[VIDEO] Madley Lagu AJL33 Versi Aepul Roza Dan Isteri Memang Best!

Ada yang masih ingat Leez Rosli atau nama sebenarnya Rosliza binti Rosli yang merupakan salah seorang daripada bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat selain Faizal, Farhan, Salima, Velvet dan pelajar-pelajar lain musim keempat.

Leez Rosli telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dengan suaminya yang juga vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza dan kini mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Alisha. Leez Rosli juga telah mengambil keputusan untuk berhijab penuh selepas berkahwin.

Walaupun beliau jarang kelihatan di kaca televisyen namun Leez aktif di laman instagram dan sentiasa memuat naik gambar serta video mereka sekeluarga.

Baru-baru ini Leez dan suaminya, Aepul telah membuat video cover medley lagu-lagu AJL33 dan turut dimuat naik di laman youtube rasmi suaminya, Aepul Roza. Nyanyian mereka berdua tidak kurang hebatnya dan ramai menyukai gandingan mereka berdua sehingga ada yang meminta untuk pasangan ini mengeluarkan lagu duet bersama.

VIDEO :

Netizen turut memberikan komen yang positif kepada pasangan ini dan merindui kemunculan bekas pelajar AF itu.

Suara laki bini ni memang masuk, blend paduuu, thumbs up!!!

Leez AF??? lame xdngr cite… suara sdap…aepul padu tara hingutttt…

plisss… tolong buat single duet both of you… realese miss this golden voice from you

Sumber: youtube Aepul Roza via diaridunia.com