Gambar Tentera Pegang Kain Rentang ‘Jangan Hina Nabi Kami’ Menjadi Tular Tetapi Rupa Rupanya Palsu. Ini Gambar Sebenar Sebelum Di Edit

Berikutan tular gambar tentera memegang kain rentang, ianya adalah palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengingatkan agar tiada pihak menjadikan ATM sebagai bahan propaganda negatif.

Dalam kenyataan media hari ini, ATM menyatakan rasa kesal dengan penularan gambar palsu di media sosial yang memaparkan sekumpulan anggota tentera memegang kain rentang dengan perkataan “Jangan Hina Nabi Kami”.

“Pihak ATM ingin menafikan tindakan tersebut kerana gambar yang disebar telah dimanipulasi dan dipalsukan,” kata kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Awam – J7 Markas ATM.

GAMBAR TERSEBUT ADALAH PALSU

ATM turut memaklumkan akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

“ATM menggesa semua pihak agar tidak lagi menyebarkan gambar tersebut bagi mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat umum.

“Pihak tertentu dinasihatkan agar tidak menjadikan ATM sebagai bahan propaganda negatif bagi memenuhi kepentingan peribadi mahupun kumpulan tertentu,” tambah kenyataan itu.

Perkembangan itu hadir ketika isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama mengisi tajuk-tajuk berita kebelakangan ini.

GAMBAR SEBENAR SEBELUM DIEDIT

Gambar diambil dari Berita Tentera Darat Malaysia

Pada 27 Febuari lalu, seorang warga emas 68 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan berkaitan penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jumaat lalu, kira-kira 400 orang hadir memenuhi pekarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur menyertai himpunan bagi membantah pihak yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Himpunan itu dianjurkan NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) kerana mendakwa kerajaan kurang tegas dalam menangani soal penghinaan terhadap agama Islam.

Sumber Artikel : MKINI

Notakaki: Dengan keadaan zaman sekarang, isu isu agama dan bangsa hangat dipermainkan. Disebabkan itu kita akan mudah menjadi marah apabila bangsa dan agama kita diusik. Hati hati dalam perkongsian supaya kita tidak terperangkap. Jika gambar itu betul tiada masalah, tetapi gambar tentera tersebut telah diedit untuk kepentingan individu atau kumpulan lain. Hati hati ..

Sumber : KL VIRAL