Tiba2 abah hilang, ak tanya nurse, dia cakap td ade sorang lelaki “kopiah dan baju putih” y tolak kerusi roda abah. Aku sedar yg abah dah “tak lama”.

Foto sekadar hiasan..

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku. Nama aku Atie. Maaf kalau cerita aku ini terlalu panjang tapi aku nak luahkan jugak. Dah lewat malam ni. Aku tak boleh tidur. Teringat dekat 4rwah abah aku. Aku rasa macam nak luahkan isi hati sbb sarat rindu sangat yang aku pendam selama 6 hari selepas abah pergi so aku pilih untuk luah kan di sini..

Hari ini hari ke 6 abah aku pergi tapi aku rasa dia masih ada lagi di setiap ruang dalam rumah nie. Keputusan aku untuk ambil cuti tanpa gaji tepat. Aku sanggup tawakal cuti tanpa gaji 2 bulan setengah sedangkan aku ada kereta, rumah sewa, dan bayaran lain yang perlu aku bayar. Rezeki aku adik-beradik tolong aku. Aku pilih abah untuk fokus pada dia sepenuhnya. Aku tinggalkan kerja. Aku ingat kata-kata kawan baik aku “duit boleh dicari tapi kalau seorang ayah kalau dia tiada rasa dia pedih sangat, rindu yang tak mampu kau ungkapkan”. Yes! hari nie betul-betul aku rasa perasaan itu.

Aku rindu setiap apa yang dia buat dalam rumah usang yang membesarkan aku selama 26 tahun. Oh lupa abah aku menlnggal menghidap penykit kaπser sarcoma. Kesihatan abah aku mula merusut start tahun lepas bilamana abah aku kerap demam sepanjang 2 3 bulan. Takdir allah lepas abah dpt cucu ke 6 abah aku mula jatuh sakit. Dari situ dunia aku mula gelap. Berulang alik dari kl ke kampung untuk membantu adik beradik yang lain menguruskan abah. Start dari situ aku tengok abah menderita dengan kansernya. Aku tengok sendiri bertapa abah sakit menahan skitnya, sampaikan kena telan ubat berbiji biji untuk buat abah selesa bila tidur.

Masa abah di hospital abah kena macam-macam penykit sampai 1 hari tu abah ada mengeluh “satu-satu sakit abah datang”. Abah tiba-tiba kena serangan jantung, d@rah abah tiba-tiba terlalu pekat, abah kena buah pinggan sampai ada satu haritu abah kena masuk ccu 2 hari sbb bacaan jantung abah tak cantik. Masa tu lagilah aku luluh hati sebab tak dapat jaga abah macam sebelumnya. Air mata jangan tanya berapa banyak yang jatuh. Memang menitik sahaja. Sebab orang yang kau sayang tiba-tiba terbaring dengan wayar berselirat di dada dia.

Sepatutnya abah kena operate untuk membuang kaπsernya akan tetapi doktor memberitahu risiko abah sangat tinggi dan utk pulih abah boleh berjaya 20% sahaja selebihnya abah akan terlantar di katil. So atas kata sepakat kami adik beradik buat keputusan untuk pilih abah tak dibedah. Kami diberitahu hayat abah cuma 5 – 8 bulan sahaja untuk hidup dan bergantung pada tahan kesihatan abah. So dari situ bermula episod abah bergantung pada ubat tahan sakit (morphine). Ubat ini sejenis yang boleh buat abah hayal dengan dunia dia kalau terlebih bagi dan ubat ini jugak boleh buat abah lupa apa yang dia buat. Aku saksi sendiri sepanjang aku jaga abah dia akan lena bila makan ubat morphine kalau tak abah akan terjaga dan susah untuk dia tidur balik.

