpa bertanya khabar, saya terus minta telefon bimbitnya untuk diperiksa. Dia beri dengan muka selamba. Saya periksa satu demi satu. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia berlaku curang. Saya minta Mark berpindah semula ke Kota Kinabalu tapi dia berkeras. Saya tersentap. Dia kata inilah impiannya dalam tugas.

Dia mahu capai satu demi satu. Saya marah. Dia hanya fikirkan tentang kerja tanpa fikirkan tentang kami terpaksa berjauhan. Dia balas saya semula, siapa suruh saya bekeras mahu balik ke Kota Kinabalu dan bekerja semula. Saya diam. Saya menangis. Kami bergaduh besar lagi kerana isu ini.

Malam itu, dia keluar tanpa beritahu saya. Saya kecewa dan sangat terkilan dengan Mark. Subuh dia pulang dengan keadaan mabuk. Dia terbaring di dapur dengan bau alkohol dan sangat selekeh. Saya yang masih mahu menangkan ego, biarkan saja. Saya biar dia bangun sendiri. Petangnya, saya pulang ke Kota Kinabalu semula. Dia tahan saya jangan pergi, saya hanya buat bodoh saja.

“Kalau kita masih macam ni, lepaskan saja saya. Capailah apa kau mau dalam kerja tu. Saya bukan isteri kau!” Saya tarik tangan saya dari Mark. Saya balik ke Kota Kinabalu dengan perasaan marah dan kecewa.3 bulan kami tak berhubung. Saya menangis siang malam mengenangkan nasib saya untuk perkahwinan kami. Mark ada hubungi saya tapi saya tak layan. Dia memaklumkan dia akan ke suatu tempat untuk tempoh yang lama kerana ada operasi. Dia minta saya doakan dia.

“Pegilah dengan kerja kau itu! Pegilah! Itu nyawa kau kan! Nda payah peduli pasal saya!” Saya baling telefon bimbit dan menangis. Saya keluar malam itu bersama rakan satu tempat kerja. Tanpa saya duga, saya terjumpa bekas tunang saya. Dia kelihatan amat berbeza. Lebih segak, lebih kemas dan saya dengar dari rakan saya, dia memang jadi igauan wanita lain di kelab malam itu.

Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya terkejut dan tak sangka saya boleh terjumpa dia semula. Dia berjalan ke arah saya dan kami berbual. Malam itu, dia bawa saya ke tempat lain kerana katanya susah untuk berbual dalam keadaan bising. Saya hanya menurut. Dia katakan dia tumpang gembira bila dengar saya sudah berkahwin.

Saya melihat pada buah rantai dilehernya. Itu cincin pertunangan kami. Saya tersentap. Pada waktu kami putus dahulu, dia memang tidak memulangkan cincin dengan alasan sudah hilang. Saya seakan lupa diri saya sudah berkahwin saat itu. Saya tewas dengan airmata bekas tunang saya. Dia meluahkan segalanya. Dia katakan dia tunggu saya cukup lama tapi nampaknya saya sudah berkahwin.

Saya tenggelam dan melepaskan keburukan suami saya padanya. Saya kesunyian dan Berry (nama bekas tunang saya) setia menjadi pendengar yang baik. Kami selalu bertemu untuk makan tengah hari dan minum petang. Hujung minggu dia akan bawa berjalan dan membeli-belah.

Perubahan ini mendapat perhatian rakan baik saya, Ella. Ella menasihati saya agar berhati-hati. Suami Ella, iaitu Harith, rakan baik Mark turut berpesan pada saya jaga batas sebagai isteri orang. Jangan lupa perjanjian yang diucapkan semasa perkahwinan dihadapan altar. Saya hanya menjawab, “Siapa suruh Mark lebih memilih kerja berbanding saya?!”

Mereka diam selepas saya melenting. Saya tidak kisah apa kata orang pada masa itu. Saya hanya mahu bahagia, hanya mahu kesunyian saya diisi. Mark mampu beri saya wang gajinya tapi apa guna bila dia tak bersama saya? Lainlah Berry. Dia setia temankan saya ke mana saja saya mahu pergi.

Dan kerana lalai, saya serahkan tubuh saya untuk dijamah oleh Berry. Saya kehausan. Benar, wanita juga ingin dibelai. Tanpa rasa bersalah, saya ulang dosa ini berkali-kali. Saya bahagia bersama Berry. Berry memujuk meminta saya tinggalkan Mark. Dia sanggup lakukan apa saja untuk saya. Dia sanggup serahkan kunci rumah barunya kepada saya sebagai hadiah.

