Ini yang pihak Polis jumpa ketika suspek dibawa ke tempat kejadian adik Nur Aisyah

Kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang may4tnya dibuang di Gunung Raya, di sini, dipercayai dipu kul oleh suspek menggunakan penyangkut baju.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu selepas merampas dua unit penyangkut baju tersebut di Kuarters Hospital Langkawi, hari ini.

“Kita membawa semula kedua-dua suspek ke tempat kejadian pagi ini dan merampas dua penyangkut baju yang dipercayai ada kaitan dengan unsur pende raan terhadap mangsa.

SUSPEK dibawa polis ke tempat kejadian kes Nur Aisyah Aleya Abdullah dipercayai dide ra di Kuarters H

“Peralatan itu turut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis pada Isnin bersama-sama sampel lain, manakala pencarian di Gunung Raya tidak membawa apa-apa penemuan baharu setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Polis meneruskan operasi mencari bahan bukti di kediaman suspek dan di lokasi may4t Nur Aisyah Aleya dibuang selepas menemukan dua batang gigi dan dua gumpalan rambut di Gunung Raya, semalam.

Dua suspek iaitu pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu kini direman selama seminggu sehingga 14 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Sumber Artikel : Utusan Online

“Acik… Aleya dah ma ti” – Anak suspek terlepas cakap kepada ibu mangsa

KATA-KATA “Acik…Aleya dah ma ti” oleh anak keempat pasangan suami isteri suspek utama kes kema tian Nur Aisyah Aleya Abdullah telah mencetus persoalan kepada ibu kanak-kanak malang itu tentang keberadaan anaknya.

Rosmaliah Samo, 31, berkata, ayat tersebut didengarinya semasa dia bermain-main bersama anak lelaki pasangan itu ketika berada di rumah mereka di Kuarters Hospital Langkawi.

“Pada 23 Feb lalu, pasangan suami isteri itu datang mengambil saya untuk pulang ke rumah mereka di kuaters tersebut. Pada hari yang sama, anak mereka melontarkan ayat tersebut kepada saya, pada mulanya saya memang tidak syak apa-apa cuma perasaan sedikit gusar dalam masa yang sama ada terfikir mungkin apa yang dikatakan budak tersebut betul.

“Keesokkan harinya saya bertanya kembali soalan kepada kanak-kanak tersebut, kali ini saya terima jawapan berbeza iaitu Aleya diserahkan kepada orang lain untuk dijaga,” katanya ketika ditemui di sini Rabu.

Rosmaliah berkata dia berada di rumah pasangan tersebut bermula 23 hingga 27 Feb, dalam tempoh lima hari tinggal di sana dia tidak pernah sekalipun melihat kelibat anak keduanya itu hingga pada satu ketika ada terfikir anaknya itu memang sudah ma ti.

“Saya ada bertanya dengan suspek lelaki tersebut beberapa kali di mana anak saya, namun jawapan yang diberikan Aleya diserahkan kepada orang lain untuk dijaga,” katanya.

Rosmaliah berkata beliau kemudian pulang ke asrama tempat tinggal pada 27 Feb, namun pasangan itu datang mencari serta memaksanya untuk kembali pulang ke kuarters tersebut pada hari berikutnya.

“Saya kemudian beri amaran supaya serahkan kembali Aleya dalam tempoh dua hari ataupun laporan polis akan dibuat,” katanya sambil menambah kali terakhir berjumpa anaknya itu ialah pada 27 Jan lalu.

Bagaimanapun, katanya, selepas pasangan itu gagal untuk memulangkan anaknya, beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, Ahad lalu.

Beliau berkata polis memaklumkan bahawa pasangan itu tiada di rumah dan pemeriksaan di hospital tempat kerja wanita itu mendapati dia telah mengambil cuti kecemasan untuk pulang ke kampung.

Menurutnya, selepas itu beliau dimaklumkan bahawa pasangan itu ditahan polis di Ampang, Selangor, petang Selasa.

Rosmaliah berkata sepanjang tinggal bersama pasangan tersebut sekitar November hingga Januari, beliau ada beberapa kali melihat suspek lelaki itu memukul anaknya malahan pernah sekali melihat lelaki itu mencucuh puntung rokok di lengan anaknya.

“Dalam tempoh dua minggu awal tinggal bersama mereka, lelaki itu ok aje…tidak pu kul atau buat sebarang perkara lain tetapi semakin lama perangainya berubah dan saya pernah nampak di tampar Aleya di depan mata saya, cubit lengan, cucuh puntung rokok dan lambung anak saya itu tinggi-tinggi.

“Banyak kesan lebam di tangan anak saya itu. Bila saya tegur dia marah kembali dan ugut pula untuk buat laporan mengenai saya yang tiada sebarang pengenalan diri, jadi saya pula rasa takut,” katanya.–Bernama

Sumber : KL Viral