Aku ingat lagi 20.12.2018 masa tu abah kena ambil d@rah untuk tahu d@rah abah masih pekat lagi atau tak (jangkaan bacaan doktor nak 2-3) aku masa tu pergi hospital dengan kak long aku. Aku ingat masa tu, aku tolak abah dengan kerusi roda letak abah tepi tempat ambil d@rah dan aku pergi ambil no giliran di klinik dada (inr) tiba-tiba lepas aku datang balik dapatkan abah utk tolak dia ke dalam ambil d@rah abah dah tak ada. Aku nampak abah dah kat dalam bilik tu (masa nie aku fikir nurse dekat situ tolong aku) tapi tiba-tiba MA kt situ tanya aku “siapa tolak ayah awk tadi” aku pun jawab sy pergi sorg jer akk saya tunggu dalam kereta sbb parking hospital memang susah dapat.

Aku dengan berani tanya MA tu balik “awak nampak siapa yg tolak ayah saya pastu dia cakap seorang pakcik berbaju putih dengan berkopiah putih” aku terus terdiam dan terus bawak abah pergi klinik dada tu sambil-sambil aku mencari siapa lelaki tua tadi tapi aku tak jumpa pun. Dari situ aku dah tergerak hati abah aku mesti tak lama sebab masa keputusan ujian d@rah abah tak boleh baca sampai kan abah kena ambil darah 2x untuk pastikan abah tak kena tahan wad. Tapi siapa sangka abah kena tahan wad lagi sekali atas sebab kaki abah bengkak yang terlampau dan abah kena pend@rahan sampai abah kehilangan d@rah yang banyak.

Last abah temujanji ambil darah 31.1.2019 selepas abah kena tahan wad 2 minggu atas sebab kaki bengkak and pendarahan. Masa nie aku ingat lagi abah happy sangat sebab d@rah abah dah capai target yang doktor nak. Abah siap cakap dengan aku “tie abah dah mula sihat sikit” ye ayat nie buat aku rasa tersentuh. Abah mula bersemangat nak sihat balik macam sebelum nie. Dan mula episod abah ambil d@rah setiap sebulan sekali kalau tak sebelum nie abah kena ambil seminggu sekali. Siapa sangka dalam kau gembira rupanya allah nak bagi petanda. Abah mula start tak nak makan. Banyak termenung. Banyak membuang najis (sebelum nie abah susah nk membuang sbb kaπser abah dah tekan saluran berak abah) tapi 3 minggu sebelum abah pergi macam-macam pertanda abah bagi tapi cuma aku anggap tu biasa jer.

First ada orang tolak abah masa ambil d@rah berjubah putih dan berkopiah. Second abah nak sangat suruh aku orderkan barang vantage yg siti nurhaliza jadi duta kt goshop tu. Sampaikan abah siap marah aku terlambat order. Abah pesan periuk tu nanti korg semua boleh buat masak time raya bila abah dah tak ada nanti. Betul periuk tu jadi kenangan and kami guna buat masak kenduri tahlil dia. Abah seolah-olah dpt tahu dia nk pergi tapi dia senyap and tak nak cerita pada aku atau pun adik beradik yang lain atas sebab abah rasa ank-ank dia akan takut.

Aku ingat lagi 2 minggu sebelum abah pergi dia mintak belikan weelchair baru untuk dia pakai temujanji hospital 28.2.2019 nie. Abah siap pesan weelchair nie nnt bagi emak pakai bila abah dah tak ada nanti. Abah dah belikan untuk mak senang kalau nak pergi mana-mana. Tapi sayang abah cuma sempat pakai seminggu jer. Abah memang dah jangka dia akan pergi sbb tu abah siapkan semua kemudahan untuk mak. Malah saat akhir dia nak pergi pun cari mak. Sebab mereka cinta yg kuat.