Dia sanggup serahkan 50 peratus simpanannya pada saya. Saya juga terkejut melihat amaun yang dia tunjukkan. 10 tahun Mark bekerja, belum tentu dia dapat beri saya sebanyak itu. Siapa tidak mahu, kan? Tipu kalau saya kata saya tak mahu.

Selepas 10 bulan berjauhan, Mark tiba-tiba pulang. Saya terkejut. Dia pulang tanpa khabarkan apa-apa. Dia kata, dia takkan pulang ke sana lagi kerana ketua sudah luluskan surat pindahnya. Saya betul-betul terkejut. Saya cuma mampu berdiri kaku melihat dia di muka pintu. Waktu itu saya sudah bersiap mahu makan malam bersama Berry.

“Sayang, cantik-cantik begini mahu ke mana?” Wajahnya cukup ceria dengan beg masih digalas, luggage masih dipegang.Saya hanya diam. Saya tak sempat mahu menghubungi Berry untuk membatalkan makan malam kami. Tapi, kali ini saya selamat. Berry menghantar pesanan Whatsapp mengatakan ;

“Baby, I’m sorry. Tiba-tiba ada hal. Kita jumpa esok, okay? I love you.”

Saya lega. Saya letak semula telefon bimbit saya dan sambut suami saya. Saya angkat semua beg dan pimpin tangannya. Nampak gayanya, Mark tidak tahu akan perihal saya dan Berry. Ella dan Harith masih menjaga rahsia saya. Syukurlah.

Malam itu, Mark bawa saya untuk makan malam tapi hati saya tak bahagia langsung. Saya tak mahu dia ada di sini. Saya tak mahu dengan dia lagi. Selesai makan malam, Mark bawa saya tengok wayang. Itu aktiviti kegemaran kami berdua. Saya hanya menurut saja. Dia masih suami saya dan saya tak mahu dia curiga dengan saya. Hati saya sudah tawar.

Malam itu juga, kami bersama tapi fikiran saya melayang memikirkan Berry. Suami saya berhenti dan menyarung semula pakaiannya. Saya terkejut. Adakah dia perasan sesuatu? Lampu dibuka dan saya terkejut bila wajahnya merah. Matanya berkaca. Dia menangis. Saya terus bangun dan sarungkan gaun tidur saya kembali. Mark berlalu ke bilik mandi dan meraung. Saya terkejut. Dia keluar semula dan tatap muka saya. Itulah kali pertama saya melihat dia menangis.

“Why, sayang? Why?” Soalnya. “Apa dia?” Soal saya dengan nada naif. “Jangan pura-pura tidak tahu, sayang. Saya ini apa? Tunggul kayu?” Dia menekup muka dan menangis. “Mark… kenapa ni?” “Mark? Kenapa sayang tidak lagi panggil saya hubby?” Dia angkat muka dan tenung saya. “Apakan?!” Saya melenting. “Siapa lelaki tu? Bekas tunang sayang, kan?” Bergetar suara dia.

Saya terdiam. Dia tahu. Ya, memang dia tahu.

“Sayang tau ka, hubby penat kerja siang malam, push ops sana sini, supaya apa? Supaya hubby boleh bawa sayang pindah ke KK balik. Hubby tau sayang kesunyian di sana. Tapi tak bolehkah sayang bersabar walau sekejap? Bagi hubby masa untuk kita? Sayang pergi tinggalkan hubby, hidup hubby tak terurus. Hubby rindu sayang siang malam, sampai sakit masa ops, jatuh dalam gaung, demam. Tapi sayang, apa sayang buat ni? Kenapa sanggup biarkan orang lain masuk dalam rumah kita? Apa dosa hubby sama sayang?”

Dia terduduk dan melutut. Dia menangis. Saya boleh nampak seluruh tubuhnya bergegar. Saya mendekat. Saya mahu tenangkan dia. Saya tak tahu apa lagi saya boleh lakukan. Hati saya seakan padam untuknya. Saya belai kepalanya. Dia mendongak. Dia bangun kembali dan tatap muka saya.

