Lagi penghina agama ditahan. Ini pengakuan dia sambil menangis selepas diberkas

KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis menahan seorang lagi lelaki selepas dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 28 tahun terbabit ditahan semalam.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” katanya.

Mohamad Fuzi dalam kenyataan itu turut menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi degan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalamkalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Sementara itu, dua rakaman video dipercayai suspek dipaksa mengaku dan memohon maaf oleh orang ramai tular sejak semalam.

Video masing-masing berdurasi 29 saat dan tiga minit 15 saat itu menunjukkan suspek mencangkung di atas sebuah tong dram dan disuruh membuat pengakuan berhubung penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Suspek dipercayai memuat naik status tersebut di laman Facebook “Danny A’antonio Jr.” dengan menggunakan kata-kata kesat pada Januari lalu sebelum tular di media sosial baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Berikut tulisan dia yang tular di media sosial:

Hina Islam: Jakim tubuh unit pemantau, adu terus di 010-3005260

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, unit tersebut ditubuhkan berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad dan perbuatan mempersendakan agama Islam.

Serentak itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh terus membuat aduan ke WhatsApp talian hotline 010-3005260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

“Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM.

Lagi penghina agama ditahan. Ini pengakuan dia sambil menangis selepas diberkas

“Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini,” kata Mujahid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mujahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad serta agama Islam.

Jelas beliau Malaysia mempunyai undang-undang dan pihak yang bersalah perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.-UTUSAN ONLINE

VIDEO : PENGAKUAN

Pengajaran ni. Kita dah duduk dalam negara yang berbilang kaum dan agama belajarlah hormat sesama kita. Ini tidak. Kau mengapi2kan lagi menimbulkan kemarahan orang lain. Ko hina Nabi kami ko hina agama kami. Tu mungkin baru kena sikit. Rasanya kalau kat negara jiran tu lagi teruk kot..

Jadi sesama kita TOLONG HORMAT SESAMA KITA OKAY!

Sumber : theklasik.com