Aku ingat lagi 3 hari sebelum abah pergi abah nak sangat kuih koleh kacang, air buah tembikai. Alhamduliah aku dpt tunaikan apa abah nak. Aku sanggup cari tanya kawan-kawan siapa yang jual kuih tu. Tak sangka itu kuih terakhir abah makan. Malah saat malam sebelum abah pergi pun dia panggil aku mintak urut kan badan sebab abah cakap dia rasa badan dia ada angin tapi rupanya itu sakaratul m4ut tgh nk jemput dia. Patut la 3 hari tu abah demam badan mengigil selepas asar rupanya tu petanda abah nk pergi. Malam terakhir dia dengan aku waktu asar tu aku memang aku dah nampak abah dah lain sangat. Masa aku pakai kan stoking kaki abah dah mula jatuh sampai aku siap ckp abah kenapa kaki abah macam tu. Kalau aku tahu tu kali terakhir abah nk pergi aku tak kan sia sia peluang tu. Abah siap tanya aku bila aku naik keja balik lepas cuti 2 bulan tanpa gaji. Rupanya dia nk pergi esoknya.

Ya aku perit sebenarnya nk terima hakikat abah aku dah tak ada. Sampai sekarang aku rasa abah aku pergi bercuti luar negara dan akan balik semula 2 3 bulan lagi. Aku sedih. Aku rindu guys. Rindu yang tak dapat aku ungkapkan. Perit sangat simpan perasaan macam nie. Allah gerak kan hati aku untuk ambil cuti tanpa gaji dengan tepat sekali. Abah pergi lagi 1 minggu aku nak naik kerja balik. Jiwa aku gelap. Kosong. Sayap untuk aku bergantung dah patah sebelahnya. Mana aku nk cari kekuatan sedangkan separuh kekuatan aku dah pergi.

Aku harap sangat ini semua mimpi tapi aku salah nie alam nyata yang aku kena terima hakikat sebenarnya. Terima kasih abah bagi aku peluang menjaga kau. Terima kasih abah bagi aku rasa erti sabar. Terima kasih abah bagi kami adik beradik menguruskan kamu sebelum abah ke rumah yang kekal abadi disana. Aku dah redha abah pergi tapi aku rindu sangat itu sahaja. Aku rindu nk bergurau dengan abah. Gelak tawar dengan abah. Pergi minum dengan abah. Bawak abah jalan-jalan naik kereta merah. Abah banyak kenangan kita bersama abah.

Baru harinie aku rasa perit yang terlampau. Baru harinie aku rasa macam mane org lain hilang ayah. Sebelum nie aku takut nak hadap perasaan macam nie tapi 20.02.2019 allah hadirkan perasaan yang mana allah dah ambil abah aku. Banyak benda yang aku tak mampu nak balas lagi. Terlalu banyak. Belum cukup lagi abah nk merasa nikmat kesenangan dari kami adik beradik. Tapi allah jemput abah dahulu dari sedang aku berusaha utk mengukuhkan kewangan aku.

Untuk korang yang masih ada bapa, papa, ayah, abah, daddy, walid dan sangkatanya hargai lah. Waktu usia nya kamu tak dapat beli. Luangkan masa bersama. Gembirakan hatinya. Jangan sakiti hatinya. Hormatilah mereka semua. Hilang dia susah dicari ganti. Kadang-kadang kita lupa makin kita dewasa makin meningkat usia orang tua kita. Kita leka, kita kejar dunia tapi kita lupa orang tua kita perlukan kita saat akhir usianya menjangkau mengira hari tuanya.

Hari ini aku hilang abah aku. Aku harap korang semua jangan terlambat berbakti pada orang tua kamu. Aku yang ambil cuti 2 bulan tanpa gaji rasa tak cukup berbakti pada abah aku apatah kalau yang tak pernah ambil tahu pasal orang tuanya. Hargailah mereka. Gembira kan hati mereka sebelum mereka masih ada. Damailah kau disana abah. Satu hari nanti aku akan menyusul kau disana.

Al-fatihah abahku sayang…

Yang sentiasa merindukan kamu.

– Atie via iium

Kredit : edisiharian