[VIDEO] “Walaupun Dia Bersuamikan Orang Putih..”- Lana Nodin ‘Ajar Anak Solat’, Dipuji Ramai!

Sejak kebelakangna ini, keluarga Lana Nodin menjadi tumpuan ramai apabila anak kedua kepada pelakon ini terpaksa menjalani pembedahan jantung kerana masalah injap dialami oleh anak keduanya iaitu William atau mesra dipanggil Billy.
Ramai telah mendoakan cahaya mata kedua Lana dan bukan hanya netizen malah rakan artis juga turut simpati dan mendoakan kesihatan anak Lana.

Bagaimanapun, terbaru menerusi Instagam anak pertamanya pula dikenali sebagai Gia mencuri perhatian apabila sedang belajar solat meskipun masih kecil.

Lana kelihatan sedang mengajar anaknya turut tersenyum melihat Gia yang sangat comel apabila cuba membetulkan pergerakannya.

Lana berkongsi beberapa video kepada netizen dan rata-ratanya memberikan respon positif selain memuji keluarga ini.

Sumber : Himpunan Cerita Lawak via limaumadu.net