“Jangan tinggalkan hubby, sayang.” Dia merayu dan belai wajah saya.”Mark, lepaskan saya.” saya menjawab. “Sayang… kenapa jadi begini?” Dia tertunduk dan menangis. “Saya kesunyian, Mark. Berry datang dan temankan saya.” jawab saya. “Berry? Apa kurangnya hubby. Hubby sanggup buat apa saja untuk sayang. Kenapa mesti dia?” tanya mark. “Masa dan perhatian. Saya mahu itu. Kau dapat bagi? Kau dapat tinggalkan kerja kau untuk saya?” tanya saya. “Sayang… kenapa begini?” “Nampaknya kau belum bersedia buat apa saja untuk saya.”

Saya lepaskan dia dan berjalan ke ruang tamu. Saya ambil telefon bimbit dan hubungi Berry. Saya minta dia datang ambil saya. Saya tak tahan mahu melihat Mark lagi. Berry setuju untuk jemput saya. Saya bersiap dan bawa pakaian saja. Mark halang saya. Bagi saya masa itu, dia hanyalah lelaki biasa.

Dia sampai melutut minta saya jangan pergi. Dia peluk saya, cium saya berkali-kali, saya tolak dia. Hati saya sudah tawar. Bagi saya dia hanya lelaki yang gagal. Gagal bahagikan masa untuk saya. Sehingga Berry sampai, saya tinggalkan Mark begitu sahaja. Saya masih dapat dengar jerit tangis Mark. Dalam kereta, Berry terus peluk saya minta saya bersabar.

Saya mula tinggal dengan Berry selepas itu. Saya tukar nombor telefon dan tidak bekerja lagi. Ahli keluarga juga saya tak hubungi. Saya bercuti ke sana sini bersama Berry. Dia manjakan saya lebih dari yang Mark mampu lakukan. Suatu hari, saya disahkan hamil selepas pengsan semasa di Jakarta. Masa itu saya bercuti dengan Berry.

Pulang dari Jakarta, layanan Berry tidak lagi sama. Dia jarang pulang dan tiada lagi gelaran manja untuk saya. Saya kesunyian dan selalu mengharapkan perhatian Berry. Saya hamil dan morning sickness memang teruk. Saya yakin Berry akan bertanggungjawab tapi saya silap.

Masuk 6 minggu hamil, Berry minta saya keluar dari rumah dan balik pada Mark. Saya terkejut. Saya takkan buat semua itu! Tidak akan! Saya takkan balik pada Mark yang kayu itu! Berry kata dia tak mahukan anak itu. Saya terkejut! Ini anaknya!

“Macam mana kau yakin betul itu anak aku? Clubbing, minum, entah mana lelaki bawa kau tidur, kau on saja, kan? Macam yang saya buat sama kau. Sikit saja saya jentik, terus kau mahu sampai lupa ada laki di rumah. Dasar betina jalang!”

Saya meraung, menangisi hidup saya saat itu. Saya malu. Saya buntu. Berry halau saya dan saya buat keputusan bekerja semula. Kerjalah di mana pun, saya sanggup. Saya gunakan simpanan saya untuk gugurkan kandungan saya. Tapi saya silap percaturan.

Saya mengalami turun cairan merah yang teruk dan dikejarkan ke hospital. Saya masuk wad dan perlukan pemerhatian rapi. 3 hari saya di wad, dengan berbekalkan kudrat yang masih ada, saya kuatkan semangat untuk terus kuat. Saya keseorangan dan tiada siapa tahu saya dimasukkan ke wad.

Tengah hari itu, waktu saya pulang dari tandas dengan beg tambah cairan merah masih tergantung, berjalan perlahan dengan sisa kudrat yang tinggal, saya terkejut bila melihat seorang jejaka dengan pakaian lengkap beruniform, terletak kemas jambangan bunga mawar merah ditangannya dengan tanda nama ‘Mark’ pada seragamnya.

Saya bergetar. Saya genggam erat tiang yang menempatkan beg cairan merah saya. Saya tak mampu berkata apa-apa. Seakan saya mahu lari darinya kerana saya malu! Malu dengan dia! Setelah apa yang saya lakukan! Saya malu pada insan dihadapan saya. Saya tunduk dan menangis. Pandangan jadi kabur dan saat itu terasa bahu saya dipegang. Wajah kami amat hampir. Matanya berkaca merenung saya.

