DBKL rampas dan berkasar dengan peniaga melayu cari rezeki tepi jalan

Dikongsikan lebih 11 ribu di facebook. Ikuti kisah ini.

Video yang baru sahaja tular memaparkan bagaimana peniaga gerai food truck A.R Ikan Patin Masak Tempoyak di Jalan Genting Kelang, Setapak diserbu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara samseng dan tidak bertamadun.

Inikah kualiti staf DBKL yang kini di bawah Khalid Samad, yang dahulu selalu dikutuk dan kini semakin terkutuk, yang sepatutnya tidak berlaku lagi di zaman Malaysia Baru ini.

Atau sememangnya ini cara kerja DBKL sejak dahulu yang sentiasa bertindak samseng terhadap peniaga makanan tepi jalan terutama kaum Melayu?

Persoalan yang lebih utama adalah, kenapa DBKL hanya berani bertindak samseng terhadap warganegara sendiri dan tidak kepada peniaga warga asing yang isunya jauh lebih membarah tetapi dibiarkan berleluasa?

Mereka bukan sahaja melakukan kesalahan berniaga, malah turut melakukan kesalahan imigresen apabila menyalahgunakan permit pekerjaan dengan bekerja di luar bidang yang dinyatakan.

Selain ramai yang bekerja tidak mengikut permit pekerjaan masing-masing serta berniaga ikut suka, mereka juga duduk melebihi waktu di negara ini.

Jika operasi bersepadu dilakukan, pelbagai isu warga asing akan terbongkar, yang sepatutnya diutamakan.

Jika tidak mahu menangani warga asing sekalipun, janganlah pula warga sendiri dilayan seperti penjenayah.

Berhemahlah walaupun mereka berniaga tanpa lesen ataupun tidak mempunyai permit berniaga, malah dari diserbu lebih baik dibantu.

Tetapi apa yang menyedihkan, jika dilihat dari video yang tular ini, salah seorang pemuda food trucktersebut dicekak leher dan ditarik dari belakang oleh staf DBKL ketika sedang melipat mejanya.

Jika bersalah sekalipun namun beliau bukanlah penjenayah dan pihak polis wajar menangkap staf DBKL tersebut kerana bertindak samseng dan melampau.

Tentunya perkara ini satu kesalahan jenayah yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Jika Papagomo boleh ditangkap dan ditahan reman hanya kerana dituduh ‘mencekak’ leher Syed Saddiq, apatah lagi anak muda yang hanya mampu berniaga food truck tepi jalan dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah ini.

Bahkan Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan boleh membela mereka dengan menyeret staf DBKL yang samseng ini ke muka pengadilan, seperti yang beliau buat terhadap Papagomo yang dituduh mencekaknya.

Apapun, pemuda ini dan rakan-rakannya yang berniaga mencari rezeki dalam keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing ini, tidak wajar dilakukan secara samseng oleh sesiapapun, apatah lagi oleh pihak berkuasa tempatan.

Posting Asal Di Facebook

Assalammualaikum…hari ini rasa sedih pon ada rasa sebak pon ada…ya lah kita ni orang meniaga tepi jalan kan…malam tadi foodtruck A.R Ikan Patin Masak Tempoyak saya diserbu oleh dbkl di jalan genting kelang setapak…

yalah yang saya maksudkan bukan pada semua dbkl…tp pada sesetengah dbkl…saya tau korang hanya jalan kan tugas…tapi bagi lah belas kasihan kat anak muda macam kami ni meniaga…

kami memang tak kacau orang…kami meniaga elok makanan…korang jangan la buat kami macam bangsa asing…datang sampai 3,4biji truck,4,5 biji van…

siap block jalan…apa salah kami??? Kami bukan buat kerja jahat…korang datang terus mintak ic…nak rampas barang kami…time tu customer tengah ramai…tengah makan…

korang datang terus turun dari van macam kami buat salah besar…nasib baik customer boleh faham…dieorg tengok sendiri depan mata…tolong lah kami merayu…

tolong la bela hak kami anak melayu….kami melawan sebab kami nak hak kami,barang kami,kami beli pakai duit gaji…kalau nk ekot kan berapa je gaji kami niaga tepi jalan…

korang tak dek belas kasihan ke kat kami ni anak muda melayu…yang datang malam tadi pon semua melayu…kenapa warga warga asing niaga elok je korang tak kacau…niaga kedai makan beramai ramai korang tak kacau kenapa kami anak muda melayu ni korang kacau…tolong lah…

kami merayu sangat…bagi lah peluang pada kami anak muda ni nak cari rezeki…cuba yang meniaga ni adalah mak ayah korang,adik beradik korang…

diperlakukan pulak mcm ni… apa yang korang rasa…???? Mana belas kasihan korang pada bangsa sendiri??? Dari segi undang undang mmg kami salah…tapi tu korang tengok sendiri la…kami cuma nk hak anak melayu peniaga kecil yang mencari rezeki ditepi jalan ni dibela

Video DBKL merampas dan bergaduh dengan peniaga

Sumber : theklasik.com