‘Jiwa Rasa Kosong..’ – Luahan Sayu Ibu Akibat Kehilangan Anak Tersepit Celah Katil

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan akhirnya pergi meninggalkannya terlebih dahulu. Pada awalnya, ramai menyangka bayi ini meninggal kerana jatuh dari katil.

Namun, ibu ini kongsi kisah sebenar dimana anaknya meninggal kerana kekurangan oksigen akibat tersepit di katil. Sila hati-hati yer semua, terutama sekali buat ibu-bapa.

Dipetik dari FB : Nursafiah Edy

Kedudukan arwah masa nak menyusukan dia

Bismillahirrahmanirahim

Sebenarnya mama xkuat nak ceritakan….tapi mama nak share dgn kwn2…dlm kebaikan ada keburukan…

Byk yg tanya mcmane kejadian berlaku..ada yg kata2 blkg kata mama cuai…tapi ibu mana yg nak anak dia jd macamnie…

Sini contoh yang pia boleh gambarkan…beginilah kedudukan arwah waktu itu masa pia nak ambil menyusukan dia…muka dia sepenuh hadap tilam tu…waktu kami tinggalkn dia untuk makan dia sedang tidur…dan arwah baru pandai pusingkan badan…

Dia tak jatuh

Dia xjatuh ye….dia terselit….byk slh fhm kata dia jatuh…x… doc pun sahkan dia xde pendarahan apa2..cuma otak dia bengkak kerana kekurangan oksigen..

Pia share supaya kita berhati2..
Jenis katil baby mcmnie… pia xslhkan katil ni….cuma mungkin uolss boleh berjaga2 klu ada yg guna katil jenis nie…
Sbb kain jaring dia boleh lentur ikut bdn….klu ada ruang..jgn biarkan ruang tu ada skit pun….

Semoga Anak mama bahagia ditaman syurga…
Maafkan mama sayang….
Al-fatihah
#eddyhuzairybinedysamsul

45 hari menahan rindu

45hari menahan rindu…
Pergi mu pun tanpa kata2..
Pergi pun juga tanpa tanda2….

Yang mama tahu dari lahir kamu,kamu mmg luar biasa…ketenangan mu mengajar mama erti sabar….

Berikankanlah kekuatanMu Ya Allah pada ibu ibu yang kehilangan ini…sungguh berat ujian Mu tapi apakan daya sudah tertulis kami insan2 yang terpilih diberi ujian ini….

Anak2 syurga ni pinjaman buat kami yang bergelar ibu..

Suka tidur selimutkan kain batik

Klu orang tanya baju siapa yg dia pegang waktu tidur …

Ni insan kehilangan nak bercerita ..

Baju belang2 tu adalah baju wildan syurga ku…baju yang dipakai saat aku seperti org gila dlm kereta menjerit meminta semua kereta memberi laluan padaku untuk aku bantu permata hati aku ni dgn penuh harapan…!!disaat permata hati ni sudah kaku dan biru…tapi aku xpernah megalah untuk bantu dia…

Bantal bersarungkan mickeymouse tu adalah bantal dia setiap kali dia tidur..itulah bantal peneman tidur dia..bantal yg membuat dia tidur nyenyak smpai bau bantal tu sebau dia sikit pun xlari…bau tu..dan disaat akhir pun bantal ni diletak disisinya…

Kain batik ni…kain yg setiap kali aku guna untuk lapik permata hatiku selepas mandikan dia..kat kain ni juga ada bau dia tau…

Huzairy suka sgt tidur berselimutkan kain batik tu…

Byk lagi mama nk citer pasal awak sayang.

Assalamualaikum…wildan syurga mama

Semlm 40hari adik..mama buat bacaan yassin adik…dah 40hari mama memendam rindu rupanya syg…kita berjauhan disini…tapi mama akan pastikan dan usaha untuk kita jumpa disana….In sya Allah…

Adik nak tahu?ada org ckp mama gila…kena berubat!!sbb selalu g ziarah kubur adik…orang yang ckp tu gila kan…sbb gila takut dgn kematian….ikut hati mama,mama nk lempang je org yg ckp tu…

Huzairy anak mama…Ibu mana tak rasa kesunyian kehilangan ank syg..bukan xredha tapi orang yg kehilangan shja akan rasa dn memahami mama….huzairy bkn pergi waktu lahir2…huzairy mama dh jaga..dah susukan..dah mandikan..gurau2 dan tentu2 xsakit..mana mama xterasa semua tu syg…tapi mama masih waras..mama akan sedaya upaya untuk teruskan kehidupan ni walaupun jiwa ini rasa kosong separuh..sbb mama percaya janji Allah tu pasti….adik sedang berbahagia ditaman syurga…

Al-fatihah wildan syurga mama
27/7/2018-15/1/2019
#muhammadeddyhuzairy
#41harisygtinggalkanmama
#rindutiadapengujung

Sumber : Nursafiah Edy Via ohbulan / menujukebenaran.com