“Duduk dulu nanti pengsan.” Dia pimpin saya menuju katil. Haruman tubuhnya, wangian Polo yang memang jadi kegemarannya menusuk kalbu. Saya merenung dia. Dia tersenyum. “Kenapa belum makan makanan hospital ni? Mesti tak sedap, kan? Sinilah hubby suapkan. Nanti kalau tak makan, macam mana nak dapat tenaga?” Dia tersenyum sambil angkat pinggan makanan hospital.

“Nanti malam hubby bawakan makanan sedap. Ella kata nanti dia datang. Dia masih di KL, petang baru sampai.” Dia mula suapkan saya dengan tangannya. “Makanlah, regain balik energy tu.” Dia mula mengumpulkan isi ayam dan sayur lalu digumpal.

Menitis airmata saya. Saya terima suapannya. Jarinya masuk ke mulut saya. Dia lap sisa makanan di bibir saya. Akhir sekali, dia lap airmata saya. “Makan pun nangis. Tak comel dah.”Saya tak dapat menahan perasaan saya. Saya meraung dan menangis. Dia cepat-cepat lap tangan dengan tisu dan terus peluk saya. Dia kucup dahi dan ubun kepala saya. Dia kucup lagi kedua belah pipi saya dan juga mata saya.

“Hubby sangka akan kehilangan sayang selamanya. Jangan pergi lagi, ya. Stay with me.” Saya angguk dengan sungguh-sungguh. Rupanya pihak hospital telah mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat untuk mencari maklumat saya. Kes saya dilaporkan pada pihak polis dan akhirnya mereka jumpa maklumat saya.

Pada hari saya dikejarkan ke hospital, saya separa sedar dan saya tak dapat beri maklumat saya dengan jelas apalagi saya memang tak mahu mereka tahu keberadaan dan keadaan saya. Selepas 5 hari di wad, saya mula ceritakan semua yang terjadi pada doktor, pihak jabatan kebajikan dan juga suami saya, Mark. Kami menjalani Family Conference. Sepanjang sesi, wajah Mark tampak sangat tenang.

“Hubby tahu, sayang akan balik pada hubby. Hubby sanggup tunggu. Hubby selalu ambil tahu sayang ke mana. Hubby selalu nampak sayang dengan dia. Sampai bos kata hubby dayus sebab tidak lepaskan sayang. Hubby tak mahu kehilangan sayang. Cuma sayang yang hubby mahu. Hubby pegang janji perkahwinan kita depan altar.”

“Saat susah dan senang, sakit dan sihat, kekal setia dan hanya tuhan boleh memisahkan. Semua orang buat silap tapi hubby tetap mahu sama sayang sebab hubby tahu sayang berubah kerana silap hubby juga, terlalu biarkan sayang berdikari dan sendirian. Jaga diri sayang untuk hubby. Kali ini kita berjuang bersama. Biarlah orang kata hubby bodoh, dayus tapi hanya sayang hubby mahu. Tuhan ampunkan umatnya berjuta kali, 7 kali 7 kali 7 dan 7 juta kalilah, Tuhan tetap ampunkan. Hubby cuma manusia biasa dan hubby maafkan sayang.”

Saya menangis membaca surat yang diselitkan pada jambangan bunga. Pada ketika itu, Mark tertidur di kerusi sebelah saya. Saya senyum dalam tangisan. Saya capai tangannya. Dia terbangun lalu tersenyum.”Kenapa? Sayang mahu minum? Mahu ke tandas?” Soalnya.

Saya menggeleng. Saya terus tarik tangannya dan dia bangun. Saya peluk dan cium kedua belah pipinya. Dia tersenyum.”Mana boleh begini. Masih sakit tu. Rehat dulu, nanti kita eheemmm.” Dia sempat bergurau, saya cubit lengannya.Seminggu di wad, saya dibenarkan pulang. Di rumah, saya berehat dan Mark mengambil cuti untuk menjaga saya. Ella dan Harith juga selalu datang melawat saya. Suatu hari, Ella ceritakan pada saya.

“Hati lelaki memang keras tapi kau bertuah sebab ada husband macam Mark. Bila dia dapat tahu hal kau dengan Berry, siang malam dia telefon Harith minta tengokkan kau. Dia risau. Dia tengah operasi masa itu, tak dapat nak keluar dari kawasan dan cuma dapat call sekejap saja. Harith pun satu, pegi bagitau masa itu juga.”

Puas aku marah dia. Harith dapat call Mark jatuh masa operasi. Lepas dorang cuba call kau tapi kau tak angkat. Retak bahagian tulang dada. Seminggu di hospital. Masa itulah dia dikeluarkan dari operasi dan balik ke KK untuk light duty. Kau tak nampak muka dia masa kami melawat, happy. Dia happy sebab dapat balik ke KK semula. Dia tahu kau dengan Berry tapi dia masih happy. Harith marah dia suruh jangan dayus sangat tapi dia kata, dia yakin kau akan balik padanya. Tapi malam, dia menangis. Dia kata dia rindu kau.”

Saya menitiskan airmata. Melihat Mark datang saya terus bangun dan peluk dia.”Ni dah kenapa ni? Sabar. Tunggu sembuh dulu baru kita proses.” Dia buat lawak lagi. Harith dan Ella ketawa. Inilah kisah perjuangan rumah tangga saya.

Kecurangan yang sangat jijik. Penghinaan pada suami yang setia pada saya. Saya selalu merasa terhina padanya tapi Mark selalu ingatkan saya, saya manusia biasa dan saya maafkan kau, sedangkan Tuhan ampunkan umat. Saya cukup bersyukur punya suami seperti Mark.

Dan, pada 11 November 2018, tepat pada tarikh hari jadi saya, Mark pergi buat selamanya. Gone but never be forgotten. Kejadian yg tk diigini terjadi pada Mark akibat hilang kawalan. Waktu itu dia teruja mahu pulang dan menyambut hari jadi saya.

Mark kemalangan dengan kek, jambangan bunga dan belon untuk saya. Lebih memilukan, hadiah yang tersimpan dalam kotak baldu merah. Kunci sebuah rumah dua tingkat. Rumah itu siap dihias dengan bilik tidur bayi untul bayi sulung kami. Tapi, kuasa Tuhan, tiada siapa mampu halang. Tuhan lebih sayangkan Mark. Dia tak beri kesengsaraan pada Mark. Tubuh badan Mark sempurna waktu itu. Hanya luka pada tangan dan kaki. Wajahnya tersenyum dan ada rosari dalam genggamannya.

Mereka kata, Mark meghembuskan nafas terakhir sbb sesak nafas kerana terhimpit akibat keretanya terbalik. Saya tahu, rosari itu adalah rosari yang digantung dalam kereta. Hadiah dari saya sewaktu kami masih bercinta dahulu. Saya kuat hadapi semua ini kerana saya tahu Mark tak mahu saya bersedih lagi. Dia sudah buat yang terbaik untuk rumah tangga kami. Saya selamat melahirkan anak pertama kami selepas 8 tahun berkahwin, jatuh dan bangun bersama pada bulan Januari tanggal 20.

Ibubapa Mark menjaga saya dengan baik. Mereka tak pernah adili kisah silam saya. Kini baru saya sedar kenapa Mark begitu, kerana ibubapanya yang cukup baik. Itu semua telah diajarkan padanya sejak kecil. Bapa Mark katakan pada saya ;

“Dayus seorang lelaki itu hanya apabila dia gagal bimbingi dan maafkan isterinya. Saya selalu kata pada dia, apapun salah isterimu, fikirkan juga puncanya. Mungkin kau selalu abaikan dia. Kau tidak dayus tapi kau suami yang setia.”

Menitis airmata saya sambil dukung anak lelaki sulung kami. Dari situ saya belajar, lelaki yang baik itu masih ada. Salah seorangnya adalah suami saya sendiri. Lelaki bijak menyembunyikan kecurangan, keburukan seorang isteri kerana mereka bukan jenis beremosi. Mereka tahu hal itu terjadi kerana mereka menganggap sebagai suami, mereka gagal bimbingi isteri ke jalan yang baik. Setia dan airmata seorang lelaki itu amat mahal nilainya.

Hargailah suami anda. Treat him like a King, you’ll be treated like a Queen. Saya merindui dia. Rindu yang tiada penghujungnya. Saya bersyukur, dia pergi namun tinggalkan tanggungjawab dan amanah untuk saya iaitu anak kami. Bila saya rindu, saya tatap mata anak saya, saya akan dapat rasakan kehadiran Mark bersama kami.

I love you, forever.

Sumber dari Empire Media Network via theklasik.com